Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
PRU13: Najib yakin BN menang majoriti dua pertiga Posted: 27 Apr 2013 02:59 AM PDT KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin Barisan Nasional mampu mencapai kemenangan majoriti dua pertiga tetapi mengingatkan jentera Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) supaya terus bekerja keras untuk memastikan matlamat itu menjadi kenyataan. Beliau berkata, penilaian itu dibuat selepas tempoh seminggu kempen PRU-13 berlangsung di seluruh negara, sejak 20 April lalu.
|
PRU13: Rakyat diingat tidak terbuai janji dalam manisfesto PAS Kelantan Posted: 27 Apr 2013 01:46 AM PDT MACHANG: Rakyat Kelantan diingatkan supaya tidak terbuai dengan 23 bentuk bantuan yang dijanjikan di bawah tuntutan royalti minyak dalam manifesto pilihan raya PAS Kelantan. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata rakyat Kelantan sebaliknya memerlukan pelan pembangunan yang jitu supaya mereka dan negeri itu maju seiring dengan negeri-negeri lain.
"Semua 23 perkara (itu) adalah dalam bentuk bantuan. Kalaupun ada wang, itu kita perlu bina untuk masa depan, bukan sekadar untuk masa kini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di Pasar Machang di sini, hari ini. Turut serta calon-calon BN bagi kawasan Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Eriandi Ismail (Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemuning), Azemi Mat Zin(DUN Temangan) dan Halim@Ab Halim Ismail (DUN Pulai Chondong). ' Mustapa menegaskan isu royalti minyak itu tidak sepatutnya dijadikan bahankempen pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji tuntutan itu. Katanya, BN sudah mempunyai perancangan lebih baik untuk merealisasikan potensi pembangunan Kelantan jika diberi mandat pada PRU13.
"Perkara itu tenggelam malah dianggap tidak penting dalam pakatan pembangkang tetapi ia masih disebut sebagai perkara utama di Kelantan," katanya. Mustapa turut mengingatkan semua jentera dan penyokong parti supaya berhemah dalam berkempen menjelang hari pengundian 5 Mei ini. "Elakkan daripada membuat provokasi kepada pihak lain tambah-tambah dihujung kempen ini. Penting untuk semua pihak berkempen secara hemah. Taksub dan fanatik bukan budaya Islam dan Melayu," tambahnya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |