{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Hip

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Hip


Rumah Putih jadi tumpuan

Posted: 28 Jun 2013 05:54 PM PDT

Berita terkini – Amerika Syarikat diserang! Sebuah letupan yang dipercayai perbuatan pengganas berlaku di Rumah Putih (White House), Washington D.C dengan ramai kakitangan, termasuk Presiden James Sawyer dipercayai terperangkap di dalam kediaman berkenaan.

Kita juga menerima laporan bahawa beberapa tempat di sekitar Amerika Syarikat telah mengalami serangan pada masa sama. Siapakah yang bertanggungjawab dan apakah motif mereka masih belum dikenal pasti.

Cukup dramatik dan mendebarkan - itulah hasil karya filem dari pengarah Roland Emmerich. Meskipun tema aksi bukan asing kepadanya, 'White House Down' adalah satu lagi cabaran unik bagi Emmerich.

Setelah 'meletupkan' Rumah Putih menerusi 'Independence Day' (1996) dan menghempaskan pengangkut pesawat USS John F. Kennedy dalam filem '2012' (2009), Emmerich berdepan dengan satu dilema - bolehkah dia menjadikan Rumah Putih sebagai sasaran sekali lagi?

Jawapannya adalah "Ya".

Melihat kepada watak yang diketengahkan serta jalan cerita yang berbeza dan menggabungkan elemen aksi dengan genre 'political thriller', Emmerich memutuskan untuk menghidupkan skrip yang ditulis James Vanderbilt.

Berbeza daripada karyanya yang lepas, kali ini Rumah Putih menjadi fokus utama filem 'White House Down'. Pengambilalihan White House membawa kepada krisis global dengan kesannya tidak dapat dibayangkan.
Bagi memastikan Rumah Putih yang ditampilkan di layar perak cukup realistik, Emmerich dan kumpulan produksinya telah mendapatkan khidmat nasihat daripada McLarty Associates melalui bahagian filem dan hiburannya iaitu McLarty Media.

Meskipun kisah 'White House Down' hanyalah satu rekaan, ia berlatarbelakangkan dunia yang nyata, yang mempunyai budaya dan peraturan yang jelas.

Persoalan yang mungkin bermain di fikiran ramai sebelum ini - Apa rupa terminal komputer di White House? Apa yang kelihatan pada skrin monitor bila pekerja White House 'log in'? Butang jenis apa yang dipakai anggota Kongres di label baju mereka supaya pihak keselamatan tahu mereka ahli Kongres?

Bagaimana dialog politik dan tentera? Apa tindakan polis apabila sekumpulan orang berkumpul di White House? Semuanya akan dipertontonkan secara terperinci di 'White House Down'.

Ceritanya bermula dengan John Cale (lakonan Channing Tatum), seorang anggota polis yang telah ditolak permohonannya untuk menyertai perisikan rahsia yang bertanggungjawab mengawal keselamatan Presiden James Sawyer (Jamie Foxx).

Enggan mengecewakan anak perempuannya yang meletak Sawyer sebagai idolanya, Cale membawanya menyertai lawatan ke Rumah Putih.

Malangnya pada hari itu, Rumah PUtih diserang sekumpulan lelaki bersenjata. Kini, terpulang pada Cale untuk menyelamatkan anaknya, presiden dan tanah airnya.

'White House Down' akan menemui penonton mulai 27 Jun ini.

Despicable Me 2 Ke 3D

Posted: 28 Jun 2013 05:54 PM PDT

Bukan niat asal pihak pembikin filem 'Despicable Me 2' untuk mereka babak 3D hanya untuk 3D semata-mata. Sebaliknya, mereka ingin menggunakan teknologi berkenaan untuk membawa penonton lebih mendalami dunia Gru, Margo, Edith dan Agnes.

Buat Cinco Paul dan Ken Daurio, sepanjang proses penulisan mereka cuba mencari peluang untuk memasukkan elemen 3D. Tetapi hanya jika ia masuk akal. Dan bila anda menulis sebuah cerita yang menampilkan penjenayah paling macho diturunkan ke dalam sebuah gunung berapi dengan seekor ikan jerung diikat di belakangnya, senario yang dipersembahkan cukup berasas untuk 3D.

Penerbit Chris Meledandri percaya 'Despicable Me 2' sesuai dipersembahkan dalam 3D. Lebih-lebih lagi bila pengarah Pierre Coffin dan Chris Renaud menyukai urutan cerita yang berskala. Ini jelas kelihatan di dalam filem pertama dari percubaan mencuri piramid ke pengembaraan mereka di Super Silly Fun Land dan pelan mencuri bulan.

Satu lagi alasan mengapa sekuel ini sesuai untuk 3D bukan sahaja disebabkan skop dan skala set tetapi tarikan penonton di seluruh dunia dengan cara terbaik menggunakan elemen 3D di layar perak.

Melalui watak baru Lucy Wilde yang juga teman sepasukan Gru di Anti-Villain League, pereka telah memperkenalkan beberapa gajet milik Lucy yang cukup menakjubkan dalam kesan khas 3D. Daripada sebuah dompet yang boleh ditukar menjadi 'hand glider', di samping menyimpan sebuah pelontar api mini dan taser gincu. Dia juga memiliki sebuah semburan yang mampu mengesan sebarang pencetus penggera laser.

Untuk melihat sendiri kemantapan kesan khas 3D 'Despicable Me 2', jangan lupa menontonnya di pawagam bermula 4 Julai depan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat