Utusan Online - Timur
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Timur |
- Lokasi khusus wanita di Tasik Kenyir
- Wakil JPJ, media massa juara menembak Hari Polis 2014
- RM300 juta bangunkan Tasik Kenyir sejak 2008
| Lokasi khusus wanita di Tasik Kenyir Posted: 04 May 2014 11:24 AM PDT Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA ![]() AHMAD Said (dua dari kanan) dan Wan Mat Amin Wan Daud (kanan) melakukan gimik perasmian dengan menyetuh bola kristal pada Majlis Perasmian Festival Kenyir 2014 di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, semalam. HULU TERENGGANU 4 Mei - Kerajaan negeri bersedia mewujudkan satu lokasi khusus untuk pelancong wanita di kawasan peranginan Tasik Kenyir bagi memberikan lebih keselesaan kepada golongan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kemudahan itu dicadang berikutan permintaan yang diterima daripada para pelancong luar khususnya dari negara Asia Barat yang mahu satu tempat eksklusif diwujudkan untuk golongan tersebut ketika berkunjung ke sini. Beliau berkata, pada mulanya timbul juga cadangan satu kawasan pantai yang khususnya untuk wanita di sini, namun beliau tidak bersetuju memandangkan kawasan pantai merupakan tempat untuk orang awam. Kita tidak boleh kata orang ini boleh pergi dan orang itu tak boleh pergi (ke pantai) dan kita juga tak boleh buat pagar dan sebagainya di kawasan itu," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Festival Kenyir 2014 yang dianjurkan oleh kerajaan negeri bersama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang bertindak sebagai pengelola program di samping Tourism Malaysia Terengganu serta beberapa agensi berkaitan. Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Mohd. Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, Pengurus Besar Ketengah, Wan Mat Amin Wan Daud serta beberapa kenamaan lain. Festival yang berlangsung selama sebulan bermula 29 April lalu sehingga 29 Mei ini dipenuhi pelbagai aktiviti menarik termasuk konsert, sukan rakyat, sukan air, pertunjukan bunga api, gerai pameran, gerai jualan produk terus dari kilang dan sebagainya. Menurut beliau, Kenyir mempunyai banyak pulau, sungai dan kawasan air terjun yang boleh dikhaskan kepada pelancong wanita sahaja. Apabila kawasan itu sudah dikhaskan untuk wanita, maka, kita akan sediakan kemudahan sampingan untuk mereka termasuk pemandu bot wanita, pasukan keselamatan wanita dan sebagainya. Kita akan buat secara berperingkat-peringkat. Tapi buat masa ini, keutamaan kita adalah menjadikan Tasik Kenyir sebagai zon bebas cukai terlebih dahulu yang merupakan faktor penarik utama kelak," katanya. |
| Wakil JPJ, media massa juara menembak Hari Polis 2014 Posted: 04 May 2014 11:24 AM PDT ![]() SEBAHAGIAN daripada peserta yang memenangi hadiah dalam Kejohanan Menembak Jemputan IPD Setiu di Lapang Sasar Lembah Bidong, Setiu, Terengganu, baru-baru ini. - UTUSAN/Adnan Mohammad SETIU 4 Mei - Sebanyak 12 pasukan mewakili jabatan, agensi kerajaan, pemimpin dan wakil media massa menyertai Kejohanan Menembak Jemputan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Setiu di Lapang Sasar Lembah Bidong, di sini baru-baru ini. Program yang merupakan sebahagian daripada pendekatan merapatkan hubungan pihak pihak polis dengan anggota perkhidmatan awam dan masyarakat di daerah itu diadakan sempena sambutan Hari Polis peringkat daerah. Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ab. Rahman Mohamed berkata, ia juga memberikan pengalaman kepada sebahagian daripada peserta mengenali senjata dan penggunaan alatan yang merupakan sebahagian daripada kelengkapan anggota pasukan keselamatan. Dalam kategori individu, johan disandang oleh Mutalib Ghani dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) manakala Pegawai Agama Daerah, Sofifuddin Yusof di tempat kedua dan Mohd. Nor Ibrahim dari Pejabat Daerah Setiu di tempat ketiga. Pasukan media massa yang diwakili oleh Yusof Sobri Awang, Mohd Taha Yaacob, Aminudin Ismail dan Jafri Mamat pula menjuarai acara berpasukan setelah menewaskan Pasukan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dalam pertandingan akhir. Yang turut hadir bagi memeriahkan pertandingan termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman; ADUN Langkap, Datuk Sabri Mohd. Nor; Pegawai Daerah, Mohamad Nor Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Samiun Salleh. |
| RM300 juta bangunkan Tasik Kenyir sejak 2008 Posted: 04 May 2014 11:24 AM PDT HULU TERENGGANU 4 Mei - Kerajaan negeri memperuntukkan sehingga RM300 juta untuk pembangunan Tasik Kenyir termasuk menyediakan prasarana dan memperindahkan kawasan tersebut sejak tahun 2008 bagi meningkatkan daya tarikan di kawasan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beberapa lagi projek kini dalam proses untuk dimulakan seiring dengan usaha menjadikannya sebagai tasik bebas cukai yang dijangka melonjakkan industri pelancongan negeri apabila mulai beroperasi pertengahan tahun hadapan. Dalam tempoh satu atau dua bulan lagi, kerja-kerja pembinaan jambatan dan jeti utama di Pengkalan Gawi, di sini akan dimulakan, namun kos yang terlibat belum dapat diputuskan. Kita juga akan membina jambatan empat lorong yang menghubungkan Empangan Gawi dengan Pulau Poh Besar yang akan menjadi ikon kepada pembangunan Tasik Kenyir ini. Pada masa yang sama, kita akan sediakan jeti penumpang dan jeti kargo untuk pemunggahan barang di Pulau Poh Besar serta kita akan sediakan kira-kira 1,000 kawasan letak kereta memandangkan kesukaran yang dihadapi pengunjung di kawasan empangan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival Kenyir 2014 yang akan berlangsung sehingga akhir bulan ini di Empangan Gawi, di sini dengan pelbagai kegiatan menarik sempena tahun Melawat Malaysia. Menurut Ahmad, selain itu, turut dalam rancangan pembangunan di pulau tersebut adalah pembinaan Taman Tema Air dan hotel yang akan dijalankan secara berperingkat-peringkat berdasarkan keupayaan kerajaan dan tahap perkembangan di kawasan itu. Kerajaan tiada peruntukan yang banyak, jadi kita kena buat secara berperingkat-peringkat dan mengambil masa. Usaha ini tidak boleh dibandingkan dengan swasta, mereka boleh buat semua sekali gus," kata beliau. Menyentuh mengenai Perkampungan Gajah di sini yang merupakan tarikan terbaru Tasik Kenyir, Ahmad berkata, ia dijangka dibuka kepada umum untuk melihat dari dekat haiwan itu mulai Jumaat depan. Bagaimanapun beliau berkata, pembinaan calet atas pokok di kawasan berkenaan bagi menambahkan keunikannya, masih belum siap sepenuhnya ketika ini. Kita bercadang untuk menambah sehingga sekurang-kurangnya 30 ekor gajah di kawasan ini berbanding jumlah sekarang iaitu hanya sebanyak sembilan ekor dan pengunjung boleh melihat gelagat haiwan itu dalam persekitaran sebenar," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




