Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Wanita dijumpai mati dalam perigi Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT Oleh SAFINA RAMLI Beberapa anggota bomba dan penyelamat memeriksa mayat Latifah An (gambar kecil) di dalam perigi lama di Jitra, Kedah, semalam. KUBANG PASU 29 Jun - Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu dijumpai maut dalam sebuah perigi lama berusia 100 tahun, kira-kira 10 meter dari rumah ibu saudaranya di Kampung Cherok Mokkan, Hosba, Jitra hari ini. Mayat wanita itu yang dikatakan mengalami kemurungan, Latifah An, 50, dijumpai kira-kira pukul 7.30 pagi oleh ibu saudaranya, Siti Rosni Arif, 58, dalam keadaan terlungkup dalam perigi itu. Siti Rosni berkata, sejak Latifah hilang pada Selasa lalu, dia dan ahli keluarga lain sering mengadakan solat hajat dan bacaan surah Yasin agar ahli keluarga dapat berjumpa semula dengan Latifah. Pagi tadi selepas solat subuh saya ada buat solat sunat dan berzikir agar Allah mudahkan pencarian kami. Selesai solat, saya keluar dari rumah untuk menyapu sampah. Tiba-tiba saya terhidu bau busuk datang dari arah perigi lama di depan rumah saya lalu hampiri perigi ini yang usianya lebih 100 tahun. Saya ternampak macam satu benda timbul yang berbau busuk dipenuhi lalat. Saya nampak satu mayat terapung memakai baju merah di dalam perigi ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Ibrahim Mohd. Yusof berkata, polis menerima laporan mengenai kematian wanita itu dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut. Menurutnya, dia terus memanggil orang kampung kerana terkejut dan dia dapat merasakan mayat itu adalah anak saudaranya yang hilang sejak lima hari lalu. Latifah tidak pernah berkahwin dan tinggal dengan abang ipar serta kakaknya di rumah yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah saya. Saya sudah lama tidak berjumpa dengan Latifah kerana dia tidak sihat dan hanya berkurung di dalam bilik sahaja selepas kematian ibu bapanya sembilan tahun lalu," katanya. Dalam pada itu, abang ipar Latifah, Nik Mohd Kamil Nik Musa, 54 berkata, sebelum ini dia pernah membuat laporan di dalam akhbar mengenai kehilangan adik iparnya itu. Saya terima berita mengenai kematian Latifah kira-kira pukul 8.30 pagi ini dan saya reda dengan kematiannya. Jenazahnya dikebumikan hari ini di tanah perkuburan Islam kampung ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Ibrahim Mohd. Yusof berkata, polis menerima laporan mengenai kematian wanita itu dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut. |
Semak siasatan kes di laman web Posted: 29 Jun 2013 11:08 AM PDT Oleh NORAZRIN MARZUKI KUALA LUMPUR 29 Jun - Bermula September depan, orang ramai yang membuat laporan polis boleh mendapatkan perkembangan status siasatan kes yang dilaporkan itu menerusi sistem dalam talian laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sistem status siasatan kes itu merupakan kesinambungan projek laporan polis secara dalam talian melalui portal laporan PDRM bagi membolehkan pengadu mengetahui perkembangan siasatan laporannya. Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM, Datuk Ayub Yaakob (gambar) berkata, penelitian dan kajian terperinci masih dijalankan pihak yang terlibat sebelum perlaksanaan sistem tersebut yang dijangka bermula September depan. "Polis akan memberi kata laluan kepada pengadu bagi membolehkan mereka mengakses status siasatan mengenai laporan masing-masing. "Bagaimanapun, pada peringkat awal percubaan, sistem itu akan terlebih dahulu dibangunkan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran Penipuan Pelaburan Perniagaan di Wisma Bernama hari ini. Menurut beliau, sistem baharu yang akan dibangunkan itu mendapat kerjasama bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). "Kedua-dua pihak sama ada PDRM dan Mampu akan bekerjasama untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan, masalah teknikal yang akan timbul sebelum diperluas ke seluruh negara. "Format dan maklumat status siasatan akan dikemas kini oleh pegawai penyiasat bagi memastikan ia tidak menyalahi Akta Rahsia Rasmi dan tidak menganggu siasatan," katanya. Dalam pada itu, Ayub turut memaklumkan sebanyak 351 kes penipuan pelaburan perniagaan membabitkan kerugian sebanyak RM100 juta dilaporkan sepanjang tahun lalu. Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan bentuk pelaburan yang menjanjikan keuntungan besar dalam tempoh singkat lebih-lebih lagi pelaburan menerusi internet. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |