{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


Pemilik gerai mahu jaminan

Posted: 05 May 2014 12:19 PM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

Gerai makan di Pasar Minggu Kampung Baru di Jalan Raja Muda Musa, Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk bersarapan dan makan tengah hari setiap hari. - UTUSAN/WAHIDAH ZAINAL

KUALA LUMPUR 5 Mei - Projek pembangunan semula Pasar Minggu Kampung Baru di Jalan Raja Muda Musa, di sini yang sebelum ini tertangguh akan dimulakan dalam tempoh terdekat apabila 91.7 peratus daripada 205 pemilik gerai bersetuju untuk berpindah ke tapak baharu.

Setiausaha Persatuan Peniaga dan Kebajikan pasar minggu berkenaan, Mohd. Isa Said berkata, bagaimanapun mereka berharap jaminan diberikan kerajaan untuk terus menjaga hak dan kepentingan pemilik dan peniaga di situ.

Menurutnya, isu pemilikan tapak perniagaan di pasar itu juga perlu segera diselesai bagi mengelakkan sebarang kesulitan timbul kemudian hari.

"Kami percaya kerajaan mempunyai perancangan untuk membangunkan kawasan ini. Apa yang diharapkan usaha ini dilakukan secara telus," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Tambah beliau, berdasarkan rekod hanya enam pemilik yang masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu dan 11 lagi gerai yang tidak diketahui pemiliknya.

"Berhubung 11 pemilik gerai berkenaaan, usaha mencari tetap diteruskan termasuk mengiklankan di akhbar -akhbar tempatan dan di laman web.

"Ini kerana kita mahu memastikan tiada sesiapapun yang hak mereka dinafikan," katanya.

Menurutnya, sehingga hari ini kira-kira 134 pemilik bersetuju untuk menerima pampasan.

Namun katanya, selagi tiada sebarang perjanjian bertulis sebagai jaminan keputusan itu boleh berubah pada bila-bila masa sahaja.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini ke pasar minggu berkenaan mendapati kewajaran usaha-usaha pembangunan dilakukan di kawasan itu lebih-lebih lagi memastikan kelangsungan orang Melayu dalam bidang perniagaan diteruskan.

Berdasarkan pemerhatian, gerai-gerai makan di situ terutamanya, menjadi tumpuan orang ramai yang tidak putus-putus berkunjung untuk menikmati sarapan bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

Suasana sibuk itu sekaligus memberi gambaran peniaga di situ mampu pergi jauh dan mencapai sesuatu yang lebih baik jika kemudahan infrastruktur di kawasan itu dinaik taraf.

Melihat deretan gerai yang kelihat uzur dan tidak tersusun ini sekaligus memberi gambaran sudah tiba masanya pembangunan dilakukan di kawasan ini.

Persekitaran yang agak suram perlu ditukar kepada imej yang lebih indah dan bersih demi keselesaan peniaga dan pengunjung.

Lebih-lebih lagi gerai-gerai ini terletak di kawasan strategik dan berpotensi untuk dimajukan.

Tinjauan turut mendapati kawasan gerai yang pernah terlibat dalam kebakaran awal 1990-an dan ada antaranya dibangunkan semula sebagai rumah sewa.

Difahamkan kebanyakan rumah itu disewakan kepada warga asing.

Penulis percaya, kesediaan UDA Holdings Berhad untuk membangunkan kawasan itu perlu disambut dengan hati terbuka.

Terpulang kepada masing-masing samada memilih untuk menerima pampasan atau mendapatkan semula lot kedai mereka sebaik kerja-kerja pembangunan siap.

Penulis percaya jika proses tersebut pembangunan dilakukan secara telus, manfaatnya sudah tentu diterima semua pihak.

Diharapkan pembangunan semula tapak pasar minggu itu berlancar dan menjadi satu lagi tarikan kepada pelancong.

Mahu hak kami dipertahankan - Pemilik

Posted: 05 May 2014 12:19 PM PDT

KUALA LUMPUR 5 Mei - Rata-rata pemilik lot kedai Pasar Minggu Kampung Baru di Jalan Raja Muda Musa, di sini bersetuju dengan pembangunan yang dirancang di kawasan itu tetapi kerajaan perlu bersikap adil kepada mereka.

Pengerusi Persatuan Peniaga dan Kebajikan pasar berkenaan, Dr. Hosni Hussen Md. Saat berkata, ini termasuklah jumlah pampasan dan tuntutan yang adil .

"Apa yang kami harapkan jumlah pampasan yang dituntut adalah berpatutan kerana ia melibatkan tanah persendirian," katanya.

Pendapat Hosni turut dipersetujui Naib Pengerusi persatuan, Aziz Hamzah.

Katanya, pemilik lot kedai di situ sudah lama menantikan pembangunakan di situ dan berharap ia bukan lagi janji palsu.

"Walaupun kawasan pasar itu sudah dua kali menerima lawatan oleh dua Perdana Menteri, namun sehingga ke hari ini kerja-kerja pembangunan masih gagal dilaksanakan," katanya.

Seorang pemilik lot kedai berkenaan, Fauziah Abd. Rauf, 65, berkata, pembangunan di kawasan itu mampu menarik ramai pelancong sama ada dalam mahupun luar negara untuk berkunjung di situ.

"Ini sekali gus dapat meningkatkan imej Kampung Baru khususnya, dan Malaysia secara amnya sebagai destinasi pelancongan yang dipenuhi dengan warisan Melayu," katanya.

Sambil menegaskan, pembangunan itu sudah lama diingin oleh pemilik kedai, namun berasa agak kecewa kerana kebanyakan pemilik asal sudah tidak dapat melihat perubahan itu nanti.

Ini kerana ada antara mereka sudah uzur atau meninggal dunia.

Penulis kaligrafi, Noonair Nazir, 68, berkata, dia sememangnya tidak sabar melihat kerja-kerja pembangunan semula dilaksanakan di situ.

"Kami berharap ia menjadi satu kenyataan dan tiada lagi sebarang masalah timbul selepas ini sehingga membantutkan usaha ini," katanya.

Munah Abd. Ghani, 60, pula memberitahu dia bersetuju dengan suara majoriti agar kawasan itu dibangunkan, bagaimanapun masih belum memutuskan untuk menerima pampasan atau mendapatkan semula lot kedai selepas dibangunkan.

"Kalau boleh, saya tidak mahu berganjak dari tapak asal saya kerana kawasan yang akan kami berpindah ini nanti agak jauh ,"katanya.

Turut bersetuju, Zulkifli Abd. Talib, 48, berkata, dia yang membuka kedai runcit itu tidak pernah menentang sebarang pembangunan di kawasan itu.

Katanya, apa yang penting hak-ak pemilik kedai di situ tidak dinafikan.

Seorang pemilik gerai yang menjual minuman pula, Abu Bakar Othman, 65, bersetuju untuk mendapatkan semula lot kedainya setelah dibangunkan nanti kerana sudah mempunyai perancangan.

"Lebih baik saya tunggu projek itu disiapkan dalam tempoh yang dinyatakan kerana jika pampasan diterima, mungkin akan habis dalam tempoh singkat," katanya.

UDA Holdings Berhad sedia bayar pampasan

Posted: 05 May 2014 12:19 PM PDT

KUALA LUMPUR 5 Mei - Projek bagi memajukan kawasan Pasar Minggu Kampung Baru di Jalan Raja Muda Musa, di sini mengambil masa antara tiga hingga empat tahun apabila kerja-kerja pembangunan dimulakan.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, perbalahan di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemilik lot kedai di kawasan berkenaan akan cuba diselesaikan di luar mahkamah.

"Kita tidak mahu memanjangkan lagi kes tersebut kerana jika dibiarkan berlarutan, rancangan untuk memajukan kawasan pasar tersebut pastinya tergendala dan akan mengambil masa bertahun lamanya lagi.

"Sebab itu saya sudah mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak supaya UDA Holdings Berhad yang berada di bawah Kementerian Kewangan untuk menyelesaikan perkara ini dengan membayar pampasan kepada penduduk serta membangunkan kawasan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas mengadakan mesyuarat bersama kira-kira 200 pemilik lot kedai berkenaan di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini baru-baru ini.

Pada 11 Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan yang kawasan pasar terbabit akan dibangun bagi mengindahkan lagi imej Kampung Baru sebagai lokasi tumpuan dan rancangan itu mengalami sedikit kesulitan berhubung isu pampasan yang dibangkitkan pemilik lot kedai berkenaan.

Sehubungan itu, beliau memberitahu bahawa pemilik terbabit mempunyai pilihan sama ada menerima pampasan dalam bentuk wang tunai ataupun mendapatkan kembali lot kedai mereka selepas kawasan itu dibangunkan.

"Pampasan akan diberi mengikut keluasan lot mereka iaitu RM150,000, RM75,000 atau RM50,000, manakala RM20,000 pula dibayar kepada gerai tambahan jika mereka bersetuju untuk mengambil pilihan tersebut.

"Walau bagaimanapun, mereka harus menggunakan wang sendiri untuk mencari tapak kedai lain sementara menunggu kawasan tersebut dibangunkan jika memilih untuk mendapatkan kembali lot asal," katanya.

Menurutnya, terdapat lebih kurang 205 pemilik lot kedai di kawasan yang akan dibangunkan itu dengan lebih 30 daripadanya menggunakan tanah mereka untuk berniaga dan akan dipindahkan ke Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

Katanya, UDA Holdings Berhad sudah bersedia untuk memajukan kawasan pasar itu pada bila-bila masa sahaja, namun masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum kerja-kerja pembangunan dimulakan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat