{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Parlimen Ketereh terima RM3.2j

Posted: 07 Feb 2014 11:13 AM PST

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

Annuar Musa menyampaikan sumbangan daripada UiTM kepada Noraini Ismail sambil diperhatikan Hilmi Ab. Rahman (kanan) di Kota Bharu, Kelantan, kelmarin. - UTUSAN/Rosmizan Resdi

KOTA BHARU 7 Feb. - Kerajaan Pusat memperuntukkan sejumlah RM3.2 juta untuk Bantuan Awal Persekolahan 2014 bagi kawasan Parlimen Ketereh.

Ahli Parlimennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, bantuan tersebut mula diagihkan secara berperingkat-peringkat sejak minggu lalu.

"Kita jangka agihan ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu bagi membantu meringankan beban ibu bapa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Wan Khairul Arifin Abdullah yang lemas bersama rakannya di Jeram Linang, Machang pada 23 Januari lalu di Kampung Durian Rendang di sini semalam.

Yang turut hadir Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab. Rahman dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, Muhammad Shukri Salleh.

Dalam majlis itu, pihak UiTM turut menyampaikan sumbangan cek bernilai RM7,000 dan menyerahkan hasil kutipan derma daripada warga kampus universiti berkenaan kepada keluarga Allahyarham Wan Khairul.

Dalam pada itu Hilmi berkata, meskipun hubungan arwah yang juga merupakan pelajar UiTM kampus Machang dengan universiti berkenaan tidak panjang, namun pihaknya sedia membantu jika ada ahli keluarga arwah yang ingin menyambung pengajian di UiTM.

"Kita berasa simpati dengan kejadian yang menimpa arwah dan bantuan hari ini diharap sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga Wan Khairul," katanya.

Sementara itu Noraini Ismail, 64, nenek kepada Allahyarham Wan Khairul berterima kasih di atas kunjungan Annuar serta pihak UiTM ke rumahnya.

"Saya amat terharu dengan keprihatinan semua pihak dan ingin berterima kasih di atas segala bentuk bantuan yang dihulurkan kepada kami sekeluarga," katanya.

SMK Bukit Jawa cipta rekod derma darah

Posted: 07 Feb 2014 11:13 AM PST

Dr. Mohd. Amran Ab. Wahab (depan, berdiri kiri) bersama sebahagian guru dan pelajar yang menderma darah dalam Kempen Derma Darah anjuran bersama SMK Bukit Jawa dan HUSM di Pasir Puteh, Kelantan, kelmarin.

PASIR PUTEH 7 Feb. - Pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa mencipta rekod penyumbang terbesar Tabung Darah Negara sejak program itu dilaksanakan di sekolah itu pada tahun 1992.

Pegawai Unit Tabung Darah, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr. Mohd. Amran Ab. Wahab berkata, keprihatinan pentadbir sekolah menyahut seruan kerajaan dengan mengadakan kempen menderma darah dalam kalangan pelajar dan seluruh kakitangan mereka adalah sumbangan yang besar kepada masyarakat.

Kata beliau, pihaknya dan hospital lain sentiasa mendapat kerjasama menggalakkan daripada warga sekolah tersebut dan menjadi 'pembekal utama' kepada tabung darah sejak 22 tahun lalu.

"Rekod menunjukkan warga sekolah ini sudah menyumbang sebanyak 2,300 pain darah bersamaan 1,035,000 mililiter (ml) kepada Tabung Darah Negara menerusi kempen yang diadakan sebanyak dua kali pada setiap tahun.

"Sejak kebelakangan ini, setiap kempen yang dijalankan sekolah ini berjaya menderma sebanyak 100 pain darah yang amat diperlukan oleh pesakit di hospital," katanya ketika ditemui dalam Kempen Menderma Darah anjuran SMK Bukit Jawa dan HUSM di Dewan Sri Gemilang dekat sini semalam.

30 peratus pemandu teksi mahir B. Inggeris

Posted: 07 Feb 2014 11:13 AM PST

KUALA TERENGGANU 7 Feb. - Lebih 30 peratus atau hampir separuh daripada 55 ahli Persatuan Pemilik Teksi Melayu Lapangan Terbang Sultan Mahmud (PPTMLTSM) di sini mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha persatuan itu dalam membantu kerajaan negeri menarik lebih ramai para pelancong asing sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT 2014).

Pengerusinya, Ahmad Suhaimi Abdullah berkata, dengan adanya kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan pemandu terbabit, ia secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai pelancong asing termasuk dari negara Eropah, China, Austria dan Jepun berkunjung ke negeri ini dalam TMT2014.

Katanya, walaupun pemandu-pemandu itu tidak dapat menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya, namun, mereka mampu bertutur serta beramah mesra dengan pelancong berkenaan ketika mengendalikan perkhidmatan teksi.

Beliau berkata, perkhidmatan serta keupayaan berkomunikasi oleh para pemandu teksi itu amat penting kerana dengan layanan mesra yang diberikan, mereka dapat membawa pelancong asing ke lokasi-lokasi yang menarik di negeri ini.

"Kita percaya sambutan para pelancong luar ke negeri ini semakin bertambah khususnya sempena TMT 2014 yang menyediakan pelbagai program menarik berbanding sebelum ini.

"Saya menganggap perkara ini penting kerana, sebagai pemandu teksi, kita merupakan antara orang yang pertama mendekati golongan tersebut ketika mereka tiba di lapangan terbang ini.

"Sekarang pula mereka sudah mula berkunjung ke negeri ini sejak bulan Disember lalu walaupun ketika itu adalah musim tengkujuh," katanya ketika ditemui dalam satu majlis hi-tea di hotel itu, baru-baru ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat