Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 11 May 2014 02:48 PM PDT Beri kejutan budaya kepada pekerja baharu di alam pekerjaan Lirikan, kenyitan, tenungan mata, kata-kata lucah, sentuhan dan perbuatan atau apa saja gurauan berbaur seks itu antara senario biasa berlaku di tempat kerja sama ada membabitkan pekerja wanita mahupun lelaki.
Bagaimanapun, ada juga gangguan seksual berbentuk fizikal dalam kalangan pekerja lelaki seperti melakukan sentuhan pada bahagian tertentu, cuba mencium, mengusap atau memeluk, memberi isyarat atau siulan berunsur lucah sengaja dilakukan untuk mendapatkan perhatian rakan sekerja wanita. Tidak pula menyalah lelaki saja, ada pekerja wanita juga melakukan perkara sama. Malah berpakaian ketat dan seksi dengan menampakkan susuk tubuh mengiurkan juga mendorong lelaki melakukan gangguan seksual. Hakikatnya jika perlakuan itu serius mangsa boleh membuat laporan kepada majikan, polis dan Jabatan Tenaga Buruh untuk tindakan lanjut mengikut kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja dengan menyertakan butir dan bukti kukuh. Bagaimanapun, bagi pekerja yang baharu memasuki pasaran pekerjaan atau pelajar pusat pengajian tinggi atau kolej yang sedang mengikut latihan praktikal di syarikat tertentu pasti perlakuan gangguan seksual boleh memberi kejutan budaya kepada mereka.
Hilang kepercayaan Kisah benar dilalui pelajar sebuah pusat pengajian tinggi tempatan, Hasheha, 23, (bukan nama sebenar), yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat swasta menimbulkan trauma kepadanya sehingga beliau benci dengan pekerja lelaki. Dengan pengalaman beliau yang pernah berhadapan dengan gangguan seksual di tempat kerja memberi gambaran keadaan sebenar alam pekerjaan. "Perlakuan seorang pekerja lelaki di syarikat itu membuatkan saya memahami suasana sebenar alam pekerjaan dan dianggap antara cabaran perlu dilalui. "Sebagai pelajar yang mengikuti latihan praktikal saya memerlukan banyak bimbingan dan mahu mendapatkan pengalaman secukupnya mengenai bidang tugas sejajar dengan kursus yang diambil. "Tetapi apabila ada pekerja lelaki di sini yang mengambil kesempatan dengan melakukan gangguan seksual menjadikan saya bertambah trauma dan hilang kepercayaan terhadap senior. "Gangguan seksual itu berbentuk lisan, isyarat dan psikologi. Bagi saya, tindakan itu bukan dianggap gurauan, sebaliknya tidak hormat dan mahu mengambil kesempatan ke atas pekerja wanita. Sepatutnya sebagai pekerja senior sepatutnya lebih bersikap profesional dan memberi tunjuk ajar," katanya. Lebih parah, apabila perlakuan itu tidak habis di situ, pekerja terbabit terbawa-bawa sikap buruknya ketika di luar pejabat. "Kerja saya yang juga banyak di luar pejabat tidak dapat mengelak apabila rakan sekerja itu mengajak saya singgah ke rumahnya kononnya tertinggal barang. Saya menunggunya di ruang tamu, tetapi pekerja itu kemudian keluar tanpa pakaian dan mengadakan hubungan intim. "Saya terkejut dan menjerit meminta tolong. Takut keadaan menjadi kecoh, dia membatalkan niatnya. Kemudian saya membuat laporan di Balai Polis Brickfields," katanya. Hashena berkata, berikutan kejadian itu membuatkannya berfikir dengan mendalam untuk menyertai mana-mana syarikat selepas tamat pengajian. Berhenti kerja Bagi Fatilah, 26, (bukan nama sebenar), pula beliau terpaksa berhenti dan mencari pekerjaan lain apabila majikannya mengambil kesempatan melakukan gangguan seksual ketika di pejabat. "Bos (pelaku) mengugut tidak meluluskan elaun kerja lebih masa dan elaun lain, jika saya melaporkan gangguan ini kepada mana-mana pihak. "Bukan saya seorang, tetapi saya antara empat pekerja wanita lain yang berhenti dan diugut atas sebab yang sama," katanya. Fatilah berkata, beliau dan empat pekerja wanita lain sering diberi kerja lebih masa tetapi mengambil kesempatan itu untuk melakukan perbuatan tidak bermoral. "Pernah selepas waktu pejabat, bos saya pernah memakai seluar dalam dan mahu saya memegang kemaluannya jika ingin mendapat gaji bulan ini. Saya tidak boleh bertolak ansur dengan menganggap ini perkara serius. "Daripada saya perlu menghadapi masalah, lebih baik saya berhenti," katanya. Tingkatkan kesedaran warga pekerja Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjalankan 27 program kesedaran untuk meningkatkan kesedaran warga pekerja mengenai gangguan seksual di tempat kerja bersama beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) sepanjang tempoh dua tahun lalu. Antara program dijalankan ialah seminar Keganasan Dan Gangguan Seksual Terhadap Wanita bersama Kelab Khidmat Wawasan Kuala Lumpur dan Selangor, seminar Wanita Anti Jenayah (WAJA) bersama Pertubuhan Kebajikan Sinaran Nur Hulu Langat Selangor. KPWKM terus menyusun program seumpama itu secara berterusan dengan mengutamakan konsep mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Setakat ini, kira-kira 6,000 pekerja di seluruh negara sudah mengikuti program itu. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata, isu gangguan seksual perlu dipandang serius dan ditangani segera kerana memberi kesan negatif kepada mangsa dan majikan. "Untuk melahirkan suasana kerja yang sihat, KPWKM sentiasa mengikut garis panduan dan pekeliling perkhidmatan berkaitan gangguan seksual di tempat kerja yang diwujudkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, tahun 2005. "Pelaku boleh diberhentikan kerja atas perbuatan itu. Kita memandang serius kes gangguan seksual di tempat kerja kerana ia boleh menjejaskan imej syarikat dan produktiviti dalam kalangan pekerja," katanya. Buat laporan polis Rohani berkata, mangsa tidak seharusnya berdiam diri dan cepat bertindak dengan membuat aduan kepada pihak polis serta menyertakan bukti kukuh seperti dengan mencatat setiap kejadian dan masa ia berlaku. "Catatkan dalam nota. Jika ada e-mel, foto dan bukti multimedia dan paparan pada laman sosial juga boleh dijadikan bahan bukti. "KPWKM akan memastikan agensi dan syarikat sentiasa peka terhadap perlakuan gangguan seksual dan melaksanakan program berbentuk pencegahan bagi memberi kesedaran untuk mengelak berlakunya gangguan seksual dalam pejabat," katanya kepada BH. Beliau berkata, mangsa diancam dengan ugutan boleh menghubungi talian NUR 15999 untuk mendapatkan bantuan dan khidmat kaunseling. Fakta gangguan seksual
Tindakan pelaku gangguan seksual penjawat awam
PDRM: Statistik Gangguan Seksual
Jabatan Kerja Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |