Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Nasib Yingluck tidak diketahui Posted: 24 May 2014 12:40 PM PDT Penduduk yang menganjurkan bantahan anti-rampasan kuasa mempamerkan kad yang menyatakan bantahan mereka semasa mengadakan tunjuk perasaan di pinggir Bangkok, kelmarin. - AFP BANGKOK 24 Mei - Nasib bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dan berpuluh-puluh pemimpin kerajaan serta politik masih menjadi teka-teki, sejak mereka ditahan oleh pihak tentera, semalam selepas mereka menghadap kerajaan junta, ketika 21 orang penunjuk perasaan ditahan kerana merancang mengadakan bantahan antirampasan kuasa. Sumber Parti Pheu Thai mengesahkan Yingluck bersama-sama berpuluh-puluh pemimpin kerajaan dan ketua-ketua parti, aktivis dan kumpulan-kumpulan lain ditahan di sebuah kemudahan tentera. Bagaimanapun sumber berkenaan tidak pasti lokasi Yingluck ditahan kerana pihak tentera merampas telefon bimbit beliau dan pembantunya. Jurucakap tentera Thailand, Kolonel Winthai Suvaree berkata, pemimpin-pemimpin kerajaan yang disingkirkan dan beberapa ahli politik mungkin ditahan selama seminggu. "Tempoh mereka ditahan bergantung sejauh mana penglibatan mereka dalam krisis politik di negara ini," katanya. Kenyataan beliau itu sekali gus mencetuskan persoalan sama ada semua individu yang ditahan itu akan disiasat oleh pihak tentera. Sementara itu, timbalan jurucakap tentera, Kolonel Weerachon Sukondhapatipak berkata, tindakan menahan Yingluck, anggota Kabinet dan ketua penunjuk perasaan antikerajaan bertujuan untuk memberi masa kepada mereka untuk berfikir. Namun, Sukondhapatipak tidak menjelaskan lebih lanjut tentang maksud sebenar di sebalik kenyataan tersebut. Dalam pada itu, seramai 21 orang ditahan oleh pihak tentera di timur laut Thailand selepas merancang mengadakan tunjuk perasaan antirampasan kuasa. Menurut kenyataan tentera, kira-kira 200 askar menyerbu sebuah pangsapuri di Khon Kaen, 350 kilometer di timur laut Bangkok, sebelum menahan kesemua suspek yang mengakui bertindak demikian atas arahan pemimpin Barisan Hadapan Demokrasi Menentang Pemerintahan Diktator atau Kumpulan Baju Merah. Turut dirampas dua bom tangan dan dua silinder gas. - Agensi/AFP |
Candice Swanepoel wanita paling seksi Posted: 24 May 2014 12:40 PM PDT LOS ANGELES 24 Mei - Model Victoria's Secret, Candice Swanepoel dinobatkan sebagai Wanita Paling Seksi di Dunia 2014 oleh majalah Maxim, sekali gus mengenepikan saingan daripada penyanyi pop terkemuka, Miley Cyrus. Swanepoel, yang menceburkan diri dalam dunia model sejak berusia 15 tahun, turut mengatasi beberapa selebriti terkenal lain seperti Scarlett Johansson, Katy Perry. Jennifer Lawrence, Mila Kunis dan Jessica Alba. Menurut laporan Yahoo yang memetik kenyataan Pengarah Kreatif Maxim, Paul Martinez, pemilihan Swanepoel sebagai wanita terseksi kerana model berusia 25 tahun itu berpontensi besar dalam penjelmaan yang ideal bagi jenama baru Maxim. "Selain kecantikannya, dia juga mempunyai ciri-ciri yang sangat menakjubkan, moden dan elegan. "Malah kepintaran Swanepoel sangat dikagumi selepas menjadi seorang daripada model yang terkenal di dunia," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |