{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Rekreasi

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Rekreasi


Elis selesa urus acara kanak-kanak

Posted: 28 May 2014 11:14 PM PDT

Oleh Siti Aishah yusoff
aishah.yusoff@utusan.com.my
Gambar Sharuddin Mustaffa

Elis Suhaili Abd Rahman menunjukkan sebahagian dari peralatan permainan kanak kanak yang terdapat di syarikatnya.

Ramai daripada kita mungkin pernah melalui pengalaman menghadiri majlis yang aturcaranya kucar-kacir, tidak tersusun bagai tiada perancangan.

Tidak kurang juga yang berpengalaman menghadiri majlis hari jadi anak-anak jiran atau rakan pejabat yang sepatutnya meriah dan riuh dengan gelak-ketawa kanak-kanak, tetapi beku dan hambar.

Sebab itu sesetengah individu memilih untuk menyerahkan majlis mereka tidak kira sama ada ulang tahun perkahwinan, hari jadi anak mahu pun ulang tahun syarikat, kepada yang pakar seperti syarikat pengurusan acara.

Biarpun terpaksa mengeluarkan belanja lebih sedikit, yang penting majlis dapat berjalan lancar, meriah dan sebagai tuan rumah mereka tidak kepenatan membuat persiapan.

Itulah tugas pengurus acara iaitu meringankan beban tuan rumah. Tidak kira majlis tersebut melibatkan kanak-kanak mahu pun orang dewasa, perancangan dan komitmen menjadi tunjang utama kejayaan sesuatu majlis.

Jadi, tanggungjawab dan tugas pengurus acara ialah bagi membantu majlis tersebut berjalan lancar," kata Elis Suhaili Abdul Rahman, 33, selaku pengurus acara bagi syarikat miliknya, Seven Six Inflatable.

Begitupun katanya, tugas tersebut bukan mudah apatah lagi apabila majlis yang diuruskan melibatkan kanak-kanak seperti sambutan hari jadi.

Menurutnya, Seven Six Inflatable menyediakan perkhidmatan pusat sehenti dan sewaan barangan serta peralatan untuk sebarang aktiviti melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa.

Antara perkhidmatan sewaan yang disediakan termasuklah permainan bouncy castle, inflatable, badut dan ahli silap mata, maskot, lukisan muka, dekorasi balon, air terjun coklat dan meja bufet manisan. Tidak terkecuali belon panas turut disediakan atas permintaan pelanggan.

Kebiasaannya kami menerima tempahan untuk pengurusan acara secara individu, berkumpulan, ahli korporat dan sambutan karnival yang memerlukan kami menyediakan peralatan kepada aktiviti kanak-kanak," kata ibu kepada empat cahaya mata ini.

Bercerita lanjut penglibatan Elis sebagai pengurus acara sejak tiga tahun lalu, dia mengakui ia memberi kepuasan terutama apabila menguruskan majlis yang membabitkan kanak-kanak.

Kehadiran permainan inflatable seperti ini sentiasa menarik minat kanak-kanak.

Keputusan untuk membuka perniagaan ini pun inspirasi daripada keriangan anak-anak ketika bermain permainan inflatable mudah alih ini.

"Setiap hujung minggu saya akan membawa anak-anak menghabiskan masa di pasar raya yang menawarkan perkhidmatan permainan seperti itu.

Ketika melihat anak-anak ceria bermain dengan permainan tersebut, timbul perasaan gembira dalam hati saya.

Permainan ini selamat digunakan tetapi buat masa ini masih belum meluas. Permainan tersebut hanya terdapat di pasar raya besar sekitar pusat bandar sahaja," katanya.

Elis berkata, melihat potensi perniagaan tersebut, dia mengambil keputusan menubuhkan Seven Six Inflatable pada 2012.

Ketika itu, ia dijalankan secara sambilan kerana dia masih bekerja sebagai eksekutif akaun kanan di sebuah firma tempatan.

Melihat kepada permintaan dan sambutan baik daripada pelanggan sehingga tidak menang tangan, saya mengambil keputusan berhenti kerja dan melakukannya sepenuh masa.

Pada masa ini syarikat diuruskan sepenuhnya oleh saya sambil dibantu oleh suami," katanya.

Menurut Elis, sebagai pengurus acara bagi majlis kanak-kanak dia sentiasa berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan membawakan idea-idea yang kreatif serta berlainan.

Tidak salah juga jika saya akui pengurus acara adalah orang yang memainkan peranan penting kepada kejayaan sesuatu majlis.

Bagi sesetengah ibu bapa yang ingin membuat acara untuk anak mereka seperti sambutan hari lahir tetapi mempunyai kekangan waktu untuk menguruskan sendiri kerana kesibukan bekerja, kehadiran pengurus acara dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Menyerahkan tugasan tersebut bermakna mereka tidak perlu risau atau sibuk mencari barang mahupun peralatan sesuai untuk digunakan ketika majlis berlangsung.

Mereka hanya perlu memberitahu apa yang mereka mahukan seperti tema, jenis permainan dan sebagainya. Semua itu akan cuba dilaksanakan," jelasnya.

Elis mengakui, bergelar usahawan tidak lari berhadapan dengan cabaran yang banyak mengajarnya menjadi lebih matang dan cekap.

Dia menambah kepuasannya dalam tugasan adalah apabila pelanggan gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Maklumat lanjut boleh layari facebook seven six Inflatables.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat