{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


MPK perlu sensitif aduan awam

Posted: 03 Feb 2014 10:33 AM PST

Oleh SHOLINA OSMAN
pengarang@utusan.com.my

KANGAR 3 Feb. - Majlis Perbandaran Kangar (MPK) diminta lebih sensitif terhadap aduan awam kerana itu merupakan maklumat penting untuk menambah baik perkhidmatan pihak berkuasa tempatan itu.

Sehubungan itu Menteri Besar, Azlan Man berkata, MPK kena memberi perhatian serius terhadap setiap aduan awam melibatkan penduduk yang tinggal dalam kawasan majlis perbandaran itu.

"Unit aduan awam antara yang perlu diperkukuhkan supaya setiap aduan ini dapat diselesaikan dengan berhemah," katanya pada majlis Angkat Sumpah Yang Dipertua MPK yang baharu di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Ahmad Husin, 65, menggantikan Rosley Mat yang menjadi YDP sejak 16 Julai 2010.

Graduan Universiti Malaya (UM) dalam bidang Sejarah itu pernah menjadi pegawai khas kepada bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan menjadi Ahli Dewan Negara selama dua penggal selain berkhidmat dalam UMNO Bahagian Kangar selama 22 tahun.

Azlan percaya, YDP MPK yang baharu itu akan mampu melaksanakan penstrukturan semula pihak berkuasa tempatan itu mengikut keperluan semasa.

"Ini memandangkan banyak perubahan berlaku dalam persekitaran, maka sebagai sebuah organisasi maka fungsi MPK juga perlu memenuhi tuntutan semasa," katanya.

Azlan juga mahukan MPK meneruskan tradisi perkhidmatannya sebagai mesra pelanggan.

"Tetapi itu bukan bermakna perlu berkompromi dalam soal undang-undang kerana peraturan tetap dikuatkuasakan supaya dipatuhi," katanya.

Selain itu, katanya, unit penguatkuasaan perlu diberi perhatian supaya peraturan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

Azlan berkata, MPK juga perlu meningkatkan pungutan hasil memandangkan perbelanjaannya semakin meningkat.

Beliau berharap kepimpinan baharu juga akan dapat meningkatkan pengurusan kewangan MPK.

KDNK Perak 2014 dijangka terus berkembang

Posted: 03 Feb 2014 10:33 AM PST

Zambry Abd. Kadir (tiga dari kanan) bersama Lim Kok Cheong (tiga dari kiri) serta para tetamu menggaul yee sang dalam majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak di Ipoh, kelmarin.

IPOH 3 Feb. - Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Perak bagi tahun 2014 dijangka terus berkembang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, jangkaan itu berdasarkan pencapaian negeri dalam beberapa sektor termasuk pembuatan, pembinaan, pelaburan dan perkilangan yang menunjukkan tren positif.

Kata Zambry, pelbagai usaha akan terus dilakukan untuk merancakkan lagi sektor ekonomi negeri terutama untuk membawa lebih banyak pelaburan dan melancarkan pelbagai projek.

"Beberapa projek sedang kita rancang namun saya tidak mahu umumkannya terus. Saya akan umumkan satu persatu projek yang telah kita putuskan beberapa tahun lalu itu.

"Apabila semuanya telah siap sedia untuk mulakan projek, baru saya akan umumkan. Projek mega Kinta Lake District di Seri Iskandar antara daripadanya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di sini semalam.

Yang turut hadir, Yang Dipertua PCCCI, Datuk Lim Kok Cheong, pemimpin kerajaan negeri, pegawai jabatan kerajaan serta pemimpim pembangkang.

Dalam pada itu, Zambry berkata, kerajaan negeri juga menjangkakan KDNK 2013 negeri yang akan diumumkan pertengahan bulan ini turut mencatatkan pertumbuhan yang baik.

Swasta dipelawa majukan Dataran Terinai

Posted: 03 Feb 2014 10:33 AM PST

KANGAR 3 Feb. - Kerajaan negeri akan menyerahkan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Dataran Terinai di Empangan Timah Tasoh di sini kepada pihak swasta supaya dapat dibaik pulih segera untuk kembali menjadi daya tarikan kepada pelancong.

Menteri Besar, Azlan Man berkata, pihaknya sedang meneliti cadangan terbaik daripada beberapa pihak yang berminat untuk mengambil alih dataran ini yang sekian lama terbiar dan tiada peniaga.

"Kita berharap Dataran Terinai ini siap dibaik pulih menjelang Sukan Malaysia (Sukma) di Perlis pada Mei depan," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Dataran Terinai yang dibina dengan peruntukan RM2.5 juta oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mula dibuka pada pertengahan tahun 2005.

Sebanyak 25 peniaga terpaksa menutup premis masing-masing selepas kira-kira hampir setahun beroperasi kerana ketiadaan pelancong sehingga menyebabkan kawasan persekitaran itu semakin usang dan kotor.

Azlan berkata, beliau mendapati dataran ini dalam keadaan terbiar semasa melawat ke tempat berkenaan selepas dilantik memegang jawatan Menteri Besar.

"Kita memikirkan untuk mengggunakan kemudahan yang ada di dataran ini supaya dapat digunakan dengan sebaik-baiknya," katanya.

Azlan berkata, jalan terbaik adalah menyerahkan kepada pihak swasta supaya dapat mengambil alih tanggungjawab menguruskan dataran itu.

Beliau berkata, adalah sesuatu yang merugikan jika dataran itu terus terbiar.

"Lokasinya yang menarik membolehkan pengunjung berpeluang menyaksikan pemandangan indah dari tasik buatan manusia," katanya.

Azlan percaya dataran berkenaan berdaya maju jika diuruskan dengan baik oleh pihak swasta.

Sehubungan itu katanya, pihak swasta yang memberikan cadangan terbaik sahaja akan dipilih untuk mengambil alih dataran tersebut bagi dimajukan semula.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat