Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 29 Jun 2013 01:18 PM PDT Melaka: Perlumbaan berbasikal Jelajah 1Malaysia 2013 (J1M 2013) hari ini diungguli pelumba negara selepas Mohd Zamri Salleh dari pasukan Terengganu Cycling Team (TST) merampas Jersi Merah Raja Bukit milik Rustom Lim dari pasukan LBC-MVPSF Cycling Pilipinas. Zamri kini mengumpul sembilan mata selepas berjaya memungut empat mata pada Peringkat Keempat dari Angsana Mall, Johor Baharu ke Rumah Melaka di Bukit Katil, Melaka, semalam. Rustom kini berada di tangga kedua, enam mata manakala pelumba kebangsaan, Mohd Adiq Hussainie Othman di tempat ketiga, empat mata. Dua lagi pelumba Malaysia, Mohd Harrif Salleh yang turut mewakili TST dan wakil OCBC Singapore Continental Cycling Team, Loh Sea Keong menguasai baki empat jersi yang menjadi rebutan. SEA Keong meraikan kejayaan bersama Harrif (kiri) dan Zambri.
Sea Keong turut menyarung Jersi Biru selaku Pelumba Terbaik Asia dan Jersi Putih, Pelumba Terbaik Malaysia. Peringkat kelima dan terakhir hari ini sejauh 169.8 kilometer bermula di Melaka dan berakhir di Putrajaya.- BERNAMA Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30 |
Posted: 29 Jun 2013 01:14 PM PDT Mohd Zaqhwan Zaidy sekali lagi membuktikan kehandalan apabila berjaya mencatat masa terpantas kategori CP130 buat kali keempat berturut-turut pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, semalam. Pelumba Givi Honda Yuzy Pachie itu mencatat masa terpantas 57.081 saat yang dilakukan pada pusingan kesembilan, 0.2s lebih pantas berbanding Mohd Affendi Rosli (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) sambil Mohd Ramdan Mohd Rosli (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) muncul pelumba ketiga terpantas, 57.552s.
Namun, Zaqhwan tidak mahu terlalu cepat berpuas hati kerana misi lebih penting adalah sesi Superpole esok. "Memang saya gembira kerana berjaya mencatat masa terpantas sesi ujian masa untuk kali keempat berturut-turut namun ia sebenarnya tidak begitu penting. "Misi lebih penting adalah sesi Superpole. Saya tidak mahu kecewa lagi kerana sering tidak bernasib baik pada sesi Superpole dan gagal merebut petak paling hadapan bagi perlumbaan akhir. "Saya tidak mahu melakukan kesilapan lagi dan kalau boleh biarlah kali ini saya bermula dari petak pertama atau setidak-tidaknya dari barisan hadapan," jelas pelumba 18 tahun itu.
Juara pusingan lalu, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Yamaha-CKJ) merakam catatan ketiga terbaik, 59.060s.
"Namun Amirul juga pantas. Dia beraksi dalam kumpulan lain dan esok ketika sesi kelayakan Shoot-out, 10 pelumba terbaik kedua-dua kumpulan beraksi dalam satu sesi Shoot-out bagi menentukan kedudukan petak mula.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |