{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online


Guna sistem jualan tiket online untuk atasi ulat tiket

Posted:

Guna sistem jualan tiket online untuk atasi ulat tiket

Guna sistem jualan tiket online untuk atasi ulat tiket

28/06/2013 9:51pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggesa semua pengusaha bas ekspres menggunakan sistem penjualan tiket secara online bagi membanteras gejala ulat tiket, ketika musim perayaan.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar.

Katanya melalui cara itu, pengusaha bas ekspres bukan sahaja membantu pihak berkuasa mengatasi masalah tersebut malah dapat mengelak pengguna daripada menjadi mangsa sindiket terbabit.

"Saya tengok kebanyakan masalah timbul apabila syarikat bas ekspres tidak mempunyai kaunter jualan.

"Syarikat bas seperti inilah yang selalu pakai ulat. Jadi kita perlu mengenal pasti dan mengeluarkan mereka daripada sistem," katanya kepada pemberita selepas meninjau jualan tiket bas ekspres menjelang Hari Raya Aidilfitri di Hentian Putra, di sini hari ini.

Beliau juga berkata, isu ulat tiket dikesan semakin menjadi-jadi, apabila anggota penguat kuasa SPAD turut cuba diancam ketika sedang bertugas.

"Yang paling teruk dan paling kasar sekali ialah di Pudu Sentral, dia ada dia punya geng.

"Sekarang kita perlu tegas mengenai perkara ini dan mereka ini lebih maju dan mereka mempunyai 'tonto' bersama 'walkie talkie' dan orang kita pun banyak kali dah nak kena pukul," katanya.

Sementara itu, Syed Hamid berkata orang ramai boleh mula membeli tiket bas ekspres sempena hari raya, dengan caj tambahan 10 peratus dikenakan.

"Tiket tersebut adalah untuk perjalanan bermula 8 Julai hingga 8 Sept 2013.

"Kenaikan tambang itu bertujuan menampung kos (pengusaha bas). Jadi, bila mereka balik (balik semula ke Kuala Lumpur) kosong, ia dapat menampung balik kos," - Bernama

362 warga Iran dipenjara, majoriti kerana dadah - Zahid Hamidi

Posted:

362 warga Iran dipenjara, majoriti kerana dadah - Zahid Hamidi

362 warga Iran dipenjara, majoriti kerana dadah - Zahid Hamidi

28/06/2013 9:42pm

PUTRAJAYA - Seramai 362 warga Iran dipenjara di negara ini dengan kebanyakan mereka disabitkan dengan kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah itu, 341 ditahan mengikut ADB 1952, dengan 64 orang disabitkan mengikut Seksyen 39B ADB 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

"Lapan lagi ditahan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) dan 13 di bawah Akta Imigresen," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan Duta Besar Iran ke Malaysia, Mohammad Jalal Firouznia di pejabatnya di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu ialah penghantaran pulang banduan tersebut dan Iran katanya memohon untuk mengekstradisi empat banduan rakyatnya.

Namun, jelas beliau kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Jabatan Peguam Negara mengenai perkara itu.

"Kita tidak mahu jika penghantaran pulang banduan dadah ini akan menyebabkan berlakunya kemasukan semula, oleh itu beberapa kaedah untuk memastikan sindiket dadah dihapuskan akan terus dibincang," katanya.

Ahmad Zahid berkata, perkara lain yang turut dibincangkan ialah usaha mencegah penyeludupan dadah dari Iran ke Malaysia serta pertukaran maklumat antara Polis Diraja Malaysia dan polis Iran.

Tambah beliau, Iran merupakan antara negara yang berjaya menangani masalah penagihan dadah, justeru kementerian bercadang berkongsi maklumat melalui Agensi Antidadah Kebangsaan bersama unit seumpama itu, di sana. - Bernama

Hamidin berikrar jadikan FAM sebagai badan sukan disegani

Posted:

Hamidin berikrar jadikan FAM sebagai badan sukan disegani

Hamidin berikrar jadikan FAM sebagai badan sukan disegani

28/06/2013 8:11pm

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, Datuk Hamidin Mohd. Amin, berikrar untuk menjadikan badan induk bola sepak kebangsaan itu sebagai badan sukan yang disegani dan dihormati.

Bekas Naib Presiden FAM itu, yang akan memulakan tugas baharunya secara rasmi bermula 1 Julai ini, berkata beliau telah memulakan tugas secara tidak rasmi hari ini termasuk mengadakan perbincangan dengan ahli exco FAM mengenai tanggungjawab baharu beliau di Wisma FAM.

"Saya telah dititahkan oleh Tuanku Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah) untuk memulakan tugas berkenaan segera dan Insya-Allah, saya akan memulakan tugas baharu ini selewat-lewatnya awal minggu depan.

"Saya ingin menjunjung kasih di atas perkenan Tuanku Presiden FAM melantik saya sebagai Setiausaha Agung FAM. Ini satu amanah yang berat untuk dipikul bersama ahli exco FAM yang lain dan saya berikrar untuk memastikan FAM terus dihormati selaku badan induk bola sepak negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan akhir Piala FA 2013 antara Kelantan dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, esok. - Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat