Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Posted: 12 Feb 2014 10:43 PM PST PUTRAJAYA 13 Feb. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai gelojoh kerana berkempen sebelum tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. "Kalau kita pernah menjadi pembuat undang-undang di Dewan Rakyat, sepatutnya kita patuhi undang-undang dan menjadi contoh yang terbaik," katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan kementerian, di sini hari ini.-BERNAMA |
Posted: 12 Feb 2014 09:31 PM PST KUALA LUMPUR 13 Feb. - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof hairan dengan perlakuan bakal calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus berkempen walaupun ia hanya dibenarkan selepas hari penamaan calon 11 Mac depan. "Jadual berkempennya ada sahaja, tak patut dia berkempen tanpa permit polis. "Macam mana dia nak jadi pemimpin, nak jadi MB (Menteri Besar) duduk sebelah Sultan (Selangor) kalau peraturan tidak dipedulikan," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini. Pilihan raya kecil DUN Kajang akan berlangsung 23 Mac ini setelah tempoh 12 hari berkempen selepas penamaan calon 11 Mac.-UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |