{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


JKKK mesti basmi Syiah

Posted: 22 May 2014 11:50 AM PDT

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

Idris Haron (tengah) menyampaikan Anugerah Tokoh Guru kepada Datin Asmah Abdul Rahman, isteri kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam sempena Sambutan Hari Guru di Ayer Keroh, Melaka, semalam.

MELAKA 22 Mei - Seluruh anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini ditegaskan agar dapat memainkan peranan penting melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) jika wujud sebarang kegiatan penyebaran fahaman Syiah di kawasan masing-masing.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, tindakan sedemikian penting dalam usaha membendung penularan gelombang kedua aktiviti memesongkan akidah itu di samping dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat.

"Perkara tersebut (penyebaran ajaran Syiah) perlu dicegah dari peringkat awal agar ia tidak membawa kepada kerosakan akidah di kalangan umat Islam di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdullah Md. Zin yang menyarankan umat Islam supaya lebih berwaspada menghadapi gelombang kedua Syiah yang dilaporkan dalam akhbar hari ini.

Jelas Idris lagi, setakat ini, penyebaran Syiah di Melaka masih terkawal dan pemantauan giat dijalankan JAIM bagi memastikan ia tidak menular secara meluas.

"Setakat laporan yang saya terima, masih tidak menunjukkan ada sebarang bentuk ancaman dari kumpulan yang mengamalkan fahaman tersebut.

"Saya juga tidak menerima sebarang aduan berhubung tindakan mereka hendak menyebarkan ajaran kepada pihak lain namun kita perlu sentiasa berwaspada dan bersedia," ujarnya.

Guru perlu bersemangat tinggi didik anak bangsa

Posted: 22 May 2014 11:50 AM PDT

MELAKA 22 Mei - "Jadilah guru yang sentiasa bersemangat tinggi untuk mengajar tanpa ada rasa jemu demi melahirkan manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan negara."

Itulah nasihat diungkapkan pesara guru, Sairi Tahir, 69, setelah dipilih sebagai salah seorang penerima anugerah Tokoh Guru Melaka 2014 sempena Sambutan Hari Guru peringkat negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Sairi yang juga bekas Pengarah Pelajaran Melaka pada tahun 2000 berkata, seorang guru perlu meletakkan komitmen penuh terhadap kerja mendidik dan harus menjadi guru sepenuh masa.

"Bekerjalah dengan sepenuh hati dan sayangi kerjaya sebagai seorang guru dan pastinya segala yang kita lakukan akan diberkati malah dipermudahkan oleh Allah," katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Anugerah disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang juga merupakan bekas pelajarnya semasa menjadi guru di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah antara tahun 1976 hingga 1979.

Jelas Sairi lagi, cabaran paling sukar bergelar seorang guru ialah apabila mendapati ada di kalangan pelajarnya yang tidak berjaya semasa peperiksaan dan itu merupakan perkara paling ditakutinya.

Oleh yang demikian tegasnya, beliau akan sentiasa memastikan setiap pelajar yang dididik memahami dan mampu mendalami apa yang diajar dengan baik.

"Perasaan apabila dapat melihat pelajar kita berjaya dan cemerlang termasuklah malah menjadi pemimpin tertinggi negeri merupakan sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata," ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau menggesa guru-guru terutamanya golongan muda yang baharu tamat pengajian masa kini supaya tidak menjadikan kerjaya guru sebagai pilihan terakhir.

"Janganlah menjadi guru terpaksa kerana tiada peluang bekerja dalam bidang yang dikehendaki kerana ia akan memberi kesan buruk terhadap mutu pengajaran serta kepada pelajar itu sendiri," tegasnya.

Sementara itu dalam majlis sama, dua lagi individu turut dipilih sebagai Tokoh Guru Melaka 2014 iaitu Mohd. Raus Md. Sam, 65, dan Norbi Husin, 63.

Ketiga-ketiga tokoh guru negeri ini turut menerima sumbangan RM1,000 oleh kerajaan negeri di samping sijil simpanan dari Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat, medal dan sijil penghargaan.

Libatkan masyarakat bantu pembangunan pelajar di sekolah

Posted: 22 May 2014 11:50 AM PDT

MELAKA 22 Mei - Usaha melibatkan masyarakat setempat dengan segala aktiviti anjuran pihak sekolah dilihat berupaya membantu dari segi pembangunan pelajar serta sekolah itu sendiri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, peranan serta tanggungjawab dipikul para guru dalam mendidik anak bangsa amat besar dan memerlukan masyarakat termasuk ibu bapa membantu dari segi pembangunan lain.

Justeru katanya, pihak sekolah di seluruh negeri ini disarankan agar dapat menukar imej institusi tersebut supaya dilihat sebagai tempat memupuk persefahaman dan muafakat antara ibu bapa dan masyarakat.

"Imej sekolah yang selama ini dilihat sebagai kepunyaan guru dan pelajar semata-mata perlu ditukar bagi menarik minat ibu bapa serta masyarakat setempat bekerjasama dengan sekolah demi kepentingan pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2014 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhamad; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin dan Pengarah Pendidikan negeri, Md. Rashid Hussin.

Jelas Idris, peranan dimainkan kedua-dua pihak akan memudahkan lagi segala urusan dan pembangunan dari segi sahsiah dan keperibadian pelajar serta bidang akademik.

"Hubungan baik antara masyarakat dengan pihak sekolah secara tidak langsung turut akan menggalakkan lagi budaya persefahaman seterusnya dapat menyelesaikan kerumitan serta masalah dihadapi," ujarnya.

Sementara itu, beliau menyeru para guru agar dapat sentiasa berusaha meningkatkan keberhasilan sekolah dan kemenjadian pelajar.

Katanya, guru telah melaksanakan tanggungjawab meningkatkan pencapaian pelajar serta kejayaan sekolah namun akauntabiliti terhadap keberhasilan operasi masing-masing perlu terus dipertingkatkan dalam dunia serta kompetitif.

''Persaingan semakin sengit dan kebolehan untuk berjaya bergantung kepada kelebihan daya saing yang ditentukan oleh kemampuan minda serta keupayaan berfikir pada aras tinggi," tambah beliau.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat