Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Slovenia terjejas akibat cuaca buruk Posted: 02 Feb 2014 09:44 AM PST LJUBLJANA, 3 Feb. - Salji tebal dan hujan beku melanda beberapa kawasan di Slovenia sejak kelmarin, menyebabkan landasan kereta api terkandas dan menyebabkan 90,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di seluruh Alpine, semalam. Di kawasan Postojna, kira-kira 40 kilometer di selatan bandar Ljubljana, jana kuasa elektrik tersekat di pokok dan tidak dapat dibaiki kerana cuaca buruk yang berterus. Ini merupakan bencana alam berskala besar," kata Perdana Menteri Alenka Bratusek selepas melawat kawasan Postojna semalam, sambil menyatakan kerajaan akan meminta bantuan daripada Kesatuan Eropah dalam menyediakan sebilangan besar penjana kuasa yang diperlukan. - AFP |
Pekerja Coca-Cola berarak bantah penutupan kilang Posted: 02 Feb 2014 09:42 AM PST MADRID 3 Feb. - Beribu-ribu pekerja dari kilang minuman Coca-Cola di sini berarak semalam, membantah penutupan kilang pembuatan air minuman bergas tersebut yang menyebabkan 750 orang kehilangan pekerjaan. Perancangan penutupan empat kilang tersebut dijangka menyebabkan 750 orang pekerja diberhentikan manakala 500 yang lain ditawarkan bekerja di lokasi lain. Bulan lalu, syarikat itu berkata penutupan itu diperlukan bagi meningkatkan kecekapan operasi kilang dan pekerja pula berkata pemberhentian itu tidak wajar kerana syarikat mempunyai keuntungan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |