Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Proses pengundian PKR Sungai Petani kecoh Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT SUASANA tegang berlaku ketika proses pengundian jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani di Kedah, semalam. SUNGAI PETANI 3 Mei - Proses pengundian bagi pemilihan pemimpin Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Petani hari ini 'panas' sehingga proses pengundian bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Petani terpaksa ditangguhkan. Ini berikutan seorang calon bagi jawatan tersebut, S. Arvind Kumar hanya mengetahui namanya tiada di dalam kertas undi bagi jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani kira-kira pukul 11 pagi hari ini apabila tiba di pusat pengundian di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Wang di sini. Para penyokong Arvind bertindak mengadakan protes di luar dewan pukul 11.10 pagi apabila nama Arvind tiada di dalam kertas undi dan seorang lagi calon untuk jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani, Simon Ooi diumumkan menang tanpa bertanding. Para penyokong Arvind menuntut agar proses pengundian itu ditangguhkan dan membuat kecoh dengan menyebut perkataan seperti Parti Keadilan tidak adil, nama sahaja adil dan lain-lain lagi. Tindakan mereka menyebabkan proses pengundian untuk jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani terpaksa ditangguhkan sehingga satu tarikh baharu yang akan diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP). Arvind berkata, dia dan para penyokongnya tidak berpuas hati apabila dikatakan tidak layak bertanding. "Kalau tengok di dalam laman web PKR nama saya masih ada sebagai calon bagi Ketua AMK Cabang Sungai Petani iaitu calon nombor dua dan tiba-tiba pagi ini saya dikatakan tidak layak bertanding pula. ''Saya tidak menerima surat daripada PKR Pusat mengenai perkara ini dan saya rasa ini sangat tidak adil untuk saya dan para penyokong," katanya ketika ditemui di Dewan Orang Ramai Taman Sri Wang di sini hari ini. Menurut Arvin, dia telah menghantar pencalonan serta mengemaskini nama penyokong dan pencadangnya kepada JPP pada 11 April lalu. "Saya tidak tahu apa sebab yang membuatkan saya dikatakan tidak layak untuk bertanding jawatan ini. "Ini merupakan kali pertama saya bertanding jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani dan saya bertanding jawatan ini atas desakan rakan-rakan yang mahu melihat perubahan dalam Cabang PKR Sungai Petani," ujarnya. Dalam pada itu, Ketua Pengawas Pemilih Sungai Petani, Hamsah Djabir berkata, bantahan yang disuarakan oleh para penyokong Arvind telah disampaikan kepada pihak JPP hari ini. "Pihak JPP memutuskan bahawa proses pengundian untuk jawatan tersebut ditangguhkan hari ini berikutan terdapat masalah teknikal dan pihak JPP akan mengumumkan satu tarikh baharu bagi mengadakan semula pengundian ini. "Proses pengundian untuk jawatan-jawatan lain diteruskan seperti biasa kerana tiada masalah yang berbangkit," jelasnya. |
DAP tiada hak letak calon dalam PRK Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT KUALA LUMPUR 3 Mei - DAP didakwa tidak berhak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan selagi surat Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai kedudukan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bertarikh 6 Disember tahun lalu tidak dibatalkan melalui perintah mahkamah. Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, surat itu masih berkuatkuasa meskipun terdapat pertikaian melalui permohonan semakan kehakiman yang belum diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Jelas beliau, senario kedudukan CEC DAP sekarang tidak sama sewaktu pilihan raya umum lalu kerana surat arahan ROS bertarikh 19 April tahun lalu yang berasaskan pemilihan jawatankuasa itu pada 25 Disember dua tahun lalu telah membenarkan calon-calon DAP menggunakan logo parti. Walau bagaimanapun, katanya, setelah pemilihan semula pada 29 September tahun lalu, timbul keraguan yang munasabah hasil laporan oleh ahli DAP sendiri menyebabkan ROS telah mengeluarkan surat arahan mandatori bertarikh 6 Disember lalu untuk tidak mengiktiraf pemegang jawatan CEC parti itu. "Malah ROS turut mengarahkan CEC supaya jangan membuat apa-apa keputusan bagi pihak DAP sehinggalah pihaknya selesai menjalankan siasatan ke atas pelaksanaan kongres DAP yang diadakan pada 29 September tahun lalu. "Sehubungan itu, secara rasional pada pandangan pihak kami, apa jua keputusan dalam bentuk arahan oleh pihak ROS terhadap parti itu sebelum tarikh 6 Disember tahun lalu adalah dengan sendirinya telah terbatal," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Mengulas lanjut, beliau menegaskan, atas sebab itu KMPP mendesak ROS ketika menggunakan bidang kuasa di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966 memberikan penjelasan segera mengenai tafsiran sebenar surat bertarikh 6 Disember itu. Penjelasan itu kata Rahmad, amat penting bagi membolehkan DAP membuat keputusan untuk melantik calon mereka dalam dua PRK iaitu di Bukit Gelugor dan Teluk Intan. "Penjelasan segera daripada ROS dalam isu berkenaan amat diperlukan bagi menghindari sebarang persepsi negatif oleh mana-mana pihak khususnya dari sudut permainan politik yang berunsur propaganda serta bebas daripada episod menuding jari," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |