Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Keadilan, ketelusan diperjuang PKR seperti sandiwara - Wan Khairul Posted: 06 May 2014 12:00 PM PDT KOTA BHARU 6 Mei - Pergolakan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bercanggah dengan prinsip demokrasi sekali gus membuktikan parti itu tidak mempunyai integriti. Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad (gambar) berkata, keadilan dan ketelusan yang diperjuang PKR selama ini tidak ubah seperti sandiwara yang sarat dengan tipu muslihat serta helah politik. Beliau menyifatkan kekecohan itu sebagai paling mengaibkan dalam sejarah PKR kerana membabitkan pemimpin tertinggi. Rakyat boleh lihat dengan mata kepala sendiri kerakusan mereka yang merebut jawatan tertinggi sehingga berlaku pergolakan yang dipertonton kepada rakyat tanpa rasa segan. Inilah PKR, parti (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang penuh dengan hipokrit, kepalsuan, pembohongan dan fitnah tetapi semua itu boleh dihalalkan demi kuasa dan kedudukan lebih-lebih lagi apabila membabitkan kaum kerabatnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Proses pemilihan PKR di seluruh negara kecoh dengan beberapa cabang diisytihar sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula antaranya di Pulau Pinang, melibatkan Cabang Nibong Tebal selepas timbul dakwaan wujud pengundi hantu dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan pengerusi negeri. Insiden di Pulau Pinang tidak hanya terhenti di situ kerana di Cabang Balik Pulau, proses pengundian bertukar panas apabila perbuatan kempen dan 'mencuri pengundi' di bilik mengundi menimbul rasa tidak puas hati para penyokong sehingga menyebabkan berlaku pertengkaran yang hampir menjadi insiden tumbuk-menumbuk. Di Sabah, tiada persediaan rapi menyebabkan sesi mesyuarat dan pemilihan PKR Cabang Tenom yang berlangsung di sebuah hotel bertukar kecoh dan tidak terkawal menyebabkan Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PKR cabang berkenaan, Nazri Udoi memutuskan mesyuarat serta pemilihan dibatalkan. Hal sama berlaku di Perak apabila Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B), Muhammad Imran Abdul Hamid tidak berpuas hati dengan perjalanan pengundian bagi jawatan Ketua Cabang Lumut manakala di Kedah, calon Ketua AMK Cabang Sungai Petani, S. Arvind Kumar mendesak pengundian semula. Mengulas lanjut, Wan Khairul berkata, insiden yang berlaku dalam pemilihan PKR adalah kerana pemilihan pemimpin ditentukan oleh Anwar menyebabkan calon bertanding tidak berpuas hati dengan proses pemilihan. Mereka melakukan tipu muslihat untuk menentukan pemimpin mana yang mereka mahu. Mereka menggunakan kedudukan untuk menentukan siapa yang akan menang, demi kuasa dan kedudukan juga mereka menghalalkan segala kesalahan dan membenarkan dengan tanpa rasa bersalah," katanya. |
'Ribut' pemilihan PKR bukti Anwar bukan pemimpin hebat Posted: 06 May 2014 12:00 PM PDT ALOR SETAR 6 Mei - 'Ribut' yang melanda pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini jelas menunjukkan betapa Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin hebat yang kononnya mampu 'menyelamatkan' Malaysia seperti dicanang penyokongnya selama ini. Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Abdul Ghani Haroon berkata, kelemahan Anwar terbukti setelah perkara itu masih gagal diatasi biarpun pergaduhan bukanlah sesuatu yang asing setiap kali berlangsungnya pemilihan parti berkenaan. Malah saya difahamkan tahun ini keadaannya lebih teruk. Kalau sudah setiap kali pemilihan mahu bertumbuk, di mana kemampuan serta kredibiliti Anwar untuk menyelesaikannya? Dahulu ketika PKR belum berkuasa, perkara sebegini tidak berlaku. Tetapi apabila ada kuasa sedikit, masing-masing sudah hilang pertimbangan akal budi bagi merebut jawatan. Jadi, bagaimana mereka mahu diharapkan untuk menjaga negara?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Proses pemilihan PKR di seluruh negara baru-baru ini kecoh dengan beberapa cabang diisytiharkan sebagai tidak sah dan perlu mengadakan pengundian semula termasuk di Cabang Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Tenom, Sabah. Kejadian itu memberi tamparan hebat kepada pemimpin parti berkenaan yang selama ini sering mempertikai ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain kerap kali mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran kononnya PKR adalah parti yang bersih dan demokratik. Abdul Ghani menambah, beliau juga pelik dengan sikap segelintir ahli PKR yang seakan-akan dicucuk hidung untuk terus menyokong PKR sekali pun menyedari segala kepincangan dan penipuan dilakukan pemimpin atasan dalam menempatkan orang masing-masing di kedudukan tertentu. Sudah berapa kali pemilihan, anda dapat lihat Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendedahkan kepincangan dan penipuan yang berlaku. Tetapi di mana kedudukannya sekarang? Tetapi mereka masih menyokong PKR. Tidakkah mereka nampak bahawa pemilihan ini membuktikan PKR hanya membentuk keadilan untuk Anwar dan bukannya keadilan umum seperti didakwa," katanya. Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Antipenyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, jika diteliti setiap laporan penipuan yang dilaporkan dalam pemilihan kali ini, ternyata ada tangan ghaib yang jijik cuba untuk menipu bagi memastikan individu tertentu mendapat tempat di dalam parti. Anwar tidak perlulah lagi bercakap tentang prinsip demokrasi. Beliau ternyata gagal dalam mendemokrasikan partinya sendiri sehingga menyebabkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) gagal memberi alasan yang matang berhubung kekecohan tersebut. Ramai rakan yang masih di dalam PKR mendakwa pemilihan ini tidak sah kerana diselubungi penipuan. Soalnya, mahukah PKR mengadakan pengundian semula bagi membuktikan mereka benar-benar telus? Saya yakin tidak," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |