Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Posted: 02 Feb 2014 07:30 AM PST Pedih ulu hati merupakan gejala yang biasa dialami wanita hamil. SaYA baharu sahaja melakukan ujian kehamilan di rumah dan keputusannya positif. Saya merasa amat tidak selesa sejak seminggu dua ini dan kerap terasa pedih di hulu hati. Saya amat berharap agar doktor dapat membantu saya, apakah sebenarnya masalah ini. Adakah ini perkara biasa? Puan Salmiah Negeri Sembilan Jawapan Ketidakcernaan atau pedih ulu hati merupakan gejala yang biasa dialami wanita hamil. Walaupun menyakitkan, pedih hulu hati ialah perkara biasa dalam kehamilan dan tidak membahayakan ibu dan bayi. Pedih hulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit. Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan ketika hamil. Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam rahim. Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui saluran tersebut dan menyebabkan rasa terbakar. Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab. Pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menyebabkan proses pengosongan perut menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus. Masalah pedih hulu hati merupakan gejala yang biasa dialami wanita hamil. Ini menyebabkan rasa kembung dan tidak selesa selepas makan mungkin berpunca daripada tahap hormon yang tinggi dihasilkan oleh badan anda pada awal kehamilan mengendurkan otot-otot di seluruh badan. Keadaan ini termasuklah otot-otot dalam sistem pencernaan anda dan menyebabkan proses pencernaan menjadi lambat. Akibatnya, anda akan berasa seperti kembung, pedih hulu hati, loya atau memuntahkan sisa makanan. Kesan ketidakcernaan tidak menjejaskan bayi. Sistem pencernaan anda yang perlahan mungkin berfaedah bagi bayi kerana ia memberikan lebih masa kepada badan untuk menyalurkan nutrien melalui plasenta yang akan disalurkan kepada bayi atau janin. Cara melegakan pedih hulu hati Anda mungkin terpaksa bertahan dengan masalah ini semasa hamil, tetapi ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk melega atau mengelakkan kembung iaitu mengelak dari memberi tekanan berlebihan kepada perut anda semasa ia sedang mencernakan makanan selepas makan. Duduk tegak, pakai pakaian yang longgar dan selesa, dan tunggu sekurang-kurangnya satu jam selepas makan sebelum anda baring. Jika anda perlu membongkok, bengkokkan lutut dan bukannya pinggang. Anda juga dinasihatkan makan beberapa hidangan kecil sepanjang hari, berbanding makan tiga hidangan besar. Ambil masa untuk makan dan kunyah makanan sehingga benar-benar hancur. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan ketidakcernaan termasuk makanan yang berlemak, pedas, coklat dan jus buah-buahan. Anda boleh cuba simpan diari makanan untuk melihat makanan mana yang membuatkan simptom anda menjadi lebih teruk. Minuman yang mengandungi kafein atau alkohol juga boleh memburukkan lagi ketidakcernaan. Lagipun, anda memang perlu mengurangkan pengambilan bahan-bahan ini. |
Posted: 02 Feb 2014 07:30 AM PST Oleh Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah KAJIAN yang dilakukan Johnson's® baby menunjukkan kulit bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak berbeza daripada kulit orang dewasa daripada segi fungsi dan komposisinya. Kulit bayi lebih mudah kering, rengsa dan terkena jangkitan berbanding dengan kulit orang dewasa. Menurut Pakar Dermatologi Paediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Leong Kin Fon kulit bayi ialah 30 peratus lebih nipis berbanding dengan kulit golongan dewasa. "Sebelum bayi dilahirkan, kulit nipis ini mencukupi untuk melindungi bayi kerana mereka selamat di rahim ibunya. Namun, apabila mereka dilahirkan, tubuh badan termasuk kulitnya memerlukan masa untuk berkembang dan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan lebih mencabar. "Walaupun kulit seseorang berubah sepanjang hayat, penjagaan kulit yang betul penting untuk memastikan perkembangan kulit yang sihat dalam tempoh beberapa tahun pertama bayi. Kulit bayi yang lebih nipis mempunyai kandungan lipid dan humektan yang lebih rendah. Lipid bertindak untuk memerangkap kelembapan, manakala humektan bertindak sebagai span yang menyerap dan mengekalkan kandungan air. Tanpa lipid dan humektan yang mencukupi, kulit bayi mudah menjadi kering berbanding dengan kulit orang dewasa," katanya pada sidang media anjuran Johnson's® baby baru-baru ini. Selain itu, kulit bayi yang nipis boleh mengakibatkan alahan kulit dan kerengsaan. Alahan kulit boleh berlaku disebabkan oleh sistem imuniti bayi yang masih belum matang dengan sepenuhnya. Dr. Kin Fon menggambarkan sistem imuniti bayi sebagai angkatan askar yang tidak berpengalaman di medan peperangan. "Memandangkan kita tinggal di persekitaran yang tercemar, banyak bahan pencemar yang menyentuh kulit bayi. Dengan adanya bahan sebegini, 'angkatan askar yang tidak berpengalaman' ini mudah panik dan mula menyerang, namun mereka masih tidak tahu membezakan antara bakteria yang baik dengan yang bahaya. "Ini berbeza dengan sistem imuniti orang dewasa yang 'cukup terlatih' dan dapat 'menilai' keadaan bahaya sebelum bertindak. Sistem imuniti anak yang terlebih bertindak iaitu menyerang bakteria yang mungkin tidak berbahaya menyebabkan alahan kulit," katanya. Oleh itu, setiap produk yang digunakan pada kulit anak anda memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi kesihatan kulit mereka kerana komponen kimia daripada produk mungkin akan membahayakan kulitnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |