{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online


DAP kekal kerusi Parlimen Bukit Gelugor

Posted:

DAP kekal kerusi Parlimen Bukit Gelugor

DAP kekal kerusi Parlimen Bukit Gelugor

25/05/2014 9:31pm

GEORGE TOWN - Parti DAP mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor selepas calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen itu, Ramkarpal Singh Deo memperoleh majoriti undi sebanyak 37,659 undi.

Ramkarpal, 38, yang merupakan seorang peguam dan anak ketiga mendiang Karpal Singh memperoleh 41,242 undi, menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Huan Cheng Huan (Parti Cinta Malaysia) dan dua calon bebas, Muhamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abdul Sathar dan Abu Backer Sidek Mohd. Zan.

Cheng Guan, Muhamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek masing-masing memperoleh 3,539 undi, 799 undi dan 225 undi.

Kemenangan Ramkarpal dalam PRK itu diumumkan oleh Pegawai Pilihanraya Negeri, Anuar Yahya di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sri Pinang, di sini kira-kira pukul 9.05 malam tadi - KOSMO!

Selfie, hashtag, dan tweet muncul dalam Kamus Dewan

Posted:

Selfie, hashtag, dan tweet muncul dalam Kamus Dewan

Selfie, hashtag, dan tweet muncul dalam Kamus Dewan

25/05/2014 8:29pm

KUALA LUMPUR - Perkataan popular yang lahir seiring perkembangan teknologi seperti 'selfie', 'hashtag' dan 'tweet' akan menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, ia selari dengan peranan kamus iaitu merakam penggunaan kata secara meluas oleh masyarakat.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa perkataan itu akan diberi tanda 'bp' iaitu bahasa percakapan yang dilabel pada perkataan yang belum diterima sebagai bahasa standard.

"Pengguna kamus perlu membaca bahagian pendahuluan yang menjelaskan cara penggunaan kamus, termasuk bahagian dilabel 'bp', supaya tidak ada salah anggap bahawa semua kata di dalam kamus adalah perkataan baku," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, kemasukan perkataan itu juga berdasarkan ilmu leksikografi atau perkamusan memasukkan kosa kata yang digunakan secara meluas, disertai penjelasan konteksnya sama ada rasmi atau tidak rasmi. - Bernama

Tiga hektar hutan di lereng Bukit Besar musnah terbakar

Posted:

Tiga hektar hutan di lereng Bukit Besar musnah terbakar

Tiga hektar hutan di lereng Bukit Besar musnah terbakar

25/05/2014 8:25pm

KUALA TERENGGANU - Kira-kira tiga hektar kawasan hutan di lereng Bukit Besar di sini musnah dalam kebakaran yang dipercayai bermula Khamis lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Kamerul Bieza Mohd Kassim berkata, setakat ini pihaknya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak namun memerlukan sekurang-kurangnya lima hari lagi untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran itu.

"Usaha memadam api agak mencabar kerana lokasi kebakaran yang berlaku pada ketinggian melebihi 40 meter selain tiada punca air yang memaksa kami mengambil air kira-kira 300 meter di kaki bukit," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Menurutnya operasi pemadaman dilakukan tanpa henti bagi memastikan api tidak merebak ke kawasan lain memandangkan keadaan cuaca yang panas dan kering.

"Tidak kira waktu siang atau malam kita sentiasa melakukan operasi pemadaman kerana bimbang akan memberi kesan kepada penduduk yang berhampiran dan kita meletakkan beberapa anggota di kawasan berhampiran rumah penduduk dan sekolah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini," katanya. - Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar