{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


RM8j bina kilang padi PPK Gerai

Posted: 12 May 2014 12:43 PM PDT

Oleh ROSALINDA MD.SAID
utusanganu@utusan.com.my

Tajuddin Abdul Rahman mengendalikan jentera penuai selepas Majlis Pelancaran Dana Kebajikan Sub Sektor Padi Peringkat Kebangsaan di Kampung Alor Keladi, Besut, Terengganu, baru-baru ini. - UTUSAN/kamarudin hamzah

BESUT 12 Mei - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi membina sebuah kilang padi di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai di sini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan pembinaan kilang berkapasiti 20,000 tan setahun itu membolehkan padi yang dihasilkan petani di daerah Besut dan Setiu dijual kembali kepada petani dan keperluan pasaran luar.

Menurutnya, kemudahan itu dibantu dengan kewujudan Pusat Pengumpulan Belian Padi PPK Gerai, Pelagat, Kerandang serta Setiu yang mencapai kapasiti sehingga 28,000 tan.

Beliau berkata, keputusan meluluskan pembinaan kilang itu dibuat setelah mengambil kira kepentingan 7,812 petani serta keluasan tanaman padi sebanyak 10,3714 hektar dengan purata hasil pengeluaran antara tiga hingga lima tan.

Dalam perjumpaan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad tempoh hari, beliau ada membangkitkan isu keperluan kilang pemprosesan padi di Besut.

Permohonan ini telah dikemukakan sejak tahun 2000 dan saya difahamkan bahawa selama ini petani dan Pertubuhan Peladang akan menghantar padi ke kilang Bernas di Besut dan Setiu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Dana Kebajikan Sub Sektor Padi Peringkat Kebangsaan di Pusat Pengumpulan Padi Kawasan Gerai di Kampung Alor Keladi di sini kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Selain Nawi, yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof; Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Zainal Dahalan dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Saipolbahri Suib.

Ismail Sabri turut menyarankan kilang yang bakal dibina itu membeli dan memproses padi dari Pasir Puteh, Kelantan agar peruntukan itu dapat dimanfaatkan bersama.

Menurut beliau, bagi mengukuhkan peranan Pertubuhan Peladang dalam subsektor padi, empat Pusat Pengumpulan Padi akan diwujudkan di PPK Bintong, Padang Serai, Seberang Perak dan Machang, manakala empat Pusat Pengumpulan Padi sedia ada akan dinaik taraf.

Kelantan catat 1.2 juta pelancong dalam 3 bulan

Posted: 12 May 2014 12:43 PM PDT

KOTA BHARU 12 Mei - Kelantan mencatatkan jumlah kedatangan pelancong kira-kira 1.2 juta orang dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini iaitu dari Januari hingga Mac.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Md. Anizam Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri yakin sasaran untuk menerima enam juta pelancong pada tahun ini dapat dicapai berdasarkan pelbagai kemudahan dan prasarana yang terdapat di negeri ini.

Berdasarkan beberapa kemudahan yang ada termasuklah kaedah perhubungan yang semakin pesat membangun sekarang ini akan memberi kemudahan kepada pelancong datang ke negeri ini selain, kemudahan tempat tinggal yang sempurna dan menarik untuk penginapan.

Kita juga turut mendapat sokongan daripada kementerian pelancongan dalam pelbagai aspek, dan sokongan itu sudah semestinya akan membantu melonjakkan lagi pembangunan sektor pelancongan di negeri ini khususnya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, jumlah kedatangan pelancong dijangka meningkat pada musim cuti sekolah dan cuti umum di samping dengan usaha promosi yang sedang giat dijalankan secara berterusan.

Beliau berkata, sektor pelancongan di negeri ini menerusi pakej ekopelancongan tetap akan menjadi tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Insya-Allah, kita akan berusaha menambah beberapa prasarana dengan menaik taraf kemudahan yang ada bagi memberi lebih keselesaan kepada pelancong," katanya.

Jelasnya, pelbagai aktiviti dirancang termasuk memperkenalkan konsep ekopelancongan membabitkan kawasan selatan Kelantan bermula dari Kuala Krai hingga Lojing di Gua Musang bagi menarik lebih ramai pelancong.

Kawasan ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dari segi budaya, alam semulajadi dan sebagainya dan ia sememangnya amat berpotensi untuk dijadikan produk pelancongan bertaraf antarabangsa.

Untuk itu kita akan tumpukan kepada makanan, budaya dan kehidupan serta alam semulajadi dalam mempromosi produk pelancongan kepada umum kerana negeri Kelantan juga turut mempunyai keunikan yang tersendiri dalam perkara ini yang mungkin tidak terdapat di negeri lain," katanya.

Hutan gelam Rantau Abang jadi Hutan Simpan Kekal

Posted: 12 May 2014 12:43 PM PDT

KUALA TERENGGANU 12 Mei -Kerajaan negeri bersetuju mewartakan kawasan hutan gelam seluas 100,000 hektar di Rantau Abang, Dungun sebagai Hutan Simpan Kekal bagi memulihara khazanah alam unik itu.

Pengarah Perhutanan negeri, Azmi Nordin berkata, usaha ke arah itu sedang dilakukan dan dijangka dapat diselesaikan pada penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan.

Beliau berkata, kelulusan awal untuk tujuan itu telah diperoleh dan pihaknya kini berurusan dengan beberapa jabatan berkaitan termasuk Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri dan Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) negeri.

Idea untuk mewartakan kawasan tersebut sebagai hutan simpan pokok gelam pada asalnya dicetuskan oleh Pengerusi Landskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

Sebenarnya, pokok gelam memang banyak terdapat di negeri ini termasuk di daerah Setiu dan Kemaman.

Namun, pokok gelam yang terdapat di Dungun adalah unik dari segi bentuknya yang dilenturkan oleh tiupan angin dan ini boleh menjadi daya tarikan memandangkan ia boleh dilihat di sepanjang pinggir jalan," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pewartaan itu diharap dapat mengekalkan keunikan dan keaslian pokok gelam di samping ekosistem persekitaran dan sebagai sumber pendidikan.

Azmi memberitahu, satu lagi hutan simpan yang dalam proses untuk diwartakan ialah Tanah Bencah Setiu atau lebih dikenali sebagai Setiu Wetlands.

Pada mulanya, kawasan itu (Tanah Bencah Setiu) memang akan diwartakan sebagai Taman Negeri namun terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Bagaimanapun, kita telah mengenal pasti satu lokasi seluas kira-kira 1,350 hektar di situ yang berpotensi dibangunkan untuk tujuan penyelidikan," ujar beliau.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat