Utusan Online - Rekreasi
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Rekreasi |
Posted: 31 Jan 2014 11:55 AM PST SELAIN berlumba atau membuat pertunjukan aksi, Gabit turut sama berkongsi pendapat dalam meningkatkan keupayaan motosikalnya bersama jurutera terlibat. BAGI peminat sukan permotoran, mungkin ramai yang tidak kenal nama Muhamad Habibullah Mohd Salleh. Namun, apabila disebut Gabit, pasti akan terkenangkan pelumba muda yang berbakat besar ini. Dalam dunia kanak-kanak di negara ini, kala usia 10 tahun, mereka mula belajar bermain basikal gunung, namun ketika itu, Gabit telah pun menyertai pertandingan motocross kategori junior. Empat tahun kemudian, Gabit mengukir sejarah apabila menjuarai pertandingan Kejuaraan Motocross Malaysia SIC-AAM dalam kategori junior sebelum memasuki kategori Novis pada tahun 2007. Setahun berlalu, dia bersama abangnya Mohd Al-Amirul Asy-Syahid Mohd Salleh yang dikenali sebagai Gaban, masing-masing bertukar kedudukan pada kategori ekspert sehingga tahun 2009. Sebagai pelumba sejati, bukan sahaja sukan motocross digilainya, malah Gabit turut menyertai CubPrix, Malaysia Super Series-600cc dan kejuaraan Supermoto. Hari ini pula, Gabit terlibat dalam sukan permotoran lagak ngeri dengan melakukan aksi-aksi lasak menggunakan motosikal. Cintanya terhadap dunia permotoran membuatkannya menimba banyak pengalaman walaupun pada usia baru mencecah 22 tahun. Dalam pada itu, dia juga bakal bergelar bapa pada pertengahan bulan hadapan. - AMIRUL/AZMAN |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Rekreasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |