Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Posted: 24 May 2014 06:51 AM PDT Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI Dari kiri, Ikhwan, Bullah, Khairul dan Nazreen sering menjadikan sukan sebagai aktiviti bersama. Bersukan sememangnya antara salah satu aktiviti yang penting terutamanya bagi seorang penyanyi sebagai salah satu latihan untuk meningkatkan stamina ketika membuat persembahan. Tidak terkecuali, kumpulan yang kini sedang meningkat naik, Le Rumba yang juga mengamalkan aktiviti bersukan sekurang-kurangnya dua kali dalam masa seminggu. Minggu ini, S3 berpeluang merakam gambar mereka ketika bersukan dan aktiviti pilihan mereka ialah futsal. Menurut salah seorang anggota Le Rumba, Khairul, semua anggota kumpulan tidak pernah lekang untuk menjalankan aktiviti bersama biarpun tinggal berasingan. Kami berempat tidak tinggal sekali kerana masing-masing mempunyai keluarga di ibu kota, tetapi itu tidak menghalang kami untuk melakukan aktiviti sukan bersama. Malah, belum ada lagi yang tertinggal ketika aktiviti bersukan dilakukan. Semuanya memberi kerjasama yang baik kerana ia memberi kelebihan kepada semua anggota kumpulan. Lagipun semua anggota kumpulan Le Rumba adalah vokalis dan boleh bermain alat muzik. Kami merupakan kumpulan nyanyian, jadi stamina penting untuk semua ahli kumpulan," ujarnya. Tidak terhad kepada aktiviti sukan futsal sahaja, jelas Khairul, mereka sering mempelbagaikan aktiviti mereka supaya tidak bosan dengan rutin yang sama. Kita pelbagaikan mengikut kemudahan semua. Jika minggu itu, ada antara kami yang mahukan kelainan sedikit seperti bermain badminton, kita teruskan dengan badminton. Kadang-kadang kalau hendak lakukan aktiviti yang menenangkan, kita lakukan aktiviti berenang yang lebih santai supaya jalinan antara kami sesama anggota kumpulan tidak lekang," ujarnya. Tambah Khairul lagi, sekiranya mereka mempunyai kekangan masa dan tidak sempat untuk melakukan aktiviti bersukan, maka aktiviti yang lebih santai seperti berkelah dan sebagainya dilakukan. Kadang-kadang kami penat dengan jadual persembahan yang ketat, jadi pilihannya adalah untuk melakukan aktiviti yang lebih santai seperti berkelah. Jika tidak dapat berkelah, dapat lepak minum teh tarik sambil berbual tentang kumpulan kami juga sudah mencukupi," jelasnya. Jalinkan kemesraan Tidak hanya menjalankan aktiviti sukan sesama anggota kumpulan sahaja, Le Rumba tidak pernah lupa untuk menjemput peminat-peminat mereka bersama-sama untuk bersukan. Biasanya kami yang akan rancang aktiviti bersukan seperti futsal atau sebagainya di laman facebook. Di situ kami akan ajak peminat untuk turut serta. Sambutan memang baik, setakat ini, peminat yang datang tidak pernah lekang. Setiap jemputan kami pasti akan ada yang datang untuk turut serta. Lagipun sukan yang kami lakukan seperti futsal dan badminton adalah sukan yang kini diminati oleh golongan muda apatah lagi kami juga lakukan ia di sebelah malam," jelasnya. Aktiviti seperti ini, jelas Khairul yang membuatkan kumpulan Le Rumba dan peminatnya sentiasa dekat. Kita tidak mahu jauh dengan peminat apatah lagi kami baru setahun jagung dalam industri muzik tempatan. Malah, peminat ini sudah muncul sejak kami buat persembahan setiap minggu di Rasta, Taman Tun Dr. Ismail lagi. Selama lima tahun kami membuat persembahan di pentas-pentas kecil, selama itulah mereka tegar menyokong kami dan kini, setelah memasuki arus perdana, kami tidak akan lupakan sokongan mereka. Itu sebab jika ada sahaja aktiviti bersukan, kami akan ajak sekali kelab peminat. Selain merapatkan hubungan sesama anggota, sekurang-kurangnya hubungan bersama kelab peminat juga dapat dirapatkan," jelasnya. Tambah Khairul lagi, kini semakin banyak masalah sosial yang melanda remaja dan daripada mereka membazirkan masa terbuang itu, lebih baik diisi dengan perkara berfaedah. Peminat kami tidak hanya melibatkan golongan dewasa sahaja, tetapi remaja juga antara yang paling ramai menyokong. Jadi, tindakan kami mengajak golongan remaja terutamanya kelab peminat untuk bersukan adalah salah satu tanggungjawab sosial kepada kami," ujarnya. |
Posted: 24 May 2014 06:51 AM PDT Bersama Noona Kha-dijah Kim Bum dan Moon Geun-young bawa haluan masing-masing. MACAM satu gaya pula artis Korea ini. Bila pihak media kata mereka bercinta, mereka menafikannya dan kemudian pihak pengurusan masing-masing tampil mengesahkan artis mereka bercinta. Percintaan yang awalnya disorok itu bagaimanapun tidak sempat mencecah setahun, sudahpun putus. Itulah yang terjadi kepada pasangan pelakon Kim Bum dan Moon Geun-young yang sebelum ini pernah melancong bersama ke Eropah, November tahun lalu. Pasangan itu mula menjalin percintaan pada Oktober lalu, selepas sama-sama berlakon dalam Goddess of Fire, Jung-Yi. Rupa-rupanya percintaan itu tidak berpanjang dan cuma bertahan selama tujuh bulan sahaja. Menurut agensi Kim Bum, King Kong Entertainment, kedua-dua mereka telah berpisah sebagai pasangan kekasih, namun masih berkawan baik. Sah mereka tidak lagi bersama tetapi tetap berkawan dan memberi sokongan antara satu sama lain. Masing-masing sibuk dengan karier dan perpisahan itu tidak memberi kesan kerana mereka berpisah cara baik," jelas wakil Kim Bum. Dalam pada itu, aktor Kim Woo Bin yang namanya semakin melonjak kerana lakonannya dalam drama The Heirs juga disahkan telah berpisah dengan model Yoo Jin Ahn oleh beberapa pihak. Khabarnya, pelakon yang juga model itu telah menamatkan hubungan dua tahun bersama Yoo Jin Ahn, beberapa bulan lalu dan kini mereka hanya rakan sekerja sahaja. Kira-kira tiga atau empat bulan sudah, Kim Woo Bin dan Yoo Ji Ahn berpisah. Mereka terlalu sibuk dengan kerjaya dan tiada masa untuk bertemu dan secara tidak langsung hubungan itu putus. Memandangkan mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain, jadi sekarang mereka masih lagi berkawan," jelas sumber terdekat Kim Woo Bin. Pasangan itu mula menguar-uarkan hubungan mereka kepada umum pada September lepas walaupun sudah bertemu janji sejak 2011. Sementara itu, pelakon Ji Hyun Woo yang baharu sahaja selesai menjalani perkhidmatan tenteranya turut menerima nasib yang sama. Ketiadaan kekasih hati, Yoo In Na sewaktu para peminat merai kepulangan Ji Hyun Woo selepas selesai perkhidmatan tentera menimbulkan tanda tanya. Namun wakil Yoo In Na, YG Entertainment bijak menjawab pertanyaan tersebut dengan mengatakan yang aktres itu sibuk menjalani penggambaran drama dan filem termasuk di China. Rupa-rupanya kisah percintaan antara Ji Hyun Woo dan Yoo In Na mungkin telah putus sewaktu aktor itu masih lagi dalam perkhidmatan tentera. Wakil agensi Ji Hyun Woo menjelaskan, sewaktu perjumpaan dengan para peminat, aktor itu tidak mengumumkan perpisahannya dengan Yoo In Na kerana waktu yang tidak sesuai. Bukan Ji Hyun Woo sengaja hendak menyorokkan kebenaran, cuma waktu untuk dia beritahu kisah sebenar tentang hubungan itu tidak sesuai," jelas wakilnya. Ji Hyun Woo dan Yoo I Na mula menjalin percintaan selepas mereka sama-sama berlakon dalam drama Queen In Hyun's Man pada 2012. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |