Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Sorakan penyokong bantu kami: Piya Posted: 29 Jun 2013 04:07 PM PDT Bukit Jalil: Kapten Kelantan, Badhri Radzi menyifatkan sorakan padu lebih 40,000 penyokong The Red Warriors di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi menjadi pencetus persembahan bertenaga juara bertahan itu bagi mengekalkan kejuaraan Piala FA. Badhri, 31, atau lebih dikenali sebagai Piya dipilih sebagai Pemain Terbaik Final Piala FA kali ini selepas hantarannya pada minit ke-15 disudahkan Nor Farhan Muhammad untuk Kelantan menewaskan Johor Darul Takzim (DT) 1-0. Apa yang lebih penting, kehadiran puluhan ribu penyokong Kelantan yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang perlawanan meningkatkan semangat kami di atas padang." Piya "Tapi apa yang lebih penting, kehadiran puluhan ribu penyokong Kelantan yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang perlawanan meningkatkan semangat kami di atas padang. "Biarpun musim ini dengan ramai pemain baru dan ketiadaan beberapa tonggak musim lalu, kami sedikit sukar pada awal musim tetapi akhirnya kami berjaya juga membuktikan yang kami mampu mempertahankan Piala FA ini," kata Badhri pada sidang media selepas perlawanan. Ditanya soalan untuk membandingkan persembahan dirinya dengan pemain tengah Johor DT, Safiq Rahim yang juga kapten kebangsaan yang ternyata dirinya lebih menguasai bahagian tengah, malam tadi, Badhri dengan ringkas berkata: "Itu saya tak boleh komen." Dalam pada itu, Johor DT pada mulanya enggan menghantar wakil untuk hadir ke sidang media selepas perlawanan seperti diwajibkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan alasan, hanya pasukan juara perlu pergi ke bilik sidang media. Sebaliknya, hanya pada jam 11.55 malam, barulah penolong jurulatih Johor DT, Ismail Ibrahim tampil untuk sidang media mewakili ketua jurulatihnya, Fandi Ahmad. Lagi berita kerancakan final Piala FA, dapatkan naskhah BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
FAM perlu tegas tangani sindiket ulat tiket: Khairy Posted: 29 Jun 2013 12:59 PM PDT Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu lebih tegas dan mengambil tindakan terhadap sindiket ulat tiket perlawanan bola sepak di negara ini. Khairy berkata beliau akan berbincang dengan FAM mengenai usaha membanteras masalah ulat tiket perlawanan bola sepak yang didapati kian aktif, agar tidak mengundang kekecohan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air. "Satu perkara yang saya tidak puas hati adalah dari segi penjualan tiket. Kita nampak memang ada permintaan tinggi terutama untuk perlawanan akhir Piala FA, menyebabkan ramai penyokong bola sepak terpaksa beratur berjam-jam. "Laporan yang saya terima menunjukkan ada yang dapat membeli tiket secara pukal dan dijual pada harga lebih tinggi berbanding apa yang ditetapkan," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat perkampungan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, semalam. Katanya, fenomena sebegitu tidak seharusnya dibiarkan dan pihak terbabit perlu dikenakan tindakan sebagaimana dilakukan di negara lain yang berdepan masalah sama. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |