{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


Sindiket palsu pas kerja terbesar tumpas

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

Amran Ahmad menunjukkan pelekat permit palsu (kiri) dan tulen (kanan) dalam sidang akhbar berhubung sindiket pemalsuan pas lawatan kerja sementara di Pelabuhan Klang, Selangor, semalam. - Bernama

KLANG 14 Mei - Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan pas lawatan kerja sementara terbesar di Selangor pada tahun ini dengan tertangkapnya seorang lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Sela-yang dekat sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam itu, beberapa pasport, pas kerja palsu, peralatan untuk membuat pas serta satu cakera keras yang mengandungi format dokumen kerajaan untuk membuat pas kerja dan resit rasmi Jabatan Imigresen yang ditiru turut ditemui.

Turut dirampas, dua kereta jenis BMW dan Nissan Almera serta sebuah motosikal yang kesemuanya bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, sindiket itu menghasilkan ribuan pas lawatan kerja sejak beroperasi.

Pengarah Imigresen Selangor, Amran Ahmad berkata, penahanan lelaki berusia 21 tahun itu yang dipercayai dalang sindiket dibuat setelah tertangkapnya seorang warga Indonesia yang didapati menggunakan pas kerja palsu ketika cuba meninggalkan negara ini melalui Pelabuhan Selatan di sini, pada 9 Mei lalu.

Menurutnya, penahanan lelaki warga Indonesia berumur 35 tahun itu akhirnya membawa kepada penangkapan suspek selepas majikan warga asing tersebut mendedahkan bagaimana dia memperoleh pas kerja berkenaan.

Ketika serbuan, suspek berada di rumah bersama isterinya. Berdasarkan bahan-bahan bukti yang dirampas, kami percaya rumah suspek dijadikan pusat operasi menghasilkan pas lawatan kerja palsu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Amran berkata, suspek yang dipercayai telah bergiat aktif sejak dua tahun lalu sangat licik kerana berjaya menggunakan pengenalan diri pegawai imigresen untuk memasuki sistem data jabatan tersebut.

Untuk menguatkan dakwaannya itu, suspek turut memalsukan dokumen yang diperlukan untuk membuat pas lawatan kerja seperti surat kelulusan Kementerian Dalam Negeri, surat pemeriksaan kesihatan, cop Lembaga Hasil Dalam Ne-geri dan banyak lagi," katanya.

Tambah Amran, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan pernah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), mengaut hasil lumayan dengan kegiatan jenayah itu apabila menjual satu pas kerja dengan harga RM4,000 berbanding RM2,000 yang dikenakan oleh Jabatan Imigresen.

Jabatan Imigresen yakin penahanan suspek akan disusuli dengan penahanan beberapa individu lain yang mempunyai kaitan dengan sindiket pemalsuan pas kerja palsu ini.

Suspek masih lagi direman dan disiasat di bawah Seksyen 55D, Seksyen 56(1A)(b), Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966," katanya.

Amran dalam pada itu tidak menolak kemungkinan penglibatan orang dalam, tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

'Kingpin' dadah diburu sejak 2010 ditangkap

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

Noor Rashid Ibrahim (tiga dari kiri) dan pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas dalam beberapa serbuan di sekitar ibu negara dalam sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR 14 Mei - Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman berjaya me-numpaskan dua sindiket dadah antarabangsa yang didalangi oleh warga Iran dan Nigeria menerusi empat serbuan berasingan yang dijalankan dalam tempoh dua hari iaitu pada kelmarin dan semalam.

Dalam keempat-empat serbuan yang dijalankan di ibu negara, Ampang dan Bukit Jalil di sini serta Sabak Bernam, Selangor itu, empat lelaki warga Iran, seorang lelaki dan wanita warga Nigeria ditangkap manakala dadah syabu seberat 11.5 kilogram dan bernilai hampir RM5 juta dirampas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, seorang 'Raja Dadah' yang menjadi buruan polis turut berjaya diberkas.

Dalam serbuan pertama yang dijalankan pada pukul 2 petang Isnin lalu, pasukan STING telah berjaya menahan tiga lelaki warga Iran di hadapan sebuah kedai di Ampang dan merampas empat bungkusan dadah jenis syabu seberat 2 kilogram yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang.

Susulan tangkapan itu, polis menahan kingpin (raja dadah) yang amat dikehendaki di sebuah pusat-beli belah di sekitar ibu negara semalam," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu telah menjadi buruan polis sejak empat tahun lalu selepas dia menyusup masuk ke negara ini pada pertengahan tahun 2010.

Tambahnya, suspek sebelum ini pernah ditangkap pada tahun 2008 atas kesalahan dadah tetapi dibebaskan setahun kemudian dan telah diusir keluar dari negara ini.

Polis bagaimanapun mendapat maklumat suspek telah menyusup masuk semula ke negara ini dan kembali menjalankan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah," tambahnya.

Sementara itu, dalam satu lagi serbuan yang dijalankan pada pukul 3.20 petang Isnin lalu ke atas sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, polis berjaya menangkap seorang wanita warga Nigeria dan merampas lima bungkusan syabu seberat 2.6 kilogram yang disembunyikan di dalam lima kotak perakam video.

Menurut Noor Rashid, hasil soal siasat yang dijalankan terhadap wanita itu, polis telah menyerbu sebuah lagi unit pangsapuri di lokasi yang sama dan menemui lima bungkusan makanan ringan berisi dadah jenis syabu seberat lebih enam kilogram serta 14 gram dadah jenis ganja.

"Polis telah menangkap seorang lelaki warga Nigeria dalam serbuan itu dan merampas beg galas mengandungi tiga bungkusan plastik berisi 718 gram syabu," katanya.

Noor Rashid memberitahu, dalam serbuan terakhir di sebuah ladang kelapa sawit di Sabak Bernam pada pukul 9 pagi semalam, polis menemui sebuah beg galas berisi 11.5 kilogram dadah yang dicampak di bawah pokok di ladang terbabit.

Menurutnya, tiada tangkapan dibuat dalam serbuan itu.

Kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 46 tahun direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat