{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Ketatkan otot pelvik

Posted: 05 Jun 2013 04:54 PM PDT

Senaman kemutan tingkatkan tahap kesihatan selepas hamil dan akibat proses penuaan

Kemutan faraj baik untuk kesejahteraan dan kesihatan diri terutama bagi yang sudah berumahtangga. Namun kemutan yang tidak mengikut kaedah yang betul dan tidak bertenaga kurang memberi manfaat secara keseluruhannya.

Kemut bukan ayat berbaur lucah atau menggugat sensitiviti budaya. Ia adalah senaman membabitkan kesihatan yang perlu dikongsi bersama.

Di Benua Afrika, ada kaum yang melatih anak perempuannya cara kemutan yang betul. Ia ia menjadi tradisi dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi mengenai ilmu berkenaan bagi memastikan mereka bersedia melangkah ke alam rumah tangga.

Di Australia, kesedaran pentingnya wanita melatih otot pelvik menerusi teknik kemut begitu meluas dibicarakan. Sasaran utama kempen berjudul otot pelvik mensasarkan wanita yang baru atau pernah menyusu bayi, wanita yang sedang dan sudah melalui proses menopaus serta wanita hamil.

Kajian di Australia mendapati, lebih 50 peratus wanita berusia 40-an mengalami masalah menahan kencing disebabkan lantai pelvik, otot dan saraf lemah.

Hakikatnya, bagi ibu yang sedang sarat hamil, masalah kekerapan membuang air kecil adalah perkara yang sering berlaku terutama pada akhir kehamilan, namun ada juga yang mengalami masalah itu sejak awal kehamilan. Paling teruk, ada yang tidak dapat menahan rasa kencing dan boleh terkucil pada bila-bila masa saja.

Ini bukan perkara biasa kerana masalah ini berpunca daripada bebanan berat janin yang memberi tekanan kepada pundi kencing manakala otot dasar pelvik lemah boleh memberi implikasi mereka terkucil akibat tidak dapat mengawal atau menahan kencing.
Kebarangkalian wanita berhadapan masalah lebih lebih tinggi khususnya wanita berusia dan kerap bersalin serta struktur tubuh wanita sendiri.

Apabila otot dasar pelvik kuat, ia membantu meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan wanita serta membina keyakinan diri ketika melakukan pelbagai perkara. Menguatkan otot dasar pelvik, boleh dilakukan menerusi senaman kemutan atau kegelini.

Persoalannya, adakah teknik kemutan secara semula jadi yang dibuat menjadi dan sempurna kaedahnya? Hakikatnya, walaupun kerap dalam sehari melakukan senaman kemutan ia masih gagal membantu mengatasi masalah itu jika tidak tahu prosedur yang betul.

Jangan berdiam diri

Justeru, sikap malu harus dibuang jauh-jauh. Cuma apa yang berlaku sekarang walaupun sudah beranak-pinak, perkara membabitkan alat kelamin mahupun bahagian peranakan dianggap cerita sensitif.

Ia dianggap rahsia sehinggalah penyakit yang dialami mula 'bernanah' barulah empunya diri sedia berjumpa doktor atau berkongsi cerita dengan teman baik.

Eksekutif Kanan Pemasaran Bioinfinity, Kwek Sok Yin, berkata otot dasar pelvik lemah memberi kesan untuk mengawal kencing dan penyebab gagal menahan kencing.

"Ketika mengandung umpamanya otot pelvik menjadi lemah dan bayi yang berada dalam perut menekan pundi kencing menyebabkan ramai wanita tidak dapat menahan kencing. Begitu juga selepas melahirkan, otot akan kendur dan longgar. Oleh itu, senaman kemut amat penting untuk menguatkan semula bahagian otot.

"Malah ada wanita yang mengandung terkucil ketika batuk atau bersin dan ada yang mengaitkan situasi itu dengan peranakan jatuh. Semua ini boleh dirawat dan sembuh jika kena dengan caranya," katanya.

Beliau berkata, otot pelvik yang kuat memainkan peranan besar dalam memastikan proses kehamilan selamat dan sihat. Ketika mengandung otot lantai pelvik ini perlu menampung berat tambahan bayi yang dikandung dan ketika bersalin. Otot lantai ini juga membantu menolak keluar bayi dan memastikan proses bersalin berjalan lancar.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

INFO

Tujuh sebab perlu kuatkan otot lantai pelvik:

  • Kecantikan bermula dengan kesihatan yang lebih baik
  • Kehamilan dan melahirkan
  • Proses penuaan semula jadi dan menopaus
  • Menambah keyakinan diri dan meningkatkan tindak balas seksual
  • Mengelakkan masalah organ pelvik jatuh
  • Mencegah atau merawat inkontinen
  • Alternatif kepada pembedahan, ubat-ubatan, lampin dewasa dan tuala wanita.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat