{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Wings tunggu penjelasan KRU Music

Posted:

Wings tunggu penjelasan KRU Music

Wings tunggu penjelasan KRU Music

PARAS kepuasan kumpulan Wings tidak dapat digambarkan apabila penantian selama 12 tahun untuk menghasilkan album baharu tercapai.

Kali terakhir Wings berpadu tenaga apabila menghasilkan album Naga Kramat pada tahun 2002.

Kini, dengan Menakluk Kosmos, album yang mengandungi 10 buah lagu bakal menakluk peminat Wings seluruh Malaysia dan Singapura. Album tersebut mula dipasarkan semalam.

Ironinya, kepuasan dan keindahan yang dikecapi ahli-ahli kumpulan yang ditubuhkan pada 1986 itu tidak lama apabila menerima khabar buruk bahawa empat dalam album tersebut daripada 10 lagu yang terkandung dimuat naik secara percuma di internet.

Untaian lagu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa yang Tertunda, malah Hei! Lihat Sini (lagu simpanan Wings) dimuat secara haram dan dibuat dalam bentuk album kompilasi.

Sedih, hampa dan marah. Semuanya bergaul sebati dalam diri anggota Wings yang terdiri daripada Awie, Joe, Eddie dan Black kerana perkara itu berlaku sebelum album Menakluk Kosmos berada di pasaran.

"Sedikit demi sedikit, dengan perit jerih kami mencari lagu-lagu baharu. Masih mengekalkan signature Wings itu sendiri di dalam setiap lagu, namun semua itu menjadi 'sampah' apabila pihak tidak bertanggungjawab dengan sewenang-wenangnya memuat naik lagu tersebut dan menjualnya secara cetak rompak dalam bentuk album kompilasi Wings.

"Memang kecewa yang teramat sangat," ungkap vokalis Wings, Awie yang masih menggigil marah menerima perkhabaran tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran album Menakluk Kosmos diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kekecewaan yang diluahkan kepada pihak media pada sebelah petang sewaktu majlis pelancaran album tersebut diadakan, rupa-rupanya tidak berakhir di situ.


SELEPAS 12 tahun tidak mempunyai album, Menakluk Kosmos menjadi karya yang dinanti oleh seluruh peminat grup legenda ini.


Laporan polis

Sehari selepas luahan kecewa itu, Wings mengambil langkah drastik apabila membuat laporan polis berhubung kegiatan cetak rompak tersebut.

Tindakan itu dibuat selepas pihak Wings tidak mendapat sebarang maklum balas WhatsApp yang dihantar kepada KRU Music mengenai insiden tersebut.

"Saya mahu penjelasan daripada pihak yang terbabit dengan penerbitan juga promosi album ini iaitu KRU Music serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagaimana kejadian cetak rompak ini boleh berlaku," luah Awie yang telah membuat laporan polis bersama ahli-ahli Wings yang lain di Balai Polis Taman Melawati sekitar pukul 8 malam, Selasa lalu.

Tidak bersetuju

Sementara itu, menerima berita tersebut sebelum majlis pelancaran album pada hari itu, emosi Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman terjejas teruk.

Tidak betah selagi penjelasan dan tindakan lanjut tidak dibuat pihak KRU Music, Awie berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Menandatangani perjanjian kontrak dengan KRU Music Sdn. Bhd. pada 2012, dedah Awie, dia pada mulanya memang tidak bersetuju apabila pihak KRU Music memuat naik tiga lagu baharu mereka menerusi laman YouTube dan iTunes.

"Saya sebenarnya tidak pernah bersetuju lagu Wings dimuat naik secara begitu. Kalau ia dimuat naik separuh lagu sahaja tidak mengapa. Ini, secara total," ungkapnya.

Mengilham strategi, menyerap kembali aura cara nyanyian untuk lagu-lagu Wings dan mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan album tersebut, semuanya dilakukan Awie demi memastikan album tersebut menjadi terbaik antara album-album Wings sebelum ini.

"Untuk buat album Wings setelah 12 tahun bukan mudah. Saya kena dapatkan kembali cara nyanyian untuk lagu-lagu Wings dan saya juga perlu benar-benar menjiwai dan memastikan teknik vokal disampaikan dengan baik.

"Sehingga rakaman vokal juga dilakukan di bilik tidur hotel di Pulau Langkawi selama dua minggu pada Disember lalu bagi mendapatkan suasana baharu, ketenangan tanpa sebarang tekanan," ujarnya.


WINGS melihat isu cetak rompak sebagai suatu isu paling serius yang akan membuat industri hiburan 'mati' jika ia tidak dibendung.


Album terbaik

Menyambung kekecewaan, pemain gitar utama kumpulan Wings, Abdul Zamin Abdul Kadir atau Joe pula mengakui , mereka mendapat berita tersebut daripada sayap-sayap Wings (peminat) di Kuantan, Pahang.

Apa yang membuatkan penerbit dan komposer itu bertambah kecewa apabila lagu Hei! Lihat Sini yang akan digunakan sebagai lagu runut bunyi sebuah filem terbitan KRU turut dimuat naik secara percuma.

"Saya kecewa dan terkejut kerana album tersebut merupakan album terbaik yang pernah saya lakukan. Peminat-peminat Wings juga sudah lama menunggu album ini dan atas sebab itu juga saya memastikan album ini dilakukan dengan sempurna.

"Namun, empat lagu kami berjaya dimuat naik secara percuma, malah album itu juga boleh didengar menerusi aplikasi Spotify dan Deezer bagi pengguna telefon pintar," jelasnya.

Pelik dengan keadaan yang berlaku, namun baik Awie mahupun Joe mereka tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang melakukan perkara tersebut.

Malah, ungkap Joe, kejadian yang berlaku mematangkan Wings untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

"Ini bukan pertama kali isu cetak rompak berlaku kepada Wings tetapi ini adalah kali pertama ia berlaku sebelum kami sempat melancarkan album berkenaan," ujarnya kesal.

Erin Malek, Farriz bertunang Jun ini

Posted:

Erin Malek, Farriz bertunang Jun ini

Erin Malek, Farriz bertunang Jun ini

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

BARU berusia 20 tahun, Erin Malek mengaku dirinya sudah cukup matang dan bersedia untuk bergelar seorang isteri.


SEBELUM ini pelakon yang menjuarai program Fear Factor Malaysia musim kedua (FFM2), Erin Malek tidak pernah berselindung mempunyai kekasih dan sering memuat naik gambar buah hatinya itu di Instagram.

Bagaimanapun, sifat terbuka Erin itu dikritik pengikut-pengikut Instagramnya lebih-lebih lagi apabila mengetahui pelakon berusia 20 tahun itu bercinta dengan lelaki yang dikenali sebagai Farriz Fauzy, 30, menerusi Instagram.

Tidak mengambil kisah akan pandangan orang ramai, Erin yang ditemui pada majlis pratonton Awak Nak Kahwin Dengan Saya? mengakui bakal melepasi satu lagi fasa perhubungannya dengan ahli perniagaan itu iaitu bertunang.

Pasangan itu merancang untuk mengikat tali pertunangan pada bulan Jun ini.

Ikuti lanjut temu bual Kosmo! bersama Erin mengenai cinta hati dan perancangannya untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Kosmo!: Boleh Erin kongsikan detik perkenalan dengan Farriz Fauzy?

ERIN: Saya mengenali Farriz sejak empat bulan lalu menerusi Instagram. Selepas itu kami bertukar nombor telefon dan dia mengajak saya keluar. Sejak itu hubungan kami terjalin. Kami juga telah merancang untuk bertunang pada bulan Jun ini, namun belum mempunyai tarikh khusus untuk majlis tersebut.

Tidakkah anda berasakan tempoh empat bulan berkenalan itu adalah singkat sebelum mengambil keputusan untuk bertunang?

Tidak, kami kerap berjumpa. Hampir setiap hari kami menikmati makan tengah hari bersama. Kalau perjalanan hubungan kami sudah baik, tidak salah sekiranya saya meneruskan hubungan kami ke satu tahap lagi. Walaupun tempoh perkenalan kami singkat, ia tidak menjadi masalah kerana kami berdua memang sudah memasang niat untuk berkahwin.

Bilakah perancangan berkahwin itu akan terlaksana?

Mungkin tahun ini atau mungkin tahun depan. Masih merancang.

Kenapakah anda cukup terbuka memberitahu mengenai hubungan anda dengan kekasih?

Saya kongsikan hubungan kami ini dengan orang ramai kerana kami kerap berjumpa dan keluar bersama. Saya tidak mahu sembunyikan dan membuatkan orang ramai memikir perkara yang bukan-bukan. Saya harap agar orang ramai mendoakan majlis kami berjalan lancar dan tidak ada apa-apa halangan.


ERIN mempunyai perbezaan usia 10 tahun dengan kekasihnya, Farriz.


Apakah yang membuatkan anda yakin Farriz merupakan lelaki terbaik untuk menjadi calon suami anda?

Dia sangat menyokong karier seni saya. Itu paling penting sebab saya memang mengharapkan pasangan saya menyokong karier lakonan saya. Malah, dia ada beritahu jika kami berkahwin kelak dia tetap membenarkan saya meneruskan karier lakonan.

Perbezaan umur sebanyak 10 tahun, adakah ia menjadi masalah?

Tidak. Walaupun jarak umur kami jauh, saya cukup selesa dengannya. Walaupun umur saya baru 20 tahun, saya sudah cukup matang. Kontroversi dan perjalanan hidup saya sebagai pelakon telah mematangkan pemikiran saya.

Ada yang mendakwa Farriz seorang jutawan. Benarkah?

Saya kenal dia bukan sebab duit. Pada awal perkenalan kami, saya tidak tahu sama ada dia anak jutawan, Tan Sri atau sebagainya kerana dia dan keluarganya cukup merendah diri. Apa yang boleh saya katakan, Farriz mempunyai perniagaan sendiri. Saya kecewa apabila orang berkata begitu (berkenalan kerana kaya). Saya sendiri bekerja kuat dan mempunyai pendapatan cukup untuk diri sendiri.

Boleh kongsikan mengenai watak anda dalam filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya?

Saya bawa watak Puteri, seorang setiausaha yang kelam-kabut dan lurus bendul tetapi rajin.

Bagaimanakah pengalaman bekerja di bawah pengarah Eyra Rahman?

Ini merupakan kali kedua saya bekerja dengan Eyra Rahman. Kali pertama menerusi drama Rawan. Walaupun saya pernah membawakan watak seperti itu tetapi watak Puteri berbeza apabila saya membawa karakter tersebut ke dalam layar yang lebih besar.

Kepuasan yang diperoleh daripada watak Puteri?

Soal kepuasan lakonan, saya akui tidak pernah berasa puas. Apabila saya menonton balik lakonan saya, kita akan nampak kekurangan dan dari situ kita akan lebih berusaha untuk memperbaiki lagi mutu lakonan kita. Filem terbitan Metrowealth (MIG) ini akan mula ditayangkan pada 22 Mei ini.– FATEN SAPHILLA

Cat Farish yakin dengan Godzilla Boombox

Posted:

Cat Farish yakin dengan Godzilla Boombox

Cat Farish yakin dengan Godzilla Boombox

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


TIGA SWAGGER bersama Cat Farish (dua dari kanan).


GAGAL sekali tidak bererti gagal selamanya. Didorong dengan semangat dan sokongan, penyanyi dan juga komposer Cat Farish menukarkan nama syarikatnya kepada Godzilla Boombox.

Cat yang merupakan pencipta lagu eksklusif syarikat Datuk M. Nasir iaitu Luncai Emas sejak 10 tahun lalu itu juga bersedia menggerakkan label syarikat miliknya sendiri dengan sokongan dan kerjasama syarikat milik penyanyi bergelar sifu tersebut.

Kerjasama hebat itu memperkenalkan dua artis berkumpulan baharu iaitu Tiga Swagger dan juga Hanarose.

"Sebelum ini saya guna nama sendiri untuk label syarikat. Namun, ia tidak mendapat untung. Banyak projek yang tidak menjadi seperti penubuhan kumpulan Mix, Pop dan Dinda.

"Mudah-mudahan melalui nama Godzilla Boombox, syarikat saya mendapat tuah," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran single baharu Ops! Aku Dah Ter... dan juga Girlfriend di Hotel Royale Bintang, Damansara baru-baru ini.

Memilih nama Godzilla kerana ingin menggambarkan harapannya yang besar terhadap syarikat miliknya itu, Cat juga bergabung dengan penyanyi rap dan juga pengacara, Zizan Razak melalui single baharunya, Ops! Aku Dah Ter...

Ops! Aku Dah Ter... yang kini giat diputarkan di corong-corong radio merupakan gabungan antara Tiga Swagger, Cat dan Zizan serta penyanyi Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Echa.

Girlfriend

"Kenapa judul lagunya, Ops! Aku Dah Ter... sebab gabungan kami ini semuanya secara tidak dirancang. Malah, lagu itu juga dipilih Datuk M. Nasir sendiri sejak lebih setahun yang lalu.

"Saya beri beliau lima lagu tetapi Datuk pilih lagu ini dan minta saya buat susunan semula lagu tersebut," ulasnya yang memilih Zizan kerana hubungan rapatnya dengan kekasih kepada pelakon Emma Maembong itu.

Sudah merakamkan lagu Ops! Aku Dah Ter... lebih setahun yang lalu, akui Zizan pula, lagu tersebut diperam lama kerana kesibukan kerjanya dan juga Cat sendiri.

Zizan juga mengakui berasa terhutang budi kepada Cat kerana lelaki itu yang bertanggungjawab membawanya masuk ke dalam muzik rap.

"Sebenarnya Cat yang bertanggungjawab membawa saya masuk ke dalam muzik rap. Saya pernah mengadu kepadanya yang saya meminati bidang nyanyian rap dan akhirnya saya dapat menyanyi lagu Anggun bersama Altimet dan Zain Ruffedge.

"Selepas lagu Anggun, Cat menawarkan pula lagu Ops! Aku Dah Ter...," ulasnya yang masih belum yakin untuk menghasilkan album sendiri, sebaliknya menyimpan azam untuk terus menyanyi rap kerana minatnya yang mendalam pada muzik.

Lega dengan komitmen Zizan, Cat mengakui sedikit gentar mengajak Zizan berkolaborasi untuk lagu tersebut kerana tahu kesibukan bintang popular itu.

Sementara itu, menurut Cat, single Girlfriend yang dinyanyikan oleh duo Hanarose merupakan pertaruhan pertama kumpulan anak didiknya.

"Lagu Girlfriend ini mudah diingati, catchy dan cheeky bersesuaian dengan perwatakan duo, Hanarose yang terdiri daripada Eka dan Isya," ujarnya mengenai Eka yang merupakan bintang kelahiran Akademi Fantasia musim kesembilan manakala Isya pula merupakan bintang kelahiran program realiti RTM, i-klon.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat