{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Abang Johari enggan ulas spekulasi ganti Taib Mahmud

Posted: 04 Feb 2014 10:15 PM PST

KUCHING 5 Feb. - Timbalan Presiden, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg enggan diseretkan dalam spekulasi bahawa beliau antara pemimpin parti itu yang bakal menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Presiden PBB dan Ketua Menteri Sarawak.

Beliau mengesahkan satu mesyuarat khas majlis tertinggi PBB akan diadakan pada Sabtu ini, namun enggan mengulas sama ada Abdul Taib akan mengumumkan keputusannya untuk bersara pada mesyuarat itu.

"Anda yang cakap (mengenai persaraan Abdul Taib) sebagai spekulasi. Saya tidak boleh ulas spekulasi itu," katanya kepada pemberita ketika ditanya laporan muka hadapan akhbar Berita Harian bahawa Abdul Taib akan mengumumkan persaraannya sebagai Ketua Menteri sebelum penghujung minggu ini.

Laporan itu, yang memetik sumber, menyatakan Abdul Taib, 78, yang menyandang jawatan itu sejak 1981, juga akan bertemu semua wakil rakyat Barisan Nasional negeri pada Ahad ini.

Selain Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan Sarawak dan Menteri Perumahan Sarawak, turut diuar-uarkan menggantikan Abdul Taib ialah Naib Presiden Kanan PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Effendi Norwawi. - BERNAMA

Nalla tawar diri lawan Anwar

Posted: 04 Feb 2014 11:29 AM PST

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my

S. NALLAKARUPPAN menawarkan diri sebagai calon untuk menentang bekas rakan karibnya, Anwar Ibrahim bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti India Bersatu Malaysia, Segambut, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan hari ini menawarkan diri bertanding menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Bagi membolehkan kedua-dua belah pihak memberikan tumpuan kepada pertarungan di DUN Kajang, Nallakaruppan menyatakan kesediaannya melepaskan kedudukan sebagai Ahli Dewan Negara manakala Anwar dicabar meletakkan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Kata Nallakaruppan, beliau menawarkan diri kerana tidak mahu penduduk kawasan tersebut tertipu dengan Anwar, selain faktor BN belum mengumumkan calon dan membuat keputusan sama ada ingin bertanding atau sebaliknya.

Saya adalah calon yang paling sesuai untuk lawan Anwar sebab semua rahsia hitam peribadi dia ada dalam poket saya. Saya ingin berkongsi cerita dengan pengundi Kajang mengenai perihal dan kelakuan sebenar Anwar dalam pilihan raya nanti.

Justeru, saya merayu kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua parti komponen, beri laluan kepada saya untuk bertanding dengan Anwar secara satu lawan satu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat MIUP, Segambut di sini hari ini.

Yang turut hadir beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk pengasas bersama parti itu, Ng Lum Yong dan pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Nallakaruppan berkata, beliau tidak akan mendedahkan video yang didakwa melibatkan bekas rakan karibnya itu semasa berkempen kerana kes tersebut masih di peringkat mahkamah.

Kandungan video itu saya tidak boleh dedahkan kepada orang awam. Namun, ada banyak lagi cerita panas mengenai Anwar yang belum saya dedahkan. Saya akan cerita siapa Anwar kepada rakyat Kajang," katanya.

Beliau juga berkeyakinan dapat memberikan cabaran sengit kepada Ketua Pembangkang itu sekiranya diberikan peluang menjadi calon BN.

Saya buat tawaran ini kerana saya ada peluang lebih baik di DUN Kajang. Siapa Anwar dan siapa Nallakaruppan, kamu boleh lihat itu," katanya.

Ditanya sama ada beliau sudah memaklumkan hasratnya kepada pucuk pimpinan BN, Nallakaruppan berkata, beliau menunggu maklum balas daripada mereka termasuk para pemimpin parti komponen selepas sidang akhbar tersebut.

Menjawab soalan adakah beliau akan meneruskan hasrat untuk bertanding sekiranya tidak terpilih sebagai calon, Nallakaruppan menjelaskan, beliau akan memikirkan perkara tersebut selepas permintaannya itu dijawab oleh pucuk pimpinan BN.

Sementara itu, Lum Yong berkata, beliau bersama 20 orang lagi pengasas bersama PKR akan turun membantu kempen calon BN menentang Anwar di DUN Kajang.

Selain itu, bekas pemimpin DAP dan Pas dari seluruh negara akan datang ke Kajang bagi membantu siapa sahaja calon BN menentang Anwar," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat