{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Elak rakyat ditipu

Posted: 09 Feb 2014 10:31 AM PST

Oleh MOHD. HAFIZ. ABD. MUTALIB
utusankelantan@utusan.com.my

MUSTAPA Mohamed (tiga dari kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Perpaduan kepada Tuan Abdullah Haron selepas merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu, kelmarin.

KOTA BHARU 9 Feb. - UMNO Kelantan akan memberi tumpuan kepada isu berkaitan agama dan peningkatan kos sara hidup bagi menjelaskan kepada rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang terus memburukkan Kerajaan Pusat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sehubungan itu berharap jentera penerangan parti tersebut tidak leka dengan setiap isu berbangkit.

Beliau berkata, jentera penerangan juga perlu mengambil langkah proaktif bagi memberikan penjelasan yang berkesan kepada rakyat.

"Kita akui jentera penerangan masih lemah berbanding pembangkang, ibarat antara langit dengan bumi, sebab itu kita ambil keputusan segera untuk memperkasakan jentera penerangan ini.

"Isu agama seperti hudud dan tahaluf siyasi serta isu mengenai kos sara hidup yang terus dimainkan pembangkang antara perkara yang perlu diberi penekanan dan penerangan sejelas-jelasnya kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas merasmikan Majlis Muzakarah Isu Semasa di Pejabat Perhubungan UMNO negeri sini semalam.

Muzakarah tersebut turut menampilkan beberapa orang panel terdiri daripada ahliMajlis Tertinggi UMNO yang juga Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut melahirkan rasa kecewa apabila jentera penerangan UMNO negeri gagal menarik sokongan golongan muda.

"Penerangan yang diberikan termasuk melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube tidak memberi kesan kepada golongan ini.

"Anak-anak muda ini mahu melihat kelainan dalam penerangan iaitu perlunya lebih inovatif dalam menyalurkan maklumat dan bukannya secara konservatif," katanya.

URB PDRM dilancar di Terengganu

Posted: 09 Feb 2014 10:31 AM PST

UNIT Rondaan Bermotosikal PDRM membuat persembahan sempena pelancaran Unit Rondaan Bermotosikal PDRM di IPD Marang, Terengganu, semalam.

MARANG 9 Feb. - Selepas dilancarkan di beberapa buah negeri dan mencatat kejayaan memberangsangkan, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) diperluaskan pula di negeri ini dengan sebanyak 51 buah motosikal berkuasa tinggi dibekalkan buat permulaan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, kesemua motosikal jenis Kawasaki Ninja berkuasa 250cc itu yang akan digunakan untuk memerangi jenayah khususnya pecah rumah akan ditempatkan di Balai Polis Chabang Tiga di bawah seliaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, Balai Polis Cukai (IPD Kemaman) dan Balai Polis Jertih (IPD Besut).

"Setiap daerah itu, ditempatkan seorang pegawai bersama 16 anggota bagi meronda di beberapa kawasan perumahan di lokasi terbabit di samping berinteraksi dengan penduduk bagi memudahkan penyaluran maklumat mengenai jenayah atau situasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

"Ini merupakan antara projek perintis kita untuk mengurangkan peratusan kadar jenayah sedia ada di lokasi terbabit. Jika segalanya berjalan lancar, kita akan perluaskan projek ini secara berperingkat-peringkat mengikut daerah selepas ini," katanya semasa Majlis Pelancaran URB peringkat negeri di IPD Marang di sini hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Md. Jamil dan ketua-ketua polis daerah.

Selain motosikal, turut diserahkan pada majlis itu ialah dua buah trak pikap jenis Nissan Navara kepada IPD Kuala Terengganu, IPD Besut dan IPD Setiu serta sebuah van jenis Toyota Hiace kepada IPD Besut, IPD Dungun dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Sebelum ini, URB beroperasi di beberapa negeri lain termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Sarawak dengan membabitkan sebanyak 1,000 buah motosikal.

Pada tahun ini, sebanyak 800 buah motosikal lagi diagihkan termasuk 51 daripadanya di Terengganu untuk menangani kadar jenayah di kawasan dikenal pasti.

Pembangunan RMK-10 di Kelantan diteruskan

Posted: 09 Feb 2014 10:31 AM PST

KOTA BHARU 9 Feb. - Kerajaan Pusat akan terus melaksanakan projek pembangunan di negeri ini seperti yang dirancangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) biarpun langkah penjimatan sedang dilaksanakan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, langkah tersebut membuktikan Kerajaan Pusat tidak pernah menganaktirikan negeri ini daripada aspek pembangunan walaupun berada di bawah pemerintahan pembangkang.

Beliau berkata, projek mega seperti Hospital Kuala Krai dan Bachok akan diteruskan seperti biasa mengikut jadual ditetapkan.

"Projek yang sudah ada ini kita akan teruskan. Umpamanya tahun ini projek pembinaan hospital baharu di Kuala Krai yang melibatkan kos lebih RM200 juta. Projek ini telah melalui proses pecah tanah dan kerja-kerja pelaksanaannya kini giat dijalankan.

"Selain itu, pembinaan hospital di Bachok dan pembesaran hospital di Jeli serta kira-kira 20 projek lain juga dalam proses pelaksanaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Persekutuan Negeri Kelantan di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, selain itu, pihaknya juga sedang menimbang beberapa permohonan projek-projek pembangunan baharu di negeri ini untuk diluluskan.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya hari ini telah menerima cadangan dari Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) supaya kawasan padi di negeri ini digazetkan.

"KADA meminta kerajaan Pusat berbincang dengan kerajaan negeri agar keseluruhan 34,000 hektar kawasan padi di negeri ini digazetkan supaya tidak diubah syarat untuk kegunaan lain.

"Sejak 30 tahun lalu, sebanyak 8,220 hektar dengan purata setahun 200 hektar kawasan padi di negeri ini telah berubah syarat kepada kawasan kediaman serta kegunaan lain," katanya.

Katanya, langkah itu amat penting bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

"Jadi, kalau kawasan tanah padi ini semakin berkurangan, maka sudah pasti Kelantan tidak akan menyumbang kepada pertubuhan pengeluaran padi negara," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat