{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Ketepikan fahaman politik - MB

Posted: 31 Jan 2014 11:55 AM PST

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com

Mohamad Hasan turut sama meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama sebahagian tetamu di City Kingdom, Seremban, semalam.

SEREMBAN 31 Jan. - Perbezaan fahaman politik dalam kalangan rakyat wajar diketepikan ke arah membantu kerajaan memperkasakan dasar pembangunan sekali gus memelihara kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan tidak pernah menjadikan perbezaan fahaman serta ideologi sebagai ukuran untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat.

"Saya tidak pernah ada rasa dendam terhadap sesiapa, selagi saya memimpin negeri ini, saya akan pastikan kebajikan, kesejahteraan serta pembangunan dirasai oleh semua rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum ini.

"Siapa susah kita bantu, siapa salah tetap salah, malah jika ahli Barisan Nasional (BN) yang salah kita akan ketepikan," katanya ketika berucap dalam majlis Pertemuan Mesra Tahun Baharu Cina 2014 anjuran Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan (DPCNS) di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi DPCNS, Lau Chee Boon serta pemimpin politik pembangkang yang juga Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook.

Menurut Mohamad, perpaduan tidak akan dapat dibina sekiranya perasaan syak wasangka terus menebal dalam hati rakyat.

''Buang sikap curiga dan apa yang penting kita perlu bertolak ansur selain memahami antara satu sama lain dalam negara majmuk ini.

"Oleh itu mari kita bersama-sama bersatu padu sekiranya ingin terus menikmati kehidupan dalam suasana harmoni dan negeri akan terus dibangunkan dengan rancaknya," ujar beliau.

3,000 meriahkan rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Melaka

Posted: 31 Jan 2014 11:55 AM PST

Idris Haron (empat kiri) bersama Liow Tiong Lai (tiga kanan) mengacau 'yee sang' dalam majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Sekolah Pay Fong, Melaka, semalam. Turut hadir Koh Nai Kwang (dua kanan) dan Gan Tian Loo (tiga kiri). - Utusan/Gaie Uchel

MELAKA 31 Jan. - Lebih 3,000 rakyat pelbagai kaum negeri ini menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA negeri di Dewan Sekolah Menengah Cina, Pay Fong di sini hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah, Pengerusi Perhubungan MCA negeri yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tong Lai, bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam adalah antara yang hadir.

Yang turut hadir dua Timbalan Pengerusi MCA negeri, Datuk Koh Nai Kwang dan Datuk Gan Tian Loo serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Mohamad.

Idris dalam ucapannya berkata, masyarakat Cina dapat menyambut Tahun Baharu Cina dalam suasana aman, selamat dan sejahtera hasil kepimpinan kerajaan yang mentadbir negara dengan bijaksana.

Menurutnya, tanpa kerajaan yang stabil menerajui Malaysia tidak mungkin rakyat khususnya masyarakat Cina dapat menyambut tahun baharu dalam suasana selamat.

"Lihat, kita dapat berhimpun dalam suasana selamat, aman dan sejahtera di samping duduk semeja meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

"Ini kerana kita mempunyai ekonomi yang cukup makmur yang membolehkan rakyat hidup selesa, kita mempunyai makanan yang cukup dan tidak ada rakyat yang mati akibat kelaparan," katanya.

Idris berkata, walaupun rakyat di negara ini terdiri daripada berbilang kaum namun dapat hidup dalam keadaan bersatu sebagai sebuah keluarga yang mencari persamaan dan mengecilkan perbezaan.

Justeru beliau menyeru seluruh rakyat untuk terus mengukuhkan ikatan persahabatan dan kekeluargaan dalam mempertahankan keamanan serta kesejahteraan yang telah wujud sejak merdeka.

MBMB mulakan kempen kebersihan secara berterusan

Posted: 31 Jan 2014 11:55 AM PST

MELAKA 31 Jan. - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mula mengadakan kempen kebersihan secara berterusan membabitkan semua premis menjual makanan bagi memastikan bandar raya ini bersih sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014).

Pengarah Pembangunan Premis Perniagaan dan Khidmat Pelanggan MBMB, Mohamad Derus Che Mat berkata, pihaknya akan memantau semua premis menjual makanan bagi memastikannya berada dalam keadaan bersih.

"MBMB mengambil langkah awal sempena TMM 2014 dalam memastikan bandar raya ini sentiasa bersih terutamanya premis menjual makanan," katanya ketika ditemui selepas kerja-kerja mencuci kawasan premis menjual makanan di Jalan Hang Tuah malam tadi.

Mohamad Derus berkata, gerakan kempen kebersihan secara berterusan telah mula digerakkan dengan melibatkan kerjasama beberapa agensi seperti Jabatan Kesihatan Southern Waste Management Sdn. Bhd. (SWM) dan kontraktor kebersihan MBMB.

Beliau sekali lagi mengingatkan seluruh pemilik premis menjual makanan agar mematuhi arahan dikeluarkan MBMB bagi menjaga kebersihan di kawasan masing-masing.

"Anggota penguat kuasa telah diarahkan untuk membuat pemantau secara berterusan bagi memastikan semua pemilik premis mematuhi arahan yang dikeluarkan.

"Sepanjang TMM 2014 kawasan pentadbiran MBMB akan menjadi tumpuan pelancong yang dijangka seramai 15 juta bakal berkunjung ke Melaka dan kita akan memastikan semua lokasi bersih daripada sebarang kekotoran," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat