{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Usaha ubah sikap pengguna

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

Abdul Fattah Mahmood memakaikan topi keledar kepada penunggang motosikal sambil diperhatikan Mohd. Rusdi Mohd. Darus (kiri) dan Yusrina Md. Yusof (kanan) pada Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan Long Short Walk peringkat negeri anjuran JKJR Kelantan di Kota Bharu, baru-baru ini.

KOTA BHARU 14 Mei - Malang tidak berbau. Peribahasa ini sering dikaitkan dengan kemalangan di jalan raya yang menjadi pembunuh utama penduduk negara ini.

Statistik Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan sejak tahun 2003, lebih 6,000 nyawa hilang di jalan raya setiap tahun dan bilangan ini terus meningkat sehingga hampir mencecah angka 7,000 pada tahun 2012.

Pelbagai faktor boleh dikaitkan dengan kes kemalangan termasuk infrastruktur dan keadaan jalan yang membahayakan pengguna, namun satu sudut yang perlu diberi perhatian adalah sikap pengguna jalan raya itu sendiri khususnya penunggang motosikal.

Setiap tahun kumpulan ini mewakili jumlah paling ramai yang maut dalam kemalangan jalan raya iaitu lebih 60 peratus dan salah satu sebab utama adalah kecederaan serius di kepala akibat cuai memakai topi keledar.

Selaku agensi yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti pendidikan keselamatan jalan raya, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) telah menganjurkan Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan Long Short Walk di Tanjung Chat di sini baru-baru ini.

Usaha itu sebagai kempen kesedaran untuk penunggang dan pembonceng motosikal.

Menurut Pengarah Bahagian Pelaksanaan dan Projek JKJR Malaysia, Mohd. Rusdi Mohd. Darus, wawasan kerajaan adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai tahap keselamatan jalan raya setaraf dengan negara maju menjelang 2020.

Beliau berkata, pihaknya meletakkan sasaran kematian dan kecederaan parah sifar dalam tempoh enam tahun ini.

Kita yakin ia sebenarnya boleh dicapai dengan kerjasama semua pihak termasuk Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) peringkat negeri dalam memberi kesedaran berterusan kepada masyarakat," katanya.

Jelasnya, pada masa ini, pihaknya menumpukan kepada golongan penunggang dan pembonceng motosikal kerana kadar kematian yang tinggi selain majoriti yang maut adalah dalam kalangan mereka yang berumur 16 sehingga 25 tahun.

Masalah cuai dalam pemakaian topi keledar sama ada tidak memakai langsung atau menggunakan topi keledar tidak menepati piawaian keselamatan adalah antara perkara yang kita mahu tangani.

Kita mahu mereka sedar bahawa keselamatan ditentukan oleh diri sendiri, ia tidak automatik seperti kereta yang melindungi penumpang dengan beg udara ketika kecemasan, selain itu pengguna motosikal juga dinasihati memakai pakaian cerah atau lebih baik vest pemantul cahaya terutama pada waktu malam," katanya.

Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan Long Short Walk peringkat negeri anjuran JKJR Kelantan tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi MKJR negeri Kelantan merangkap Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Abd. Ghani Che Kasim; Pengarah JKJR Kelantan, Yusrina Md. Yusof dan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) negeri Kelantan, Che Kassim Mahmud.

Pada majlis itu juga, sebanyak 300 topi keledar baharu diberikan kepada pengguna motosikal yang menukar topi keledar lama selain perarakan kira-kira 200 pelajar sekolah, penunggang motosikal dan penarik beca sambil membawa sepanduk kempen keselamatan jalan raya di kawasan Tanjung Chat di sini.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Fattah berkata, pihaknya berharap kes kematian akibat kemalangan jalan raya di negeri ini dapat dikurangkan sekali ganda pada tahun ini.

Jelasnya, sebanyak 392 kes kematian dicatatkan pada 2012 berbanding 378 pada 2013 iaitu pengurangan sebanyak 14 kes.

Beliau menegaskan, tanggungjawab menjaga keselamatan semasa di jalan raya bukan terpikul di atas bahu pemandu kenderaan termasuk penunggang motosikal semata-mata tetapi perlu diberi perhatian bersama oleh penumpang.

Penumpang kenderaan dan pembonceng motosikal mesti mengawasi keadaan pemandu dan penunggang, jika mengantuk segera beri teguran supaya tidak berlaku perkara tidak diingini.

Kita tidak dapat mengawal apa yang akan berlaku ke atas diri tetapi kita boleh mengambil langkah perlindungan yang mengurangkan risiko kecederaan seperti memakai topi keledar dan peka dengan persekitaran di jalan raya," katanya.

Sementara itu, Yusrina pula berkata, penganjuran program tersebut juga menumpukan kepada satu lagi kumpulan pengguna jalan raya iaitu pejalan kaki terutamanya pelajar sekolah yang berisiko tinggi semasa di jalan raya.

Sejak 10 tahun lepas kajian MIROS mendapati pejalan kaki menduduki tangga ketiga kes paling ramai maut akibat kemalangan jalan raya dan ini sudah tentunya termasuk pelajar sekolah.

Mereka sangat berisiko ditimpa kemalangan khususnya semasa dalam perjalanan ke sekolah dalam keadaan pagi yang gelap, walaupun memakai kasut putih kadang-kadang ia tidak memantul cahaya seperti kita harapkan.

Kita berharap program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa, guru dan masyarakat umum supaya prihatin dengan keselamatan pelajar di jalan raya," katanya.

Kukuh pastikan bekalan sayur, tembikai cukup

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

Azhar Jamaludin (kanan) menyampaikan enjin pam air kepada penanam tembikai Kampung Bakong, di Bachok, Kelantan, kelmarin.

BACHOK 14 Mei - Program Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak Terus Ke Pasar Tani (Kukuh) yang dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan di Kampung Bakong dekat sini, mampu membekalkan sayur-sayuran dan tembikai segar ke seluruh negara di sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri tahun ini.

Timbalan Pengarah FAMA Kelantan, Azhar Jamaludin berkata, projek yang membabitkan lebih 200 petani itu dijangka mengeluarkan hasil pada penghujung bulan ini dengan anggaran 2,400 tan tembikai dan pelbagai jenis sayur untuk dipasarkan.

Beliau berkata, ladang seluas lebih 30 hektar itu adalah hasil usaha sama petani kampung tersebut, FAMA dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sebagai usaha mencapai matlamat menjadikan Kelantan sebagai hub pertanian jangka pendek.

"Selain petani di Kampung Bakong, FAMA sebelum ini turut berjaya memajukan 2,054 petani yang mengusahakan ladang kontrak di kawasan seluas 2,493 hektar di seluruh Kelantan.

"Menerusi program pembangunan pertanian tahun lalu sebanyak RM500,000 peruntukan dibelanjakan dengan penyediaan insentif kepada petani, pembinaan Pusat Pengumpulan Ladang, skim latihan dan lawatan sambil belajar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara petani dan pemborong di ladang berkenaan di sini semalam.

Azhar berkata, penggunaan teknologi baharu dalam amalan pertanian membolehkan produktiviti ditingkatkan dengan hasil yang lebih berkualiti.

Pada masa yang sama, beliau berkata, pihaknya memberi jaminan kepada petani harga tembikai dan sayur-sayuran akan kekal sehingga sambutan Aidilfitri kerana pihak pemborong yang berdaftar dengan FAMA akan membekalkan secara terus hasil tanaman tersebut tanpa melalui orang tengah.

"Ia turut disokong dengan permintaan yang tinggi sepanjang musim perayaan nanti dengan kadar harga yang lebih stabil.

"Pemantauan yang dijalankan juga mendapati kadar harga tembikai sejak awal tahun ini adalah berpatutan dan menguntungkan petani dan peniaga," katanya.

Sementara itu, ketua petani Kampung Bakong, Mohd. Asri Rashidy, 40, berkata, beliau mengusahakan tanaman itu sejak tahun 1990 sehingga sekarang yang membabitkan kawasan seluas hampir 10 hektar.

"Setiap dua musim penanaman dalam setahun saya mampu memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM200,000," katanya.

Katanya, agensi pertanian khususnya FAMA dan KADA banyak membantu petani untuk mendapatkan pendapatan lumayan hasil pertanian tersebut.

Sasaran 1,500 sertai Rakan Cop

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

Haliludin Rahim (kiri) menyampaikan sumbangan kepada isteri Mohd. Noor Mat Saman, Zawahir Che Seman di Pasir Mas, Kelantan, semalam.

PASIR MAS 14 Mei - Polis akan mempergiatkan lagi kempen dalam usaha menarik lebih ramai anggota masyarakat menjadi ahli Rakan Cop.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, sehingga hujung tahun ini pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya seramai 1,500 orang di kawasan Pasir Mas mendaftar sebagai ahli kepada pertubuhan itu.

Menurutnya, sasaran tersebut mampu dicapai melalui pelbagai program termasuk kempen dan aktiviti turun padang.

Sehingga kini seramai 600 orang telah mendaftarkan diri sebagai ahli Rakan Cop menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya selepas melawat pesara polis, Koperal Mohd. Noor Mat Saman, 83, yang terlantar sakit akibat serangan angin ahmar.

Haliludin memberitahu, Rakan Cop merupakan salah satu pendekatan yang digunakan oleh pihaknya dalam usaha membanteras jenayah di daerah ini.

Katanya, setiap maklumat yang dihantar ahli Rakan Cop menerusi SMS akan terus diberikan maklum balas oleh pihak polis.

Rakan Cop banyak membantu polis dalam mengurangkan jenayah dan harapan saya agar rakyat terus membantu kami dengan menyalurkan maklumat sekiranya terserempak dengan perlakuan jenayah," ujarnya.

Mengulas mengenai lawatan tersebut, beliau berkata, ia diadakan sempena Sambutan Hari Polis dan bagi menghargai sumbangan pesara polis yang pernah berkhidmat menjaga keamanan negara.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat