Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST Oleh JOHARDY IBRAHIM Toyota Corolla Altis kini tampil lebih bergaya. TOYOTA Corolla dikenali sebagai satu daripada barisan model popular di dunia dengan lebih 40 juta unit terjual di lebih daripada 150 negara. Sejak pertama kali diperkenalkan pada 1966, Toyota Corolla telah melalui 10 perubahan model. Evolusi Kereta Global ini telah menyaksikan banyak penambahbaikan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Altis mewakili satu dalam lima kenderaan yang dijual dalam sejarah 76 tahun Toyota. Altis pertama kali diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 2001. Hampir 64,000 buah telah terjual sehingga tahun lalu, yang merupakan bukti keyakinan rakyat Malaysia terhadap jenama Toyota Bagi model terbaharu ini, Toyota telah mengambil pendekatan yang lebih terkehadapan dan dinamik dalam pembangunan Altis ini dan oleh itu, memenuhi kesemua ciri Toyota iaitu kualiti, keselamatan, kebolehpercayaan, prestasi dan nilai cemerlang. Direka bentuk baharu sepenuhnya, Altis membawa standard baru terhadap kecemerlangan automotif dalam kelasnya. Nadi Altis dibina di atas platform baru, manakala kereta telah diberi penambahbaikan dalam semua aspek bagi menawarkan keselesaan, ruang luas yang terbaik dan standard kualiti tinggi yang lebih baik lagi. Ruang dalaman Altis menggunakan bahan yang lembut semasa disentuh bagi mewujudkan rupa yang licin. Altis yang baharu dilancarkan ini mengambil pendekatan segar dengan penambahbaikan yang banyak berbanding model sebelumnya, menawarkan keseimbangan sempurna dalam pakej, prestasi, selain gaya luaran dan dalaman. Dengan ini, model terbaharu dalam keluarga Toyota ini pasti menonjol kepada generasi baru pengguna yang arif dan mengukuhkan kedudukan model ini sebagai peneraju pasaran dalam segmennya. Gaya luaran prestij moden menghasilkan penambahbaikan yang besar keseluruhannya. Bahagian hadapan kereta menampilkan reka bentuk jeriji trapezoid dengan batang bersalut krom yang melangkaui dari lambang ikonik Toyota hingga ke luar tepi lampu hadapan LED dengan DRL yang merupakan pertama dalam kelasnya, iaitu lampu hadapan yang lebih tahan lama dan cekap tenaga bagi mengurangkan kelesuan semasa memandu di waktu malam. Asas roda (wheelbase) Altis telah ditambah untuk menjadikan kabin lebih luas dan kedudukan pemanduan sport yang lebih selesa. Altis boleh didapati dalam lima warna bertenaga. Ini merangkumi White Pearl CS, Silver Metallic, Attitude Black dan dua warna yang baru diperkenalkan - Grey Metallic dan Dark Brown Mica Metallic. Ruang dalaman Altis juga menampilkan penambahbaikan yang banyak. Menggunakan bahan yang lembut semasa disentuh bagi mewujudkan rupa yang licin. Perkakasan dan perhiasan moden dan bersih juga tambah meneguhkan tema Dinamisme Ikonik dalamannya. Altis juga telah melalui reka bentuk semua bahagian di bawah hud bagi memberikan pengalaman pemanduan lebih lancar dan menyeronokkan, merangkumi paras terbaik kesenyapan dalam kelasnya. Penumpang kerusi belakang dalam varian 2.0V akan menikmati sentuhan tambahan daripada segi keselesaan dan kemewahan yang lazimnya hanya terdapat pada kereta mewah. Ini termasuk kerusi belakang boleh lipat dan pemegang cawan berlampu, iaitu antara penambahbaikan dalamannya yang banyak. Altis boleh didapati dalam tiga varian. Varian 1.8E berharga RM114,000 sementara varian 2.0G ialah RM123,000. Model tertingginya, 2.0V dijual pada harga RM136,000 (semua harga adalah di atas jalan dengan insurans). |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |