{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Dicekup ketika leka sabung ayam

Posted: 28 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 28 Jun - Gara-gara asyik dengan kegiatan menyabung ayam, sekumpulan lelaki termasuk warga emas berusia 68 tahun tidak menyedari perbuatan mereka itu dalam perhatian polis.

Kejadian berlaku di sebuah ladang kelapa sawit di Jabi, Besut, kira-kira pukul 8 malam tadi.

Bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota polis dari Unit D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu melakukan intipan sebelum menyerbu kumpulan terbabit yang terdiri daripada 27 lelaki termasuk seorang lelaki Cina.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, ketika diserbu, kesemua lelaki itu langsung tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"Kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 68 tahun itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Besut di sini sebelum diberi jaminan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Manoharan, siasatan lanjut mendapati, lelaki Cina yang turut ditangkap dalam kejadian itu berasal dari Pahang dan dipercayai berperanan sebagai penganjur aktiviti berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 7 (1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953. polis turut merampas 11 ekor ayam yang digunakan untuk melaga, 10 serkap ayam, sebuah generator, kerusi serta sejumlah wang tunai dalam serbuan tersebut," katanya.

Kemahiran keibubapaan tangani dadah dipertingkat

Posted: 28 Jun 2013 11:45 AM PDT

SEORANG peserta, Zulkifli Abdul Rashid mencatat hasil perbincangan kumpulan ketika sesi latihan dalam program Kenali Anak Kita anjuran Petronas di Kuala Terengganu, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 28 Jun - Seramai 50 peserta menyertai Program Kenali Anak Kita Zon Timur anjuran Petronas dengan kerjasama Pengasih Malaysia yang berlangsung selama empat hari di sini mulai Isnin lalu.

Program yang berakhir semalam itu melibatkan kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi mendedahkan mereka tentang punca penagihan dadah dan masalah sosial lain dan kemahiran keibubapaan dalam menangani gejala itu.

Setiausaha Kehormat Pengasih, Roslan Yahya berkata, peserta diharap dapat turut berperanan menyebarkan maklumat dan pengetahuan yang diperoleh kepada orang ramai apabila kembali bertugas kelak melalui program di jabatan dan agensi masing-masing.

"Mereka akan mendekati para ibu bapa dan berkongsi tentang keperluan perubahan pendekatan komunikasi dan merapatkan jurang teknologi maklumat antara ibu bapa dan anak," katanya ketika ditemui pada program itu semalam.

Menurutnya, ibu bapa yang mempunyai anak menagih dadah memerlukan bimbingan dan panduan tentang cara terbaik untuk mengendali dan membantu anak mereka.

"Daripada pengalaman kami di Pengasih, punca anak-anak terlibat dalam gejala sosial adalah kerana kurang perhatian daripada ibu bapa yang menyebabkan mereka mencari perhatian itu di luar.

"Jadi, kita mahu galakkan para ibu bapa mengukuhkan semula institusi kekeluargaan sekali gus menyumbang kepada kejayaan usaha mencegah daripada berlakunya lebih banyak kes penagihan dadah," katanya.

Dalam pada itu, Roslan berkata, kemunculan banyak dadah baharu yang diubahsuai dan dicipta sendiri menyebabkan Pengasih berhadapan cabaran besar untuk menyedarkan golongan muda tentang bahaya dadah.

"Penagihan boleh dirawat tetapi penagih perlu sedar yang mereka sebenarnya bermasalah manakala keluarga dan masyarakat berperanan sebagai kumpulan sokongan untuk membolehkan mereka berubah," katanya.

Ekspres Perdana sasar bawa 2,000 penumpang

Posted: 28 Jun 2013 11:45 AM PDT

KOTA BHARU 28 Jun - Tiara Pesona Sdn. Bhd., syarikat yang mengendalikan pengangkutan bas Ekspres Perdana menyediakan sebanyak 30 buah bas sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini berbanding 20 buah tahun lalu.

Ketua Eksekutifnya, Laili Ismail (gambar) berkata, penambahan itu berikutan permintaan penumpang yang semakin meningkat terutamanya pada waktu puncak seperti musim perayaan, cuti sekolah termasuk cuti umum biasa.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan hampir 2,000 pengguna akan menggunakan perkhidmatan bas ekspres tersebut setiap hari sepanjang musim perayaan ini.

"Bilangan itu merangkumi semua laluan perkhidmatan kami iaitu Kuala Lumpur, Kuantan, Negeri sembilan, Pulau Pinang, Alor Setar dan Kuala Perlis.

"Kami harap dengan perkembangan ini ia dapat membantu kesukaran pengguna untuk balik kampung setiap kali tibanya musim perayaan," katanya dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, tiket perjalanan bagi musim perayaan akan mula dijual pada awal Ramadan ini di semua kaunter jualan tiket di mana perkhidmatan tersebut disediakan, atau secara dalam talian.

Dalam pada itu, Laili memberitahu, pihaknya juga akan meningkatkan sistem kawalan keselamatan sepanjang musim tersebut bagi memastikan setiap pemandu akan memandu secara berhemah dan berdisiplin.

"Kami amat faham bahawa perkhidmatan ini melibatkan nyawa, lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Untuk itu, selain melalui Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) kita juga akan menetapkan beberapa pegawai operasi bagi memantau perjalanan atau pemanduan di setiap lokasi yang telah dikenal pasti.

"Jika terdapat kesalahan yang dianggap membahayakan penumpang seperti memandu melebihi had tindakan segera akan dikenakan terhadap pemandu terbabit," katanya.

Mengenai perancangan masa depan syarikat, beliau memberitahu, syarikat berhasrat untuk membuka laluan di seluruh negara berikutan kepesatan penduduk dan ia memberi daya saing terhadap perkhidmatan bas ekspres.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar