{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Bandar Melayu di Pengkalan Chepa

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

Oleh MOHD. HAFIZ. ABD. MUTALIB
utusankelantan@utusan.com.my

Ahmad Helmie Hassan

KOTA BHARU 1 Feb. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyarankan agar satu kawasan pembangunan Melayu diwujudkan di Pengkalan Chepa dekat sini seperti cadangan memajukan komuniti usahawan Melayu di Subang, Selangor.

Pengerusi Negeri Kelantan, Pertubuhan Gabungan Usahawan Muda Berjaya Malaysia (GMB), Ahmad Helmie Hassan berkata, Pengkalan Chepa adalah pilihan tepat untuk dibangunkan sebagai perbandaran bumiputera di Kelantan.

Jelas beliau, faktor itu disokong dengan statusnya yang selama ini menjadi pusat utama aktiviti seperti perindustrian, perkilangan dan perniagaan di negari Cik Siti Wan Kembang.

Namun tegas beliau, iltizam dan hasrat itu harus didokong bersama antara kerajaan negeri dan agensi Majlis Amanah Rakyat (Mara) kerana Pengkalan Chepa sudah lama sinonim dengan daerah perindustrian.

''Tetapi perancangan pembangunan kompleks atau kawasan industri yang khusus untuk usahawan bumiputera harus dirancang dan dilaksana segera di kawasan itu, katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Helmie memberitahu, untuk rekod kawasan perindustrian Pengkalan Chepa dimonopoli hampir 85 peratus usahawan bukan bumiputera dan kawasan ini satu-satunya kawasan yang digazet sebagai kawasan perindustrian di Kelantan.

Beliau berkata demikian sebagai menyokong cadangan Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) supaya diwujudkan sebuah perbandaran baharu di Kelantan dan bersedia menjadi jambatan antara Mara dan kerajaan negeri bagi memastikan bandar Melayu ini dapat direalisasikan dengan segera.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Darul Naim Putrajaya, Alias Mamat berkata, pihaknya turut berharap pembangunan sebuah bandar Melayu di negeri ini dapat direalisasikan.

Katanya, melalui pembangunan seperti itu ia akan mencetus dan menjadi wadah kepada orang Melayu di negeri ini menjual kepakaran mereka dalam membangunkan bandar ini.

"Orang Kelantan mempunyai banyak kepakaran cuma tidak mempunyai ruang. Dengan pembangunan seperti ini, mereka (orang Melayu) akan dapat menterjemahkan kepakaran mereka," katanya.

Timbalan Presiden Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asan Tani Malaysia (Komita), Halim Mohamad pula menjelaskan, sudah tiba masanya sebuah bandar Melayu diwujudkan di Kelantan, sekali gus mampu membantu golongan usahawan Melayu meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Pesakit kronik jadi anak angkat UMNO Kota Putera

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

Mohd. Mahdi Musa (tiga dari kiri ) menziarahi Norhafizzudin Nor Azmi yang menghidap sindrom kejutan septisemia kulit lecur di Besut, Terengganu, kelmarin.

BESUT 1 Feb. - UMNO cawangan Kota Putera akan menjadikan para pesakit kronik terutama kanak-kanak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan sebagai anak angkat bagi membolehkan mereka mendapat perhatian wajar yang berterusan.

ADUN Kota Putera, Mohd. Mahdi Musa berkata, langkah itu juga untuk memastikan keluarga pesakit terutama dari kalangan kurang berkemampuan dan dibelenggu kemiskinan tidak terus terabai.

Katanya, pada masa ini banyak kes seumpama itu mendapat bantuan dan perhatian kerajaan namun mengakui masih ada pesakit lain yang 'terlepas pandang' kerana masalah teknikal termasuk tidak dimaklumkan kepada pihak berkenaan.

Menurutnya, kerajaan mempunyai dana untuk membiayai rawatan pesakit sehingga mencecah ratusan ribu ringgit tetapi masih ramai pesakit yang tidak mendapat maklumat mengenai kemudahan itu.

"Pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam sesebuah kampung perlu lebih peka dengan masalah yang dihadapi rakyat dan memastikan mereka mendapat kemudahan yang disediakan kerajaan," ujarnya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menziarahi kanak-kanak pesakit kronik, Norhafizzudin Nor Azmi, dua tahun yang menderita sindrom kejutan septisemia kulit lecur pada paha kirinya di Kampung Pengkalan Nyireh dekat sini semalam.

Kunjungannya turut diiringi isterinya, Hasniza Yahya dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Besut, Ernie Salwani Saidi.

Mohd. Mahdi seterusnya memberi jaminan, dalam waktu terdekat ini, pesakit kronik di DUN Kota Putera akan lebih mudah dikenal pasti berdasarkan senarai yang telah dikemaskini dari semasa ke semasa supaya bantuan serta perhatian dapat disalurkan.

Dalam pada itu, Norhafizzudin, anak bongsu kepada pasangan Nor Azmi Mat Hassan, 39, dan Roswati Abdullah, 35, itu terpaksa menjalani pembedahan setelah paha kirinya mengalami jangkitan kuman sejak dua bulan lalu.

Akibat jangkitan itu, Norhafizzudin terpaksa menanggung perbelanjaan kira-kira RM1,200 untuk menjalani tiga pembedahan dan dirawat lebih sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.

Salah satu pembedahan itu melibatkan kulit kepalanya yang terpaksa dibuang untuk ditampal di bahagian paha bagi menggantikan daging di pahanya itu yang rosak akibat jangkitan kuman.

Biarpun selepas dibedah, ibu-bapa kanak-kanak itu bimbang apabila keadaan Norhafizzudin masih belum sembuh.

Kem Gajah TasikKenyir dijangka dibuka Jun ini

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

HULU TERENGGANU 1 Feb. - Produk pelancongan terbaharu Tasik Kenyir, Kem Gajah yang dibina di kawasan seluas 100 hektar di Pangkalan Gawi dijangka dibuka kepada orang ramai pertengahan tahun ini.

Pengurus Unit Pembangunan Tasik Kenyir, Tengku Mohd. Arifin Tengku A. Rahman berkata, pembukaan kem itu secara tidak langsung dapat meningkatkan daya tarikan tasik itu sebagai pusat pelancongan utama negeri.

"Dengan mengambil sebahagian daripada contoh di Chiang Mai, Thailand, kem ini akan dijadikan pusat pertunjukan gajah dan pada masa sama sebagai kawasan pemeliharaan haiwan itu.

"Kem ini dibahagikan kepada tiga komponen melibatkan kawasan gajah jinak, gajah separuh liar dan yang liar," katanya di sini baru-baru ini.

Buat permulaan, kesemua tujuh ekor gajah yang diperoleh daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan dilatih bagi membolehkannya mahir membuat pelbagai aksi dan pertunjukan seperti melukis dan menari selain dijadikan tunggangan.

Tengku Mohd. Arifin berkata, kerajaan negeri juga akan mengambil jurulatih dari Thailand untuk melatih haiwan berkenaan selain menggunakan khidmat jurulatih tempatan.

"Lebih menarik, tapak yang mula dibina pada 2012 itu akan mempunyai keindahan semula jadi seperti air terjun dan sungai yang mengalir jernih sekali gus sesuai dijadikan kawasan rekreasi buat seisi keluarga.

"Selain kemudahan 30 buah kandang gajah, jambatan gantung sepanjang 500 meter turut dibina bagi membolehkan pengunjung melihat gajah separuh liar yang ditempatkan di situ," katanya.

Bagi memastikan keselamatan pengunjung terjamin, jelasnya, kawasan itu akan dilengkapi pagar elektrik terutama di kawasan penempatan gajah liar dan bagi menambahkan daya tarikan dan memberi pengalaman menarik pula, calet di atas pokok akan dibina.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat