{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Sukan


JDT yakin benam Selangor

Posted: 14 Feb 2014 11:13 AM PST

TONGGAK JDT Pablo Aimar (kanan) mungkin tidak dapat beraksi menentang Selangor di Johor Bahru malam ini kerana masih dibelenggu kecederaan.

JOHOR BAHRU - Biarpun Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal beraksi tanpa beberapa pemain tonggak apabila bertemu Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam ini, Cesar Ferrando Jiminez yakin pasukannya masih mampu beraksi dengan baik, seterusnya melakar kemenangan.

Ketua jurulatih JDT itu berkata, keyakinan itu berdasarkan prestasi terkini pasukannya serta semangat setiap anak buahnya yang disifatkan berada pada tahap terbaik, sekali gus tiga mata penuh tidak sukar untuk diperoleh.

"Apa yang penting sekarang mereka sudah bersedia untuk bertemu dengan Selangor yang bukan calang-calang pasukan dan kita harap momentum kemenangan yang dilakar semasa bertemu Kedah masih segar dalam diri mereka.

"Apabila kita menjadi seorang jurulatih, kita sentiasa mahu menang dalam setiap perlawanan yang diharungi, begitu juga dengan saya...saya berharap JDT akan terus melakar kemenangan demi kemenangan," kata bekas pengurus kelab gergasi Sepanyol, Atletico Madrid itu.

Pasukan Harimau Selatan bagaimanapun harus berasa bimbang untuk menghadapi Selangor memandangkan beberapa tonggak pasukan seperti pemain tengah, Pablo Aimar; pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Razak dan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha berkemungkinan tidak dapat diturunkan kerana masih dibelenggu kecederaan.

JDT yang dibarisi nama-nama hebat termasuk bekas bintang Argentina, Aimar dan Luciano Gabriel Figueroa memulakan musim ini dengan langkah agak tempang sehinggakan kini terperosok di anak tangga kesepuluh dalam carta liga, setelah hanya mengumpul empat mata daripada empat perlawanan apabila menang sekali dan seri sekali.

Harimau Selatan yang telah menjaringkan enam gol dilihat tidak mempunyai masalah untuk membolosi gawang lawan, namun bahagian pertahanan mereka agak rapuh setelah melepaskan enam gol setakat ini.

Pasukan itu juga masih diselubungi isu di luar padang melibatkan insiden pergaduhan di dalam terowong sewaktu menentang T-Team dalam kempen Piala FA pada 1 Februari lalu, dan penyokong bergaduh di luar stadium selepas mereka kalah kepada Pahang di Kuantan, tujuh hari kemudian.

Lawan mereka malam ini, The Reds Giants pula ketika ini gah menerajui liga, lima mata di depan JDT dan dua mata mengatasi pencabar terdekat, ATM.

Sementara itu, pemain pertahanan JDT, Baihakki Khaizan menyifatkan pertemuan skuad Harimau Selatan dan Selangor hari ini penting dan berharap dia serta rakan-rakan sepasukannya mampu memberikan yang terbaik untuk mengutip mata penuh dan merapatkan jurang dengan pasukan-pasukan di anak tangga atas.

Sambil mengakui JDT tidak berada pada kedudukan yang baik dalam carta liga buat masa ini, bekas pemain Lions XII itu yakin kemenangan dilakar ketika menentang Kedah dalam kempen Piala FA mampu menjadi pembakar semangat.

"Bertemu Selangor merupakan perlawanan penting, kita baru habis dengan saingan Piala FA, esok (hari ini) pula dengan Liga Super dan kita pula tidak berada pada posisi memuaskan...kita sendiri tahu.

"Jadi, kita mahu memberikan yang terbaik dan guna semua semangat yang kita perolehi semasa menang ke atas Kedah semasa bertemu Selangor bagi memastikan kita dapat bawa balik tiga mata di tempat kita sendiri.

"Saya harap kita semua (pemain JDT) bermain dengan sepenuh hati dan jiwa....in sya Allah dengan kerja keras kemenangan bakal berpihak kepada pasukan," katanya.

Satu lagi pertemuan menarik bakal disaksikan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah apabila pasukan di anak tangga ketiga, Terengganu melayan kunjungan jiran mereka, Pahang manakala ATM menentang Lions XII di Selayang.

Terengganu ketika ini menunjukkan prestasi agak baik untuk mengumpul tujuh mata selepas menang dua kali, seri sekali dan kalah sekali manakala Pahang hanya berada satu mata di belakang.

Pasukan di anak tangga kedua, ATM turut mengumpul tujuh mata dan hanya jumlah jaringan membezakan mereka dengan Terengganu. Berdasarkan prestasi semasa, pasukan itu tidak seharusnya bermasalah untuk menundukkan Lions XII yang kini berada di anak tangga ke-11.

Hambar di Selayang

Posted: 14 Feb 2014 11:13 AM PST

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Karlo Primorac (kanan) dihalang pemain Sime Darby, Dzulfahmi Abdul Hadi pada perlawanan Liga Super di Stadium MP Selayang, malam tadi. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR - Ketiadaan Mohd. Nazmi Faiz Mansor dan Patrick Ronaldinho Wleh menyebabkan PKNS gagal mengutip mata penuh apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Sime Darby dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.

Pengendali PKNS, Wan Jamak Wan Hassan mengakui, dua pemain tersebut mampu memberi impak yang sangat besar buat PKNS dan ketiadaan mereka amat dirasai.

"Nazmi digantung satu perlawanan, manakala Patrick Ronaldinho mengalami kecederaan ketika menentang Kelantan," kata Wan Jamak.

Pada perlawanan semalam, Sime Darby dilihat lebih banyak mencipta peluang untuk menghasilkan gol, terutama pada separuh masa pertama.

Peluang terbaik Sime Darby hadir pada minit ke-14 menerusi gerakan solo pemain import dari Syria, Muhmoud Al Amna dalam kotak penalti PKNS namun rembatannya menyebabkan bola melayang tinggi sebelum gerakan rakan sepasukan Wisdom Agblexo gagal memanfaatkan peluang diraih pada minit ke-38.

Selepas ini PKNS dijadual menentang Perak pada 8 Mac ini manakala Sime Darby akan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada hari yang sama.

Sementara itu dalam perlawanan Liga Perdana, jaringan hatrik Ali Ashfaq membantu PDRM membelasah pasukan tangga tercorot, Perlis 7-1 di Stadium Petaling Jaya semalam, sekali gus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu.

Pemain Maldives itu meledak gol pada minit ke-15, 51 dan 85 dalam perlawanan yang jelas berat sebelah.

Seorang lagi pemain import PDRM, Charles Souza Chad dari Brazil menambah dua gol pada minit ke-49 (penalti) dan 65.

Bobby Gonzales dan Khairul Izuan Abdullah masing-masing menjaringkan satu gol, manakala jaringan saguhati Perlis dihasilkan pemain dari Ivory Coast, Dao Bakary pada minit ke-55.

Sementara itu, JDT II bangkit daripada kekalahan mengejut 2-3 kepada DRB-Hicom minggu lalu dengan menumpaskan wakil Pulau Pinang, PBAPP 1-0 di Stadium Pasir Gudang. Gol tunggal tuan rumah disempurnakan oleh See Kok Luen pada minit ke-67.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar,Kedah tumbang 0-1 kepada Negeri Sembilan.

Di Stadium Hang Jebat, SPA Putrajaya kalah besar 0-4 kepada Felda United, manakala di Stadium UiTM Shah Alam, Sabah mencatat kemenangan keduanya musim ini dengan menumpaskan tuan rumah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) 1-0 dan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang menang 2-1 ke atas DRB Hicom.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat