Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Yemen: 29 warga Arab Saudi dihantar pulang Posted: 13 Feb 2014 09:56 AM PST RIYADH 13 Feb. - Kementerian Dalam Negeri Yemen mengumumkan tentang penyerahan lebih 29 rakyat Arab Saudi ke negara asal mereka kerana didakwa mempunyai kaitan dengan militan al-Qaeda, semalam. Menurut jurucakap kementerian, Jeneral Mansur al-Turki, 11 daripada mereka telah dibebaskan daripada hukuman penjara di Arab Saudi, manakala sembilan yang lain sedang menjalani perbicaraan berhubung perkara terbabit. Kerajaan Arab Saudi kini sedang giat memburu rakyatnya yang menyertai militan al-Qaeda yang berpengkalan di Yemen dan bekerjasama dengan negara jirannya itu bagi membanteras sebarang kegiatan militan itu. - AFP |
Kumpulan pemisah ISIL berjaya kukuhkan kedudukan di utara Iraq Posted: 13 Feb 2014 09:50 AM PST BAGHDAD 14 Feb. - Kumpulan pemisah, Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) berjaya merampas beberapa bahagian bandar Sulaiman Pek di utara Iraq daripada penguasaan tentera kerajaan semalam, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan mereka di sini. Datuk Bandar, Talib Mohammed berkata, mereka masih berada dalam bangunan pentadbiran kerajaan yang diserang kumpulan terbabit yang bersenjatakan bom tangan serta senapang. Kami mendesak kerajaan supaya bertindak segera dalam kes ini," katanya. Dalam pada itu, seorang pegawai tempatan, Ahmed Aziz memberitahu, ISIL telah mengumumkan tentang penguasaan terhadap kawasan itu serta mengeluarkan arahan supaya penduduk meninggalkan penempatan mereka di sana. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |