Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 28 Jun 2013 12:09 PM PDT Kuala Lumpur: "Sebaik saja sah dua pasukan itu layak ke perlawanan akhir kami mula mengawasi mereka, baik pemain mahupun pegawai," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman Datuk Abd Jalil Hassan. Beliau berkata demikian kepada Harian Metro ketika ditanya usaha polis untuk memastikan perlawanan akhir bola sepak Piala FA di antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) malam ini, bersih daripada pengaruh sindiket perjudian bola sepak. Tanpa mendedahkan bagaimana pengawasan dilakukan terhadap pemain dan pegawai dua pasukan itu, Abd Jalil berkata pihaknya bertindak demikian kerana menyedari sindiket judi bola sepak berkemungkinan besar akan cuba mengatur perlawanan berprofil tinggi itu. "Konco sindiket judi bola sepak atau bookie pasti akan cuba mendekati pemain atau pegawai kedua-dua pasukan itu. Jadi, kami awal-awal lagi sudah mengatur pegawai dan anggota bagi memantau pegerakan mereka di beberapa lokasi," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. ANGGOTA polis mengawal sekitar kaunter penjualan tiket final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/29 |
Posted: 28 Jun 2013 11:51 AM PDT Johor Bahru: "Si mati insan kerdil yang tidak mengerti apa-apa namun kamu menekup mulut dan tekak hingga dia lemas dan membakar mayatnya. Kamu memang kejam dan tidak berperikemanusiaan." Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru Datuk Abdul Halim Aman, semalam ketika menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muidin Maidin, 25, selepas didapati bersalah membunuh Nurul Nadirah Abdullah, 4, atau Dirang, pada Mac tahun lalu. Beliau menyifatkan lelaki itu memiliki nafsu umpama binatang dan sanggup melakukan apa saja bagi memuaskan nafsunya, justeru, dia amat bahaya jika berada dalam kalangan masyarakat. "Hanya ada satu hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk kamu dan saya memerintahkan kamu digantung di leher sampai mati," katanya di akhir penghakiman. ![]() MUIDIN dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi, Johor Bahru, semalam
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/29 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |