Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Zaid umum bertanding PRK Kajang Posted: 15 Feb 2014 11:15 PM PST KAJANG 16 Feb. - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan secara rasmi akan bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bulan depan. Keputusan itu katanya demi memastikan usaha menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan mengangkat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai kerajaan negeri tidak berjaya. "Mandat dan kepercayaan rakyat terhadap Khalid jelas tidak boleh dikikis semata-mata kerana menjaga kepentingan Anwar dan jika Khalid perlu disingkir biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi seperti undi tidak percaya di dalam sidang DUN. "Jadi atas pertimbangan membela prinsip politik yang sihat saya membuat keputusan untuk bertanding, dan lebih utama adalah untuk memastikan rancangan Anwar mahu menjadi menteri besar tidak berjaya," katanya dalam sidang media di sini.-BERNAMA |
Peluang BN 50-50 di Kajang - Tun M Posted: 15 Feb 2014 10:08 PM PST PUTRAJAYA 16 Feb. - Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang 50-50 sama seperti pakatan pembangkang untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Kejohanan Kanu Kebangsaan di Putrajaya Ke-12 di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |