{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Admin

Utusan Online - Kota


Rumah mampu milik

Posted: 24 May 2014 12:40 PM PDT

Oleh KAMIL MASLIH
pengarang@utusan.com.my

Roslan Ibrahim (kanan) menunjukkan replika rumah contoh kepada Mohd. Rani Abd. Rashid selepas majlis Perasmian Pelancaran Projeks Perumahan Penjawat Awam PROPER di Kuala Lumpur, semalam. - Mingguan/Kamal Basir Wahab

KUALA LUMPUR 24 Mei - Syarikat pemaju, RBI Land Sdn. Bhd. (RBI Land), akan membina perumahan mampu milik untuk penjawat awam sebanyak 30,000 unit di seluruh negara menerusi tanah-tanah rizab Melayu dan wakaf yang dimajukan.

Ketua Pegawai Eksekutif RBI Land, Roslan Ibrahim berkata, projek dikenali sebagai Perumahan Penjawat Awam (Proper) itu akan membangunkan perumahan jenis kondominium yang menampilkan reka bentuk moden.

Katanya, harga yang ditawarkan amat berpatutan iaitu RM188,888 untuk unit berkeluasan 950 kaki persegi, RM276,888 untuk unit berkeluasan 1,050 kaki persegi dan RM368,888 untuk unit berkeluasan 1,150 kaki persegi.

"Rancangan pembangunan Proper ini dapat mewujudkan peluang yang besar kepada pembeli hartanah atau pemilik untuk mempunyai rumah impian mereka pada harga berpatutan," katanya dalam sidang akhbar majlis pelancaran Proper di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Noor Abdullah dan disaksikan bersama Pengerusi RBI Land, Datuk Mohd. Rani Abd. Rashid.

Dalam majlis itu juga, sumbangan sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk tabung tragedi Lahad Datu.

Menurut Roslan, Proper menyasarkan pembeli daripada kalangan rakyat Malaysia berusia 21 hingga 35 tahun yang merupakan penjawat awam.

"Kita telah menetapkan harga yang standard untuk rumah-rumah ini tanpa mengira lokasi projek perumahan ini dimajukan.

"Kita telah mempunyai beberapa lokasi di Lembah Klang dan akan diperluaskan ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor," katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga menawarkan pelbagai imbuhan untuk pembeli rumah termasuk baucar perabot sehingga RM20,000, pakej umrah untuk dua orang di samping peluang pelaburan bank.

Kesungguhan pengendali masih rendah

Posted: 24 May 2014 12:40 PM PDT

Oleh LILIS SURIANI OMAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kesediaan dan kesungguhan pihak pengendali syarikat bas ekspres untuk menjalankan pemantauan had kelajuan secara berterusan termasuk melalui pemasangan sistem pengesan global (GPS) masih ditahap rendah dan memerlukan penambahbaikan segera.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataannya menjelaskan, terdapat juga syarikat yang memasang peralatan GPS untuk memenuhi syarat pelesenan yang mempunyai sistem asas sahaja, dan sistem berkenaan tidak mampu menyimpan data atau menghasilkan laporan kelajuan kenderaan bagi tujuan pengauditan serta pemantauan.

Katanya, berdasarkan pengauditan SPAD terhadap syarikat bas ekspres yang masih beroperasi di Semenanjung Malaysia, sebanyak 112 daripada 164 syarikat bas ekspres telah memasang GPS di dalam bas masing-masing bagi memantau pematuhan had laju pengendali dalam masa 30 hari.

"Daripada jumlah itu, hanya 57 syarikat memasang GPS di kesemua bas ekspres mereka, manakala 27 lagi mengambil inisiatif untuk memasang alat itu pada lebih daripada 50 peratus bas ekspres milik mereka.

"Baki 28 syarikat pula menunjukkan kurang daripada separuh bas mereka dipasang GPS tersebut dan pasukan audit SPAD juga telah mengenal pasti 52 syarikat bas ekspres masih beroperasi tanpa GPS atau sebarang alat pemantauan had kelajuan," jelas kenyataan itu lagi.

Sementara itu, pengauditan yang dibuat lanjutan daripada arahan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal pada 21 April lalu mendapati, sesetengah syarikat pula hanya membuat pemantauan pada waktu pejabat sahaja, walaupun kebanyakan bas syarikat tersebut beroperasi pada waktu malam.

Tambahnya, daripada 112 syarikat ini juga, hanya 27 syarikat sedang memantau had kelajuan bas melalui GPS dari bilik kawalan secara menyeluruh dan berterusan (24 jam), 22 syarikat melakukan pemantauan melalui bilik kawalan tetapi tidak secara berterusan dan 63 syarikat tiada bilik kawalan pemantauan GPS.

"Berdasarkan pelaksanaan Kod Amalan Industri SPAD-Keselamatan (ICOP), sekiranya pengendali didapati gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan termasuk pemasangan GPS dan pemantauan had laju, lesen pengendali atau permit kenderaan mereka boleh digantung sehingga pengendali patuh kepada proses pemantauan tersebut.

"Sehubungan itu, lebih kurang 600 permit bas ekspres daripada 107 syarikat yang masih belum memasang GPS sepenuhnya akan digantung berkuat kuasa 7 Jun ini sehingga pemasangan tersebut dibuat sepenuhnya," jelas kenyataan SPAD tersebut.

Sehubungan itu, SPAD memberi amaran agar syarikat-syarikat berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan tindakan tersebut diambil dalam masa dua minggu ini dan tempoh tersebut diberi kepada pengendali supaya pemasangan GPS dapat dibuat bagi mengelak perkhidmatan kepada pengguna tergendala.

Selesaikan bantuan bekas pelajar Mesir

Posted: 24 May 2014 12:40 PM PDT

Oleh FITRI AFFENDI MUSTAFA
pengarang@utusan.com.my

AHMAD Kamal Yusoff (kiri) dan Mohd. Aman Mat Yaacob berbincang dengan dua penuntut Mesir berhubung surat tawaran biasiswa Mara yang masih belum diperolehi di Kuala Lumpur, semalam. - Mingguan/MOHD. NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan diminta menyelesaikan status bantuan pinjaman pelajaran bekas pelajar perubatan di Mesir yang disaran menyambung semula pelajaran di negara ini akibat pergolakan di negara Arab tersebut tahun lalu.

Menurut bapa kepada seorang pelajar tersebut, Mohd. Aman Yaacob , 51, walaupun kelulusan bantuan pinjaman pelajaran tersebut dikeluarkan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada Januari lalu, tetapi bayaran bantuan tersebut masih tergantung hingga hari ini.

Katanya, kebanyakan pelajar perubatan yang berpindah kredit dari universiti di Mesir masih belum menerima sebarang keputusan dari kerajaan berkenaan perkara tersebut walaupun kelulusan bantuan pelajaran telah dikeluarkan.

"Kita sudah memanjangkan perkara tersebut kepada Mara tetapi mereka memberikan alasan tiada peruntukan untuk bekas pelajar Mesir yang menyambung pelajaran semula ke negara ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pada September tahun lalu, kerajaan bersetuju membenarkan pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari universiti di Mesir menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan di negara ini.

Mohd. Aman menjelaskan, walaupun dia tidak menafikan Mara sudah melakukan pelbagai usaha untuk membantu tetapi sehingga kini masih belum ada keputusan yang dikeluarkan kerajaan.

Tambahnya, keputusan berpindah untuk menyambung pelajaran di negara ini juga merupakan polisi kerajaan dan bukannya daripada permintaan ibu bapa.

"Oleh itu, kita harap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara ini disebabkan kita tidak tahu untuk mengadu kepada siapa lagi.

"Kita berharap agar pinjaman pelajaran tersebut tidak terus tergantung kerana ia membebankan ibu bapa untuk membayar yuran pengajian anak-anak," katanya.

Sementara itu, bagi Ahmad Kamal Yusoff, 51, dia berharap kerajaan dapat mempercepatkan keputusan pinjaman pelajaran tersebut yang masih tergantung.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar