{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


JKKK Darau bantu keluarga miskin

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Oleh KAMARUDIN HAMZAH
utusanterengganu@utusan.com.my

Sebahagian penduduk kampung bergotong-royong merobohkan rumah Dasuki Abdullah untuk dibina rumah baharu yang dibiayai kerajaan di bawah program PPRT di Kampung Darau, Besut, Terengganu, semalam.

BESUT 9 Mei - Kemiskinan hidup sebuah keluarga di Kampung Awek Darau dekat sini mendapat perhatian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Darau yang membantu mendapatkan rumah yang lebih selesa.

Dasuki Abdullah, 55, dan Gayah Yaakob, 48, yang mempunyai 11 orang anak, sebelum ini tinggal dalam serba kekurangan di sebuah rumah usang peninggalan orang tua mereka kini mampu menarik nafas lega.

Ini ekoran langkah kerajaan negeri meluluskan pembinaan sebuah rumah yang lebih selesa berharga RM40,000 dengan kemudahan tiga bilik di bawah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada keluarga tersebut.

Lebih mengujakan lagi, hari ini JKKK Darau dengan bantuan penduduk kampung telah mengambil inisiatif bergotong-royong merobohkan rumah uzur itu untuk dibina rumah PPRT itu di tapak yang sedia ada.

Pengerusi JKKK Darau/Awek, Rahim Harun berkata, sebelum ini sejak setahun lalu, Dasuki telah memohon bantuan rumah PPRT bagi menggantikan rumahnya yang uzur itu dan hanya mendapat khabar semalam bahawa permohonan membina rumah baharu telah diluluskan.

Katanya, sementara menantikan rumah baharu itu siap sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan lagi, Dasuki sekeluarga akan tinggal di sebuah rumah sewa di kampung itu yang dibiayai oleh JKKK.

Menurutnya, keluarga yang mempunyai anak berusia antara 18 bulan hingga 31 tahun itu termasuk dua yang masih bersekolah bergantung hidup kepada Dasuki yang hanya bekerja kampung dan Gayah sebagai buruh kontrak pembersihan.

Rumah yang akan disiapkan nanti memberikan lebih banyak keselesaan kepada keluarga ini dan berharap mereka akan berasa lebih selamat tinggal di rumah baharu," katanya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad yang turut berada di lokasi kerja gotong-royong itu mengakui keluarga berkenaan adalah bekas penyokong tegar sebuah parti pembangkang.

Bagaimanapun katanya, soal fahaman politik tidak diambil kira, sebaliknya kerajaan negeri ingin memastikan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan kerajaan dibantu dalam apa juga keadaan.

Menurutnya, di kawasan Hulu Besut tindakan sebahagian penyokong dan pengikut tegar parti pembangkang yang enggan dibantu meskipun hidup dalam kesusahan menyebabkan ada yang hidup dalam keadaan miskin.

Hobi kini jadi sumber pendapatan

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Azmi Teng Abdullah bersama burung kesayangannya, Anak Itik di kedainya di Bandar Lama, Gua Musang, Kelantan.

GUA MUSANG 9 Mei - Aktiviti membela burung bukan sekadar untuk mengisi masa lapang, namun jika kena pada gaya ia mampu memberi pendapatan yang lumayan.

Bagi warga emas, Azmi Teng Abdullah, 60, aktiviti dan minat terhadap hobi tersebut telah mendorongnya membuka sebuah kedai burung.

Azmi telah mengambil langkah melebarkan minatnya itu dengan membuka sebuah kedai burung sekali gus mampu memperolehi pendapatan yang lumayan melaluinya.

Terletak di Bandar Lama di sini, kedai burung Azmi kini mampu berdiri gah dan menjadi tumpuan penggemar unggas tersebut untuk mendapatkan pelbagai jenis burung dan kelengkapannya.

Di kedai Azmi terdapat lebih 50 ekor burung antaranya burung candik, tekukur, tiong, merbah batu dan banyak lagi.

Azmi berkata, minat membela burung tercetus ketika kali pertama dia menyaksikan pertandingan suara burung yang berlangsung di Taman Tasik Bandar Baru.

Pertama kali saya melihat pertandingan seni suara burung, minat bela binatang itu timbul dan sebagai permulaan saya membeli seekor burung.

Selepas itu, saya mencuba nasib dengan menyertai pertandingan dan berjaya memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan.

Bermodalkan RM5,000, wang kemenangan yang dikumpulkan itu dijadikan modal permulaan untuk membuka kedai burung," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Katanya, jika ada pertandingan seni suara burung dia sentiasa menyertainya dan wang kemenangan bagi kejuaraan dibuat pusingan modal perniagaan.

Saya selalu mengikuti perkembangan pertandingan seni suara burung di dalam dan luar negeri Kelantan dan sehingga kini telah merangkul lebih 12 kejuaraan," katanya.

Sementara itu kata Azmi, ketika ini burung candik merupakan burung paling popular bagi penggemar binatang tersebut biarpun harga setiap seekor mampu mencecah ribuan ringgit.

Katanya, seekor burung candik yang dibelinya pada harga RM3,000 sejak lima tahun lalu, yang diberi nama 'Anak Itik' kini menjadi rebutan penggemar burung di Gua Musang apabila ada pelangan yang menawar harga sehingga RM7,000.

Buat masa ini saya tidak berhasrat untuk menjual 'Anak Itik' kerana burung inilah yang menarik minat saya untuk berkecimpung dalam dunia burung.

Biarpun ada yang berani menawarkan harga yang tinggi saya tidak akan sesekali menjualnya," katanya.

Menurut Azmi lagi, keistimewaan burung Candik bukan sahaja tertumpu kepada kelunakan suara, tetapi juga aksi 'galak' yang ditunjukkan oleh haiwan itu menarik perhatian penggemar burung.

Tambahnya, menjaga burung bukan sahaja dengan memberi makan, tetapi juga burung perlu dimandikan sekurang-kurangnya dua hari sekali untuk memastikannya bebas daripada sebarang penyakit.

Selalunya saya memberi burung makan dedak, ulat segar dan Tongkat Ali bagi memastikan haiwan tersebut kekal cergas.

Sekiranya burung tidak dibasahkan mengikut waktu, bulu burung akan mudah gugur dan haiwan tersebut juga akan kurang aktif," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat