Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Tentera Thailand bubarkan senat Posted: 24 May 2014 03:05 PM PDT Pemerintah tentera Thailand membubarkan dewan senat dan mengambil alih semua kuasa perundangan ketika pemimpin kanan kerajaan dan pembangkang ditahan untuk hari yang kedua. Pemimpin rampasan kuasa Thailand Jeneral Prayuth Chanocha lewat semalam berkata bahawa pihaknya membubarkan dewan senat, satu-satunya institusi demokratik negara itu yang masih kekal selepas pengambilalihan kuasa oleh tentera. Pembubaran dewan senat dengan 150 kerusi diumumkan oleh jurucakap Lembaga Pengurus Keamanan dan Undang-Undang Kebangsaan (NPOMC), Kolonel Winthai Suwaree menerusi televisyen ke seluruh negara. Tindakan itu dilihat memperkukuhkan lagi kuasa politik ketua tentera dan pemimpin rampasan kuasa, Jeneral Prayuth Chan-ocha. Prayuth kini bertindak sebagai perdana menteri sementara Thailand. Namun, masih tidak jelas sama ada beliau akan melantik perdana menteri awam yang dilakukan seperti rampasan kuasa sebelum ini. Pembubaran senat menamatkan spekulasi bahawa dewan parlimen itu mungkin melantik perdana menteri seterusnya. Junta menggantung perlembagaan dan membubarkan dewan rendah parlimen pada Khamis lalu. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Posted: 17 May 2014 03:54 PM PDT New Delhi: Nasionalis Hindu, Narendra Modi berikrar untuk menjadikan abad ke-21 sebagai 'abad milik India' sebaik mengetuai partinya Parti Bharatiya Janata (BJP) melakukan kejutan dengan kemenangan besar pada pilihan raya negara itu kelmarin, dengan perbezaan undi kemenangan terbesar dalam tempoh 30 tahun. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |