{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


PSM tidak bertanding PRK DUN Kajang

Posted: 11 Feb 2014 10:27 PM PST

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Parti Sosialis Malaysia (PSM) memutuskan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Mac kerana baginya alasan PRK itu diadakan tidak munasabah.

Pengerusi PSM, Dr. Nasir Hashim hari ini berkata, alasan PRK itu diadakan adalah satu amalan yang tidak baik kepada sistem demokrasi dan menyebabkan pembaziran wang rakyat.

"PSM tidak berhasrat bertanding dalam satu PRK yang kami sendiri tidak restui dan sebagai sesuatu yang tidak patut diadakan hanya kerana anggota DUN meletak jawatan tanpa sebab," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabatnya di sini. - BERNAMA

Pemilihan PKR: Wan Azizah berundur?

Posted: 11 Feb 2014 10:50 AM PST

Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail ketika hadir di Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman, Putrajaya, semalam.

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dikatakan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu Mei ini.

Beliau yang menyandang jawatan tersebut sejak 1999 dijangka berundur bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika ini merupakan Ketua Umum parti tersebut.

Perkara itu tidak mengejutkan kerana Wan Azizah pernah melakukan perkara serupa apabila mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh agar Anwar boleh bertanding di kawasan berkenaan dalam pilihan raya kecil pada 26 Ogos 2008.

Hasrat Wan Azizah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden PKR itu dibayangkan oleh suaminya sendiri dalam wawancara eksklusif yang disiarkan portal The Ant Daily, semalam.

Memetik laporan portal berkenaan, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, Wan Azizah telah membayangkan hasrat untuk berundur sejak setahun lalu.

"Beliau mahu meluangkan lebih banyak masa dengan cucu-cucu dan menjaga datuk mereka," katanya.

Beliau turut menyatakan kesediaannya mempertimbangkan secara serius pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden PKR kerana tiada apa yang boleh menghalang sesiapa pun untuk dicalonkan.

Anwar menambah, majoriti pemimpin PKR juga berpandangan beliau harus bertanding untuk jawatan Presiden parti.

Berhubung jawatan Ketua Umum PKR, beliau menjelaskan, jawatan yang dipegangnya tanpa melalui proses pemilihan itu diberi oleh parti secara mandat.

"Semasa saya dipenjarakan, tiada masalah. Namun kini saya sudah bebas dan sedang menghadapi pertarungan politik.

"Jadi, saya secara serius mempertimbangkan untuk menerima pencalonan sebagai Presiden," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat