Utusan Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Sukan |
Gaduh: PBNJ buat laporan polis Posted: 03 Feb 2014 11:25 PM PST Oleh NURUL HUDA HASSAN JOHOR BAHRU 4 Jan. - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) hari ini membuat laporan polis tentang insiden pergaduhan semasa perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini, Sabtu lalu. Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Jurulatih, Cesar Ferrandi Jiminez yang juga Pengurus Pasukan JDT di Balai Polis Sentral di sini. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 03 Feb 2014 10:33 AM PST Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN Sebahagian daripada 17 orang pemain Kuala Lumpur meninggalkan bilik mesyuarat selepas mendengar keputusan berhubung isu rasuah di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR PETALING JAYA - Semua 17 pemain Kuala Lumpur yang terlibat dalam gejala mengatur perlawanan dan rasuah dalam kempen Liga Malaysia musim lalu hanya dikenakan hukuman ringan apabila didenda sebanyak RM5,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mereka 'menjadi mangsa keadaan'. Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Taufek Abdul Razak turut memberitahu bahawa pihaknya telah mengenal pasti dalang sebenar di sebalik isu rasuah membabitkan Kuala Lumpur iaitu pihak penaja pasukan itu musim lalu dan akan membawa perkara itu ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Di samping itu, enam pemimpin atasan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) juga tidak terlepas daripada perhatian apabila Jawatankuasa Tatatertib akan mengeluarkan surat pertuduhan kepada mereka dalam masa terdekat. "Setelah diteliti semua keterangan, 17 pemain pasukan Kuala Lumpur terbabit hanya didenda sebanyak RM5,000 dan diberikan amaran keras supaya bertindak lebih matang pada masa hadapan. "Keputusan ini diambil selepas mengambil kira adanya unsur-unsur luar yang memberikan tekanan kepada mereka seperti diugut akan dipukul atau dicederakan sama ada diri mereka atau keluarga jika tidak menurut arahan dan dalam kes ini, ada beberapa di antara mereka telah dicederakan. "Selain itu, aduan yang mereka berikan kepada KLFA juga tidak diendahkan sambil menyatakan mereka tidak mampu berbuat apa-apa dan mereka tidak boleh bermain dalam keadaan sebenar," katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM semalam. Sepuluh pemain yang memberikan keterangan pada 22, 24 dan 28 Januari lalu adalah Ahmad Jihad Ismail, Mohd. Syafiq Johari, Mohd. Munir Amran, Mohd. Taufiq Mohd. Shukor, Hishamudin Othman, Badrul Hisyam Azmi, Mohd. Ar'ra'uf Roslee, Ahmad Dashila Tajudin, Muhd. Rafef Raya, Muhd. Hanis Mohtar. Sementara tujuh pemain sebelum ini adalah S. Sivaraj, Azizon Abdul Kadir, Benedict Martin, J. Mugilan Kartik, Azwan Jatin, Syazwan Rani dan Amirul Asraf Mohd. Noor. Menjelaskan mengenai situasi mengapa pemain menjadi mangsa keadaan, Taufek berkata, pihak KLFA seperti tidak peka apabila membiarkan pihak penaja pasukan berkenaan mengenakan pelbagai syarat pelik seperti melantik pasukan kejurulatihan sendiri dan gaji pemain akan dibayar oleh mereka. "Sebelum bermula musim lalu, semua pemain dipanggil dalam satu perjumpaan oleh penaja dan perlu mengikut apa yang diarahkan oleh mereka. "Itulah yang terjadi apabila sampai 16 perlawanan mereka kalah daripada 22 perlawanan dan melepaskan 60 gol. "Dalam isu ini, pihak Jawatankuasa Tatatertib sebulat suara berasa pihak KLFA juga perlu disalahkan dan satu surat pertuduhan akan dikenakan kepada enam pegawai tertinggi mereka. "Para pemain menandatangani kontrak pada 11 Disember 2012 iaitu dua hari sahaja sebelum tamat tarikh pendaftaran pemain yang mereka tiada pilihan mendapatkan pasukan lain sedangkan KLFA telah bersetuju menerima penajaan melalui syarikat terbabit pada 22 November," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |