{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Tuduhan berniat jahat - Razali

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Oleh Zulhisham Isahak
pengarang@utusan.com.my

MUAR 9 Mei - Ahli Majlis Ter-tinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa UMNO adalah dalang yang menyebabkan pemilihan parti itu kecoh di seluruh negara sebagai mahu menutup kepincangan sendiri.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata, tidak berasas dan berniat jahat untuk menyembunyikan kelemahan serta masalah dalaman parti itu.

UMNO tidak terlibat dalam mana-mana kekecohan yang berlaku semasa pemilihan cabang-cabang PKR terutama di Pulau Pinang. Semuanya berpunca daripada kumpulan atau kem-kem antara calon yang bertanding dan kelemahan pentadbiran PKR.

Terdapat banyak kecelaruan misalnya senarai ahli yang meragukan digunakan dalam pemilihan PKR sekarang, ini membawa kepada kekecohan dan pergaduhan semasa proses pengundian," katanya mengulas dakwaan pihak tertentu dalam PKR menuduh UMNO sebagai punca kekecohan pemilihan pada kali ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Muar ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO Cawangan Kampung Parit Sakai Laut di Dewan Orang Ramai Parit Sakai Laut, di sini malam tadi.

Proses pemilihan PKR di seluruh negara kecoh dengan beberapa cabang diisytihar sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula antaranya di Pulau Pinang, melibatkan Cabang Nibong Tebal selepas timbul dakwaan wujud pengundi hantu dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan pengerusi negeri.

Razali berkata, insiden paling memalukan pada kali ini apabila pemilihan di cabang Permatang Pauh iaitu tempat Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail seakan-akan tidak mendapat sokongan ahlinya.

Katanya, kedua-dua pemimpin tertinggi PKR itu mendapat tamparan hebat kerana hanya 240 daripada 6,900 ahli terlibat dalam pemilihan di cabang Permatang Pauh dengan peratusan kehadiran hanya empat peratus.

Selain itu, katanya, beberapa pemimpin utama Melayu PKR di negeri itu yang gagal merebut atau mempertahankan jawatan ketua cabang turut menimbulkan tanda tanya sama ada usaha secara halus menyingkir pemimpin kaum itu sedang dilakukan.

Atas semua kelemahan tersebut, katanya, PKR tidak layak mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana mereka gagal menguruskan pemilihan parti itu yang jauh lebih kecil jumlah pengundinya berbanding badan bebas tersebut yang berjaya menguruskan lebih tiga juta pengundi di seluruh negara.

Naib Presiden PCM umum tanding PRK Bukit Gelugor

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

GEORGETOWN 9 Mei - Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan hari ini mengumumkan akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

Cheng Guan, 53, berkata, keputusan itu dibuat bukan kerana kepentingan peribadi sebaliknya berlandaskan kepada pengalamannya dalam bidang politik selama ini.

Saya akan menggunakan pengalaman sebagai bekas Naib Presiden Gerakan dan anggota Parlimen Batu Kawan antara 2004 dan 2008 untuk berkhidmat kepada penduduk di Parlimen Bukit Gelugor.

Malah, ketika bukan lagi bergelar anggota Parlimen, saya tetap berkhidmat kepada rakyat menerusi PCM serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Centre for Political Awareness untuk membangkitkan kesedaran rakyat dalam isu-isu tertentu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, manifesto pilihan raya dan slogan PCM yang akan digunakannya nanti akan diumum selepas hari penamaan calon, Isnin depan.

Jentera pilihan raya PCM juga bersiap sedia dan kami sudah mula turun berjumpa penduduk di sekitar Bukit Gelugor serta mendapat maklum balas yang baik, kita akan pergiatkan kempen selepas penamaan calon, Isnin ini," katanya.

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon, pengundian awal 21 Mei dan hari mengundi 25 Mei.

Mendiang Karpal Singh yang juga bekas Pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat