{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Lima prinsip perlu diamalkan

Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT

Oleh Farik Salleh
utusanjohor@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin bersama 37 warga kerja Kejora cemerlang sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kejora Tahun 2013 di Dewan Bandaran Kejora, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini. - UTUSAN/ Farik Salleh

KOTA TINGGI 20 Mei - Penjawat awam di negeri ini perlu mempunyai lima prinsip utama iaitu berilmu, kebolehpercayaan, mengamalkan budaya kerja terbaik, bersemangat patriotik dan budaya keberhasilan seperti yang diperkatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha transformasi penjawat awam dapat diperkukuhkan bagi tahun-tahun yang mendatang jika kelima-lima prinsip tersebut diamalkan.

Malah, jika penjawat awam dapat memegang prinsip itu, sudah tentulah segala bentuk kelemahan seperti ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa dalam kerajaan dapat diatasi. Tambahan pula setiap penjawat awam memegang tanggungjawab untuk memastikan setiap persepsi negatif rakyat terhadap rakyat dapat ditangkis," katanya.

Beliau berkata ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) Tahun 2013 di Dewan Bandaran Bandar Penawar, Kota Tinggi di sini kelmarin.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Pengurus Besar Kejora, Datuk Azizan Md Rais dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohad Noorazam Osman.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan sijil anugerah perkhidmatan cemerlang kepada 37 warga kerja Kejora dan menyatakan harapan agar anugerah dan penghargaan ini menjadi pemangkin dan pendorong dalam usaha untuk meneruskan kecemerlangan dalam bidang tugas masing-masing.

Menurut beliau, sebagai pelaksana dasar serta tiang seri negara, penjawat awam diingatkan untuk menumpukan segala usaha dan tenaga ke arah matlamat negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Penjawat awam perlu menongkah arus dan menerima realiti bahawa zaman telah berubah dengan begitu cepat kerana hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi untuk sama-sama menggandakan usaha agar hasrat itu tercapai. Kini adalah zaman perkongsian idea dan meraikan pendapat antara kerajaan serta rakyat.

Penjawat awam perlu sentiasa bergerak mengikut peredaran zaman supaya kerajaan yang ada pada hari ini terus kekal relevan selain mampu untuk menjadi komponen penting dalam memastikan wawasan 2020 itu dapat dicapai," katanya lagi.

Tarik pelancong ke Melaka melawat Muar

Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT

TEE Siew Kiong (tiga dari kiri) melawat pusat pengeluaran perencah mi bandung Mak Pon ketika lawatan meninjau potensi pelancongan daerah Muar di Johor, kelmarin. - Utusan/Ishak Rahmad

MUAR 20 Mei - Pengusaha pelancongan perlu memanfaatkan kelebihan kedudukan daerah ini yang bersempadan dengan Melaka untuk menarik pelancong dari negeri itu mengunjungi destinasi pelancongan di Muar.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, pengusaha pelancongan di sini boleh bekerjasama dengan pemain industri pelancongan di Melaka sebagai satu strategi menarik kedatangan mereka.

Antara Muar dan Melaka banyak persamaannya. Ciri-ciri utama persamaan tersebut ialah dari segi bangunan bersejarah iaitu peninggalan zaman kolonial.

Muar mempunyai sejarah yang panjang sejak dibuka sekitar tahun 1884 dan secara keseluruhannya, bangunan lama seperti Masjid Sultan Abu Bakar, Bangunan Kastam dan Pejabat Polis Trafik dan Sekolah Tinggi Muar selain Kubu Bentayan masih dikekalkan," katanya dalam sidang akhbar semasa melakukan lawatan kerja di daerah ini di sini semalam.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Zaiton Ismail dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri, Dr. Badrul Hisham Kassim.

Beliau berkata, makanan tradisi Muar antaranya asam pedas, mi bandung dan sate yang dihidangkan pada waktu pagi merupakan keunikan dan kepelbagaian menu di sini.

Tambahnya, daerah ini yang diisytiharkan sebagai Bandar Diraja pada 2012 juga memberi kelebihan untuk menjadi satu destinasi pelancongan terkenal di Johor dan pelancong boleh menggunakan Lebuh Raya Air Keroh-Melaka-Jasin (AMJ) yang hanya mengambil masa selama 30 minit dari Melaka berbanding penggunaan Tol Ayer Keroh.

Pihak terbabit katanya, boleh mewujudkan satu pakej pelancongan istimewa contohnya selama empat hari tiga malam atau tiga hari dua malam yang membolehkan pelancong bermalam di Melaka, Muar dan Ledang yang membolehkan lebih banyak masa diperuntukkan untuk melawat tempat-tempat menarik.

Siew Kiong berkata, pemilihan Melaka disebabkan kejayaan pelancongan negeri itu yang menjadi destinasi pelancongan terkenal dan pada tahun lalu menerima kunjungan 13.5 juta pelancong termasuk luar negara.

MITI cari jalan 'segarkan' sektor perkilangan di Ledang

Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT

LEDANG 20 Mei - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang mencari jalan bagi menyegarkan semula sektor perkilangan dan industri di daerah ini yang semakin malap dan mungkin lumpuh jika tidak diselamatkan.

Timbalan Menterinya, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, antara punca utama kerana para pengusaha tidak lagi mendapat insentif daripada kerajaan sehingga merencatkan produktiviti mereka.

Tinggal beberapa kilang sahaja yang masih bertahan. MITI kini berusaha mencari jalan menerusi Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) untuk menghidupkan semula sektor industri di Ledang yang malap.

Ini kerana sektor industri sebelum ini turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Ledang," katanya dalam Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah, Penyerahan Bantuan Bina dan Baik Pulih Rumah Bagi Peruntukan Menteri Besar dan Penyampaian Sijil Inap Desa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sagil di sini semalam.

Majlis itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong.

Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, bagi membantu menghidupkan semula sektor tersebut, Kolej Komuniti Ledang, Kolej Matrikulasi Ledang, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sagil dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk melatih sumber manusia yang berkemahiran.

Selain tumpuan terhadap sektor industri dan pertanian, beliau berkata, pihaknya juga memberi fokus untuk membangunkan lagi sektor pelancongan yang ketika ini mendapat sokongan padu daripada kerajaan negeri.

Untuk itu kita minta pegawai daerah, semua ketua jabatan dan ketua kampung untuk melakukan transformasi Ledang sebagai sebuah destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi dan memanfaatkan segala sumber yang ada seperti kraf tangan, inap desa dan produk industri kecil dan sederhana (IKS)," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled mengakui lawatan kerjanya ke Ledang begitu nostalgik kerana pernah bersekolah di sini sehingga tamat darjah enam sambil menegaskan adalah penting bagi masyarakat di peringkat akar umbi memahami dasar yang dilaksanakan kerajaan.

Beliau berkata, pembangunan daerah-daerah di bahagian utara negeri ini seperti Ledang tidak serancak di selatan contohnya di Iskandar Malaysia, Johor Bahru atau Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Kota Tinggi.

Namun begitu, kerajaan negeri akan usahakan untuk membawa manfaat di Iskandar Malaysia dan Rapid untuk sama-sama dirasai di utara Johor supaya tidak ada daerah yang tercicir, selain dapat duduk sama tinggi dan rendah dengan daerah lain," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat