{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Anwar akui Selangor bermasalah

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

PERMATANG PAUH 2 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai salah satu unsur kejutan bagi terus menarik perhatian umum.

Malah, beliau turut mengakui keputusan itu merupakan strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berdepan pelbagai tekanan dalam politik semasa.

Dalam masa sama, Anwar mengakui strategi mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepadanya untuk bertanding memang sudah dirancang.

"Peletakan jawatan Chin Cheh pada 27 Januari lalu dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu dan bukan secara mengejut.

"Dia letak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kerana hendak beri ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan Negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu," katanya dalam ceramah di sini malam tadi.

Ceramah berkenaan diadakan untuk memberi penerangan kepada penyokong PKR berikutan keputusan beliau mahu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas wakil rakyatnya, Lee Chin Cheh meletak jawatan.

Bagaimanapun, sepanjang kira-kira 45 minit berucap, Anwar dilihat gagal memberi penjelasan meyakinkan kepada lebih 200 orang penyokongnya yang hadir sehingga ada yang bertindak keluar dewan.

Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam ceramahnya turut mengakui wujud pelbagai masalah besar di Selangor yang gagal diselesaikan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, isu membabitkan kontroversi penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, masalah gereja dan rampasan Bible versi bahasa Melayu mengandungi kalimah Allah dan isu air yang sehingga kini gagal diselesaikan menyebabkan beliau terpaksa campur tangan dan tampil 'membantu' Abdul Khalid.

"Kerajaan Selangor memang berdepan dengan masalah dalaman tetapi masih terkawal. Saya akui negeri Selangor ditadbir dengan baik dalam bidang ekonomi, tetapi masalah gereja dan Bible merupakan masalah paling berat di Selangor dan menjadi isu nasional.

"Jadi, saya perlu tampil membantu untuk selesaikan masalah yang wujud ini," katanya.

Menurut Anwar, beliau akan memberi satu lagi penjelasan terperinci mengenai hasratnya bertanding pada Isnin ini di Kajang bersama Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Sementara itu, dalam sidang akhbar kemudiannya, ketika ditanya jika Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan beliau dilantik sebagai Menteri Besar baharu sekiranya menang, Anwar berkata: "Saya fikir kita tidak patut libatkan Tuanku Sultan dalam hal politik yang berlaku. Beliau (Baginda) perlu dihormati. Kita pula akan meneruskan agenda untuk rakyat," katanya.

PRK DUN Kajang: Tiong Lai perlu bertanding

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Mohamed Mustafa Ishak, Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah medan terbaik untuk MCA meraih semula sokongan kaum Cina dan menjadikan pertarungan itu sebagai luar biasa dengan mencipta kejutan mengalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, peluang tersebut perlu digunakan sepenuhnya oleh kepemimpinan baharu MCA melalui strategi mahu menang iaitu dengan meletakkan Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai calon agar kaum Cina selaku pengundi penentu dapat melihat iltizam parti itu.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, MCA perlu berani mempertaruhkan Tiong Lai memandangkan tokoh tersebut dilihat paling layak kerana memiliki kredibiliti dan mesra rakyat.

Meskipun mengakui Anwar mempunyai pengaruh serta sudah teruji dalam banyak pilihan raya, tetapi jika Tiong Lai menjadi lawannya nanti, tidak mudah bagi Ketua Pembangkang itu untuk menang kerana MCA mempunyai pengaruh tersendiri di Kajang.

Syaratnya MCA perlu masuk gelanggang dengan strategi untuk menang. Jangan jadikan pilihan raya kecil ini hanya pelengkap acara. Jadikan peluang ini sebagai batu loncatan kepada MCA untuk membuktikan bahawa parti itu sudah berubah dan bersedia untuk memberi khidmat terbaik.

Calon mestilah tokoh nasional. Maka, individu paling layak ialah Tiong Lai sendiri kerana beliau mempunyai kredibiliti dan bersikap mesra rakyat. Sebagai Presiden MCA yang baharu inilah peluang untuk beliau menguji pengaruhnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pilihan Raya Kecil DUN Kajang terpaksa diadakan semula hanya tujuh bulan selepas pilihan raya umum disebabkan tindakan bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh meletak jawatan tanpa sebarang alasan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding.

Dalam pada itu, Mohamed Mustafa berkata, Tiong Lai perlu mencontohi jiwa besar bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang menolak kerusi selamat dan memilih menentang Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Gelang Patah demi kebaikan Barisan Nasional (BN).

Jika Abdul Ghani berani menentang Kit Siang meskipun mengetahui sentimen pengundi Cina ketika itu, sikap sama perlu Tiong Lai tunjukkan. Ketika ini beliau bukan menteri dan sebarang keputusan jika tidak berpihak kepada BN tidak menjejaskan kedudukan sebagai ahli Parlimen.

Sebaliknya, jika kejutan berjaya dilakukan, Tiong Lai akan disanjung dan diiktiraf sebagai Presiden MCA yang bukan sahaja berjaya menggagalkan cita-cita besar Anwar, tetapi apa yang lebih penting mentransformasikan semula MCA menjadi sebuah parti yang berpengaruh," katanya.

Mengenai gerak kerja kempen, Mohamed Mustafa menjelaskan, MCA perlu menggembleng sepenuh kekuatan termasuk menggunakan kepakaran serta pengaruh bekas-bekas presidennya yang masih aktif dan diterima baik rakyat seperti Datuk Seri Ong Ka Ting.

Pada masa sama, kata beliau, bekas-bekas Presiden MCA juga perlu mencontohi sifat terpuji bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terus bekerja keras membantu menguatkan kembali UMNO sejak 2008 kerana dalam banyak perkara sentuhan veteran masih relevan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat