{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Sultan serikan majlis MAIDAM

Posted: 17 May 2014 12:21 PM PDT

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanteengganu@utusan.com.my

SULTAN Mizan Zainal Abidin diiringi Ahmad Razif Abdul Rahman (dua dari kanan) bersalaman dengan warga MAIDAM pada sambutan hari keluarga organisasi itu yang diadakan di Kompleks Sukan Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 17 Mei - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan berangkat ke majlis Hari Keluarga Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Kompleks Sukan Tertutup, Gong Badak dekat sini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan baginda berdua diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Omar Pilus.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd Rozali Ismail berkata, pihaknya berbesar hati di atas kesudian Sultan dan Sultanah Terengganu berangkat ke majlis yang julung kalinya dianjurkan selepas berlakunya penggabungan dan penyusunan semula jabatan agama di negeri ini.

Kalau dulu sambutan sebegini menarik penglibatan 600 orang ahli keluarga 260 kakitangan tetapi sekarang, dengan penggabungan ini, kita ada 700 pegawai dan bilangan ahli keluarga pula kini dianggarkan sekitar 2,500 orang.

Maka, sebab itulah kita adakan majlis sukan keluarga ini kerana kita nak rapatkan hubungan di antara kakitangan yang datang dari pelbagai jabatan ini," katanya di sini hari ini.

Sejak digabungkan pada penghujung tahun 2012 lalu, empat jabatan iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), MAIDAM dan bahagian pentadbiran di Jabatan Mahkamah Syariah negeri serta Jabatan Mufti negeri kini diletakkan di bawah satu bumbung bagi melancarkan pentadbiran.

Jelas Mohd. Rozali, ketika ini, penyusunan semula jabatan tersebut masih dijalankan secara berperingkat-peringkat namun beliau bersyukur kerana perjalanan kesemua jabatan tersebut berjalan seperti biasa.

Apa yang penting ialah seluruh kakitangan perlu disatukan dengan semangat kerjasama. Kesatuan hati inilah yang paling penting untuk bekerja dalam satu organisasi besar seperti ini," ujar beliau.

Dalam pada itu, Mohd. Rozali memberitahu, pihaknya belum berkesempatan untuk bersemuka secara langsung dengan Ahmad Razif yang baru dilantik sebagai Menteri Besar bagi membincangkan hal-hal berkaitan jabatan agama di negeri ini.

Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang

Posted: 17 May 2014 12:21 PM PDT

PASIR PUTEH 17 Mei - Dua keluarga petani mengalami kerugian lebih RM150,000 dan tinggal sehelai sepinggang apabila rumah papan milik mereka di Kampung Tualang Rendah Baru, dekat sini musnah terbakar malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 malam turut memusnahkan sebuah kereta Proton Iswara mangsa. Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Salah seorang pemilik, Mat Jusoh Sahak, 57, berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton perlawanan bola sepak di sebuah warung kopi kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Isteri dan dua anak saya pula tiada rumah kerana menghadiri majlis konvokesyen anak sulung kami di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bandar Baharu Jengka, Pahang.

Saya hanya mampu melihat api menjulang tinggi membakar rumah tanpa boleh berbuat apa-apa untuk menyelamatkan harta benda," katanya ketika ditemui pemberita.

Difahamkan, kebakaran bermula di rumah Mat Jusoh kemudiannya merebak ke rumah sepupunya, Razali Mat Il, 44, yang jaraknya hanya lima meter.

Sementara itu, Razali pula memberitahu, dia bersyukur kerana isteri dan lima anaknya sempat keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. Lelaki itu juga sempat menyelamatkan sebuah kereta dan motosikal miliknya.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Wan Baijuri Wan Hassan memberitahu, pihaknya bersama lapan anggota dan dua jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.32 malam.

Sebaik sahaja tiba, kedua-dua rumah berkenaan hampir musnah namun usaha memadamkan kebakaran diteruskan bagi mengelak api merebak ke rumah lain yang berdekatan.

Punca kejadian masih disiasat manakala kerugian dianggarkan mungkin mencecah RM150,000," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Zawawi Othman dan ADUN Selising, Zulkifle Ali turut bergegas ke lokasi kejadian untuk melawat dua keluarga berkenaan.

Zulkiflie berkata, bantuan kecemasan sebanyak RM500 telah diberi kepada setiap keluarga untuk tujuan keperluan harian sementara pihaknya berusaha membantu mangsa mendapatkan kediaman baharu secepat mungkin.

3 lagi menara dibina tahun ini

Posted: 17 May 2014 12:21 PM PDT

DUNGUN 17 Mei - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan membina tiga lagi menara telekomunikasi di Hulu Dungun tahun ini bagi menangani masalah liputan perkhidmatan selular di kawasan itu.

Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari berkata, ini sebagai tambahan kepada empat menara telekomunikasi sedia ada iaitu di Kampung Jonggok Batu, Kampung Syukur, Kampung Pasir Raja serta Bumbung Raja.

Kementerian sedang mengenal pasti lokasi untuk membina menara ini yang membabitkan kos keseluruhan RM7 juta, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Komuniti 1Malaysia di Dataran Kejat, Kampung Pasir Raja di sini hari ini.

Selain itu, kita juga akan mewujudkan sekurang-kurangnya satu Pusat Internet 1Malaysia di kawasan ini pada tahun ini yang membabitkan empat buah kampung tanpa wayar dengan kos lebih RM100,000," katanya.

Sementara itu Jailani berkata, Program Komuniti 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu tersebut menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat.

Saya percaya program ini mendekatkan pemimpin dengan masyarakat dan suara masyarakat dapat didengari dan jalinan mesra yang sedia terjalin antara masyarakat dan pemimpin akan diperkukuh," katanya.

Menurut beliau, setakat ini terdapat 2,014 Komuniti 1Malaysia di seluruh negara dengan 85 di Terengganu.

Turut hadir ialah pemangku Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Mustaffa Abdul Kadir serta Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Besi Roslee Daud. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat