Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
PRK Bukit Gelugor: 148 buang undi hari ini Posted: 20 May 2014 01:16 PM PDT Oleh NURULANUAR MANSOR GEORGETOWN 21 Mei - Kemuncak kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor semakin hampir dengan proses pengundian awal yang akan bermula tepat pada pukul 8 pagi ini. Menurut Pemangku Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang, Azizal Ahmad, seramai 148 pengundi berdaftar akan membuang undi mereka di empat pusat pengundian awal yang akan dibuka sehingga pukul 2 petang. Pusat-pusat pengundian awal berkenaan adalah di Tabika Kemas Markas Gerakan Marin Wilayah Satu di Batu Uban, bilik maklumat Balai Polis Air Hitam, bilik maklumat Balai Polis Bandar Baharu dan Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Pinang di Gelugor. Beliau turut menjelaskan, semua anggota tentera dan keluarga mereka akan mengundi di Markas TLDM KD Seri Pinang. "Bagi anggota polis pula, empat orang akan mengundi di Markas Gerakan Marin Wilayah Satu di Batu Uban, 55 orang di Balai Polis Air Hitam dan 41 orang di pusat mengundi Balai Polis Bandar Baharu. "Semua persiapan untuk proses pengundian berjalan lancar termasuk dakwat kekal yang akan digunakan esok (hari ini) dan 25 Mei ini, kami telah terima (dakwat kekal) sejak 13 Mei lepas dan ia disimpan di satu lokasi yang paling selamat," kata beliau dalam satu laporan Bernama semalam. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT Oleh NAZMIL NASIRUDDIN PUTRAJAYA 20 Mei - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan boleh disifatkan sebagai medan pungutan suara oleh DAP untuk menolak atau menerima hudud. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sekiranya DAP menang, ia jelas menunjukkan pengundi menyokong prinsip parti itu yang secara terang-terangan menentang ideologi dibawa Pas. Beliau berkata, keadaan itu sebenarnya merupakan satu pertentangan ideologi yang terpaksa ditanggung dan dipikul Pas apabila berkempen untuk calon DAP nanti. Sudah tentu tindakan tersebut menunjukkan sikap tidak berprinsip Pas untuk melaksanakan hukum hudud. Ini juga menunjukkan bahawa hudud yang dibawa Pas tiada kena-mengena dengan Islam tetapi hanya semata-mata untuk politik," katanya ketika diminta mengulas tentang perkembangan PRK dua kawasan berkenaan dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. Pada masa sama, Ahmad Shabery berkata, penduduk kawasan berkenaan perlu berfikir tentang kepentingan mereka terlebih dahulu sebelum memilih pemimpin. Ini bukan pilihan raya umum (PRU) tetapi merupakan PRK untuk memilih wakil mereka, sudah tentu perkara yang paling perlu diutamakan adalah siapa yang boleh bekerja," katanya. Selain itu, beliau berkata, rakyat juga perlu melihat wakil pemimpin yang dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Persekutuan, justeru pengundi perlu lebih praktikal dalam hal itu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |