{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Admin

Utusan Online - Utara


Dua bot pukat rawa sorong ditahan

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

Oleh Sholina Osman
utusanperlis@utusan.com.my

BOT menggunakan pukat rawa sorong yang berjaya ditahan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia di Pangkalan Kuala Perlis, semalam.

KANGAR 27 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Perlis berjaya menahan dua buah bot pukat rawa sorong yang menceroboh perairan pantai Kuala Perlis di sini awal pagi ini.

Ketua Penguat Kuasa Pangkalan Maritim Kuala Perlis, Leftenan Komander, Shahrizan Raman berkata, bot pertama ditahan pada pukul pukul lebih kurang 1.30 minit pagi pada jarak lebih kurang 0.5 batu nautika dari pantai Kuala Perlis.

Katanya, manakala bot kedua pula ditahan pada pukul lebih kurang 2 pagi pada jarak 0.4 batu nautika dari pantai Kuala Perlis.

"Kedua-dua bot tersebut didapati sedang menjalankan aktiviti merawa sorong di mana hasil pemeriksaan didapati bot berkenaan tidak mempunyai nombor pendaftaran dan tiada lesen menangkap ikan yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Shahrizan, pasukan peronda Maritim Malaysia gagal menahan pemilik bot tersebut kerana terjun ke laut serta melarikan diri ke arah pantai berhampiran.

"Bot berkenaan dibawa masuk ke Pangkalan Maritim Kuala Perlis untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Shahrizan berkata, ini merupakan penahanan keenam melibatkan kes bot rawa sorong pada tahun ini.

Katanya, pihaknya memandang serius dalam usaha membanteras aktiviti-aktiviti pencerobohan nelayan negara jiran dan bot pukat rawa sorong serta aktiviti lain yang melanggar undang-undang maritim.

Beliau berkata, pihaknya juga akan terus membuat rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari semasa ke semasa bagi mencegah aktiviti penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim.

Tambahnya, Maritim Malaysia juga meminta kerjasama orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Pangkalan Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162.

Lelaki OKU rayu kerajaan negeri tunai janji sediakan rumah mampu milik

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

PULAU PINANG 27 Mei - Seorang penyelia tapak binaan merayu kerajaan DAP Pulau Pinang menunaikan janji mendapatkan rumah mampu milik seperti ditawarkan kepadanya sebelum ini.

Mohamed Aris Mohd. Shariff, 40, yang merupakan golongan orang kurang upaya (OKU) berkata, dia kini buntu selepas unit rumah berkenaan di Taman Sentral Batu Lanchang dekat sini, yang pada mulanya ditawarkan kepadanya kini dibeli pihak lain.

Menurutnya, dia menerima tawaran membeli unit rumah berharga RM72,500 daripada kerajaan DAP Pulau Pinang pada 2011 dan sejak itu memulakan proses dokumentasi termasuk memohon pinjaman daripada bank.

Walau bagaimanapun, katanya, sebaik sahaja urusan pinjamannya dengan bank diluluskan, dia dimaklumkan rumah itu sudah dibeli pihak lain.

Paling menyedihkan, tambahnya, dia seolah-olah diperbodohkan berikutan usahanya mendapat penjelasan sebenar berhubung masalahnya itu tidak dilayan selepas kerajaan DAP Pulau Pinang dan pemaju saling menyalahkan antara satu sama lain.

"Saya sangat terkejut dan kecewa kerana dimaklumkan kononnya saya telah menolak membeli rumah mampu milik itu sedangkan saya tidak pernah berbuat demikian.

"Malah, mereka juga menunjukkan surat kononnya memaklumkan kepada saya tentang status rumah itu tetapi pada hakikatnya saya tidak pernah menerima surat-surat itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurut Mohamed Aris, selain dia, turut menerima nasib sama adalah empat individu lain yang pada mulanya ditawarkan rumah mampu milik berkenaan tetapi dinafikan hak mereka sebaik sahaja rumah berkenaan siap sepenuhnya.

Tambahnya, dia bimbang terdapat pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan menjual unit rumah mereka kepada pihak lain memandangkan nilai hartanah berkenaan ketika ini mencecah antara RM250,000 hingga RM300,000.

"Ekoran itu, saya membuat laporan polis bagi memastikan saya tidak menjadi mangsa pihak-pihak yang cuba mengambil keuntungan mudah dengan menganiaya golongan kurang berkemampuan seperti kami," katanya.

Dalam pada itu, dia turut melahirkan rasa kesal kerana sehingga kini, kerajaan DAP Pulau Pinang tidak berbuat apa-apa bagi menyelesaikan masalahnya meskipun sudah menghantar surat rayuan kepada pelbagai pihak berkaitan.

PERASMIAN SUKMA KE-XVII MERIAH

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan melambaikan tangan semasa perarakan kontinjen dari setiap negeri pada Majlis Perasmian Sukma 2014 di Stadium Utama Kangar, Perlis, malam semalam. Turut berangkat (dari, kiri) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. - BERNAMA

MAJLIS perasmian Sukan Malaysia (Sukma) Ke-XVII yang berlangsung di Stadium Utama Negeri Perlis malam semalam disambut meriah dengan penuh berwarna-warni.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail telah berkenan merasmikan Sukma Ke-XVII itu. Berangkat bersama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

Baginda turut mengisytiharkan nama baharu bagi stadium berkenaan iaitu Stadium Tuanku Syed Putra. Tuanku Syed Sirajuddin juga melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeri Perlis dan kesemua jawatankuasa yang terlibat mengorbankan masa dan tenaga kerana bertungkus lumus untuk menjayakan Sukma Ke-XVII.

Ketika bertitah, baginda berharap, para atlet yang bertanding dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan cuaca di negeri Perlis, seterusnya mampu memecahkan rekod sukan sedia ada dalam acara masing - masing.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar