{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Komuniti Kita


30,000 meriahkan Karnival Amal dan Keusahawanan

Posted:

30,000 meriahkan Karnival Amal dan Keusahawanan

30,000 meriahkan Karnival Amal dan Keusahawanan


HABIBAH (tiga dari kanan) melawat gerai menjual buah rambutan pada Karnival Amal dan Keusahawanan di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang baru-baru ini.


MERIAH. Karnival Amal dan Keusahawanan bertemakan Festival Makanan dan Buah-Buahan 2013 telah berlangsung dengan meriah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang baru-baru ini.

Karnival selama empat hari bermula 27 hingga 30 Jun itu menjual pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, nangka dan manggis kepada pengunjung.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Habibah Sulaiman berkata, sebanyak 15 tan metrik durian buah yang terdiri daripada pelbagai jenis disediakan sepanjang pesta dari pukul 10 pagi hingga 10 malam itu.

"Dengan bayaran RM15 seorang, pengunjung boleh makan buah durian sehingga puas. Bagi yang ingin membawa pulang, kami juga menyediakan 10 tan metrik buah durian dengan harga yang istimewa.

"Ini adalah tahun ketiga kita mengadakan karnival itu dengan kerjasama UiTM Permatang Pauh dan seramai 30,000 orang telah mengunjungi sepanjang karnival selama empat hari itu," katanya.

Polis, penduduk jayakan program gotong-royong

Posted:

Polis, penduduk jayakan program gotong-royong

Polis, penduduk jayakan program gotong-royong


SEBAHAGIAN daripada anggota polis dan penduduk yang menyertai gotong-royong membersih Kampung Tersusun Sri Rahmat, Batu Gajah baru-baru ini.


DEKATI MASYARAKAT. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah mengadakan program komuniti polis di Kampung Tersusun Sri Rahmat, Batu Gajah, Perak baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, program tersebut diadakan untuk merapatkan lagi hubungan antara penduduk kampung dengan pasukan polis tempatan.

Katanya, antara aktiviti yang dijalankan, mengadakan gotong-royong untuk menceriakan suasana kampung tersebut termasuk Surau An-Naim di Batu Gajah.

"Program itu juga memberi ruang kepada penduduk untuk berkomunikasi secara terus dengan mengemukakan aduan atau cadangan kepada pegawai polis," katanya.

Ahli N9AT mencandat sotong di Pulau Kapas, Terengganu

Posted:

Ahli N9AT mencandat sotong di Pulau Kapas, Terengganu

Ahli N9AT mencandat sotong di Pulau Kapas, Terengganu


AHLI Kelab N9AT bergambar di atas sebuah bot ketika menyertai aktiviti mencandat sotong di Pulau Kapas, Terengganu baru-baru ini.


SANTAI. Seramai 15 ahli kelab Negeri Sembilan Anglers Team (N9AT) menyertai aktiviti mencandat sotong di perairan Pulau Kapas, Terengganu baru-baru ini.

Penyelaras program tersebut, Nor Azman Hashim berkata, aktiviti itu merupakan salah satu program tahunan yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli kelab N9AT.

Katanya, selain merapatkan hubungan sesama ahli, aktiviti bersama ahli seperti itu boleh memberikan pengalaman baharu kepada peserta yang rata-ratanya kali pertama turun ke laut untuk mencandat sotong.

"Dalam setiap aktiviti yang dianjurkan N9AT, apa yang penting bukanlah hasil pancingan tetapi pengalaman dan semangat setia kawan sesama ahli.

"Saya berharap aktiviti ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang sekali gus meningkatkan lagi aktiviti memancing di negara ini," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat