{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Admin

Utusan Online - Feminin


Pusat sehenti fesyen

Posted: 25 May 2014 08:20 AM PDT

Sincerelybyus tampil dengan selendang bercorak.

DI laman sosial, Instagram, butik ini mempunyai 109,000 peminat. Sincerelybyus Boutique tampil berbeza dengan mengetengahkan konsep moden dan ringkas bagi selendang keluarannya. Tidak hairanlah, koleksi Sincerelybyus menjadi trend masa kini khususnya golongan wanita muda.

Pengasasnya, Noor Inora Putri Noorzainy, 24, berkata, memandangkan lambakan butik dalam talian pada masa ini, pihaknya cuba mencari kelainan dengan mengetengahkan rekaan selendang yang ringkas dan sesuai dipakai di mana-mana sahaja.

"Pada awalnya, kumpulan sasaran kami ialah golongan muda serta pelajar yang mempunyai gaya hidup aktif dan sering sibuk dengan tugasan harian mereka.

"Sebaliknya, permintaan juga tinggi bagi wanita 35 tahun ke atas. Istimewanya koleksi ini ialah kami mengeluarkan selendang bersaiz segi empat tepat dengan corak minimal dan polos bagi memudahkan si pemakai membuat lilitan ringkas untuk keselesaan mereka," jelasnya.

Tambahan pula, harga menjadi tarikan utama peminat selendangnya kerana koleksi ini hanya dijual pada harga RM25 hingga RM30.

Sincerelybyus juga menampilkan keunikan kerana setiap bulan, terdapat rekaan dan warna baharu setiap selendang bertujuan untuk memberi lebih pilihan kepada pemakai untuk menonjolkan corak yang lebih digemari.

Menariknya, selendang yang menggunakan kain crepe chiffon tidak perlu diseterika dan mudah digayakan dengan pelbagai jenis baju untuk disesuaikan untuk ke pejabat mahupun ke kelas.

Butik ini juga berbeza dengan yang lain kerana terdapat pelbagai barangan lain yang dijual termasuk pakaian, aksesori hiasan diri, kasut dan beg. Tidak ketinggalan, butik ini menjual aksesori telefon dan biskut.

"Kami mengamalkan konsep vendor iaitu memberi peluang kepada peniaga lain menyewa dan menjual produk mereka di sini. Jadi, pelanggan kami boleh membeli selendang dan pada masa yang sama boleh mendapatkan barangan lain," jelasnya.

Diana berjaya ubah stigma

Posted: 25 May 2014 08:20 AM PDT

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

WANITA ini hampir berhenti kerja gara-gara khuatir majikan menolak permintaannya untuk mengubah imej pakaian.

Bertugas sebagai Eksekutif Kanan Pemasaran Esplanade Avenue Sdn Bhd, Yuzairin Diana Mahyudin, 29 mengambil masa yang lama untuk memberitahu majikannya tentang hasrat hati mengenakan hijab.

Katanya, sebagai syarikat yang memperkenalkan jenama antarabangsa, Diptyque dan Dr. Sebagh, sudah pasti sukar merealisasikan impian tersebut.

"Saya hanya menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada bos saya. Mula-mula berdebar tetapi tidak sangka beliau menyambut baik hasrat saya itu. Malah perubahan imej saya diketahui oleh pengasas produk yang berada di Perancis. Beliau juga memberi reaksi positif," katanya.

Pun begitu, Diana mengakui, ada segelintir rakannya yang memandang sinis tentang perubahan pakaian memandangkan dia bekerja untuk mempromosi produk antarabangsa.

Stigma tersebut menjadikan Diana lebih fokus kepada kerja dan tidak pernah menganggap berhijab sebagai halangan buatnya untuk cemerlang dalam kerjaya.

Katanya, imej bukan menjadi ukuran kerana usaha dan kemampuan diri menjadi faktor seseorang itu berjaya.

"Alhamdulillah, sekarang semua pihak menerima saya. Hampir tujuh tahun saya bekerja dalam bidang ini dan semua pengalaman yang saya perolehi saya jadikan panduan," jelasnya yang berasal dari Klang, Selangor.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar